BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 23, 2009

Balik Kampung!

19 Jun 2009

Kali ini aku memandu Myvi berwarna perak itu manakala emak menjadi co-pilot. "Aku dah puas bawak korang sume dulu. Sekarang korang yang bawak aku," kata emak.

Perjalanan mengambil Mak Long Su di Bukit Jelutong bermasalah kerana kami sesat! Mak Long terpaksa datang ke Shell Guthrie akhirnya.

Lebih kurang 2.30 pagi, kami tiba di rumah Alang di Gunung Semanggol, Perak.

* * * * * * * * * * * * *

20 Jun 2009


Aku terpaksa bergerak lebih awal ke Alor Setar kerana Mak Long Su ingin berjumpa dengan orang tuanya secepatnya. Rindu seorang anak yang mencari rezeki di perantauan. Walau bagaimanapun, aku kebosanan.

Petang, aku menerima panggilan daripada emak. Emak, Alang dan anak-anaknya berada di rumah Mak Lang Bani. Aku segera ke sana. Sebaik sahaja tiba, aku memberi salam. Sempat aku melihat di celahan pintu (bukan skodeng) pasangan kembar itu berlari ke dalam bilik, mengenakan tudung. Sebaik sahaja aku masuk, mereka keluar dari bilik. Wah! Semakin cantik kedua-duanya. Setakat gadis-gadis yang ada di UDM, huh! Tidak setanding mereka berdua... Kami sebaya.

Aku akan mempertimbangkan sama ada gambar mereka perlu diletakkan di dalam post ini atau tidak, kemudian.

Lebih kurang 10.30 malam, kami sekeluarga tiba di rumah Tok Wan di Kuala Nerang. Tok Wan nampak lebih sihat berbanding tahun lepas sewaktu dia datang ke majlis perkahwinan Ina dan Ayuk. Dia sudah boleh berjalan dan mengingati kami semua. Kami bermalam di rumah Tok Wan malam itu.

* * * * * * * * * * * * *

21 Jun 2009

Aku menemani Pak Tam ke dusun mentua kepada Pak Anjang di Padang Sanai. Amazing! Dusun itu cukup besar dan dipenuhi pelbagai jenis tanaman dan terletak berhampiran sebatang sungai. Aku sempat meminum air sungai itu. Ah! Segar dan nyaman, tidak tercemar. Kami membeli 2 guni durian untuk dibawa pulang ke rumah Tok Wan. Tetapi, kami diberi percuma!

Petang ini aku tidak melakukan apa-apa di rumah Tok Andak. Cuma menonton siaran langsung badminton Indonesia Open sehingga tertidur. Zzz...

Aku dan Pak Lang Lan tiba di destinasi -- Menara Alor Setar! Setelah membeli tiket masuk yang berharga RM6 setiap satu, serta seutas keychain, kami menaiki lif ke Ruang Pemerhati. Agak mendebarkan melihat ke luar tingkap lif tersebut.


Pada ketinggian 88 meter, kami menikmati panorama malam Alor Setar. Tidakku sangka begitu besar bandar Alor Setar ini. Seperti di Kuantan suasananya. Penglihatan kami sangat jelas di atas ini, dengan bantuan 5 teropong automatik yang disediakan. =p

Seterusnya, kami menuju ke Stadium Darul Aman, membeli belah di pasar lewat malam di sana. Aku membeli 2 helai boxer bercorak tengkorak, sebagai koleksi baru!

* * * * * * * * * * * * *

22 Jun 2009

Lebih kurang 12.30 tengah hari, aku dan emak bergerak meninggalkan Alor Setar. Kami perlu mengambil Mak Cik Timah di Bertam, Butterworth dalam perjalanan nanti.


Alor Setar, jumpa lagi nanti!

0 thought(s):