06/06/2009
Sebaik sahaja pulang dari salun, aku segera mandi dan bersiap. Aku perlu mengambil Yazid terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah sewa Safi dan rakan-rakannya. Aku mengenakan t-shirt Pangkor dan gelang kayu Sarawak yang dihadiahkan Safi kepadaku bersama jeans B.U.M. milik Faiz. Kekurangan seluar memaksaku mengambil tindakan drastik sebentar sahaja nanti.
Parkir kereta di basement Mahkota Parade (MP) menjadi pilihanku. Aku tidak mahu berasa bahang nanti. Seterusnya, kami ke Dataran Pahlawan (DP) untuk window shopping. Aku merisik dahulu apa yang akanku beli selepas ini. Selesai menikmati makan tengah hari, kami ke musolla untuk solat Zuhur dan kami menuju ke GSC untuk menonton cerita Night in the Museum 2 : Battle of the Smithsonian. Sememangnya kelakar cerita tersebut!
Selepas itu, Safi menyatakan hajatnya untuk menaiki Menara Taming Sari. Tetapi, terlalu ramai orang yang menunggu giliran ketika itu. Maka, kami membatalkan hajat kami. Kami menunaikan solat Asar di musolla berhampiran.
Sebaik sahaja selesai, kami menuju ke Padini Concept Store. Di sini aku membeli sehelai kemeja SEED berwarna merah jambu berjalur putih serta sehelai jeans SEED bersaiz 31. Harga yang sepatutnya aku bayar adalah RM 228 (RM109 + RM119) tetapi selepas diskaun 50% dan 70%, jumlahnya hanya RM92.20 sahaja! Sememangnya aku sangat gembira dengan pembelian tersebut. Safi pula membeli sepasang sandal VINCCI berwarna hitam manakala Fizah pula sepatu VINCCI berwarna hijau. Mereka berdua jua gembira.
Disebabkan terlalu gembira dengan pembeliannya, Fizah mengenakan terus kasut yang baru dibeli itu!
Seterusnya, kami melalui kesesakan lalu lintas menuju ke TESCO di mana Safi dan rakan-rakannya singgah membeli barangan keperluan mereka. Kami solat Maghrib di sana. Setelah selesai, aku memandu mereka pulang ke rumah supaya barangan segar mereka dapat disimpan segera di dalam peti ais. Selepas itu, kami bergerak ke MYDIN MALL di MITC untuk makan malam bersama-sama dan pulang setelah selesai. Kami perlu berehat untuk esok...
07/06/2009
Kami dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Hafiz, rakanku dan Yazid ketika di SMK(A) Sultan Muhammad dahulu. Aku juga mempelawa Azfar dan Hadi untuk turut serta bersama kami. Bertemu dengan rakan lama sememangnya menjadi sesuatu yang mengujakan.
Aku mengenakan pakaian yang aku beli semalam. Bukannya tidak sabar sangat untuk mencubanya tetapi Safi memintaku berpakaian sama warna dengannya -- merah jambu.
Kami menuju ke Dewan Mini Bistari yang terletak berhampiran MITC, Ayer Keroh. Sebaik sahaja kami tiba di pintu masuk, aku melihat Hafiz segak dengan 'persalinan di-rajanya' yang berwarna emas sambil memegang keris di tangan kirinya. Kami berpelukan. Masakan tidak, selepas 5 tahun tidak berjumpa akhirnya mendapat khabar dia ingin mendirikan rumah tangga. Kami tumpang gembira untuk kau, Hafiz.
Aku dan Safi sempat mengambil gambar bersama juga. Hehe... Menyibuk!
Sewaktu kami menikmati makanan yang disediakan, pengacara majlis mengumumkan ketibaan YDP Negeri Melaka bersama Ketua Menteri. Seterusnya, pasangan mempelai masuk diiringi kumpulan kompang. Kami tidak boleh duduk lebih lama di situ kerana Yazid perlu pulang segera ke KL. Dari bawah aku mengangkat tangan kepada Hafiz sebagai tanda selamat tinggal. Hafiz mengangguk dan tersenyum.
Selamat pengantin baru, Hafiz dan Hawa. Semoga hubungan kamu kekal sehingga akhir hayat.
p/s : Fiz, kesian ko... Mude2 dah ade tanggungjawab besau... Huhu...
1 year ago
8 thought(s):
haha...nak gambar online lah ..pastu msg kat aku skeping..nnt aku bg kut YM..orait bebeh
To dnieAlias,
Beres...
ada sale ke skrg ni? maklumlah aku ddk kat bulan skrg. hal2 bumi aku abaikan
bertandang,org x jemput x kan nak datang?betol x?
To zuLL,
Yupz! Sale gler2 skrg... Rugi xbli o...
to Muhammad 'Aizat bin Anwar Apandi,
Dia jemput la... Jz xde kad je... Maklum la, 5 thun xjmp... Contact pn xde... Jd sp yg tau sebar2kn la... Ak ty ni bkn pe, jat. Ak dpt tau ko tau... Sebab tu ak ty... k la. Beres...
jack
waah2
bhagia nmpk =)
moga salu ceria
To izzah aziz,
TQ... Lps rndu ktakn... Dh lbih 5 bln xjmp g2 la jdnye... Huhu... Smga trus kkl bhgia dg Bidud... =)
Post a Comment