Ketika aku sedang berbual-bual dengan rakan-rakan di Newton, aku menerima panggilan telefon daripada Along. Aku keluar lalu menjawab panggilan itu.
"Aki, kau kat mana?"
"Mahkota Parade (MP) dengan kawan-kawan. Kenapa?"
"Along kat depan Stadium Gong Badak ni. Stadium ni punya bumbung runtuh!"
Gambar oleh: berita@kosmo.com.my (3 Jun 2009)
Aku terkejut. Masakan tidak. Di situlah tempat aku bermain bowling bersama rakan-rakanku di UDM. Tempat itu masih baru. Setahun!Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi keseluruhan tapak stadium tersebut tidak dapat dipastikan tahap keselamatannya kerana kawasan itu dahulunya merupakan kawasan paya.
Walau bagaimanapun, masihkah kita boleh bermain bowling bersama-sama lagi di situ, rakan-rakan? Aku harap boleh.
Aku seronok bermain bersama kamu!
0 thought(s):
Post a Comment