BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 10, 2009

Peka...

Manusia sememangnya tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi, dunia ini adil. Orang yang belajar daripada kesilapan akan bangkit menjadi orang yang lebih baik. Begitu juga sebaliknya.

Kadangkala aku luahkan kepada rakan-rakanku tentang kekecewaanku terhadap kekasihku. Tiada isu lain yang akan aku katakan melainkan layanannya kepadaku dikala kehadiran teman-temannya di sekelilingnya. Termasuk ketika berbual melalui telefon. Dia seolah-olah tidak boleh meninggalkan teman-temannya untuk seketika. Pastinya layanan yang aku terima seperti aku ini hanya seperti teman-temannya yang lain. Bukan seseorang yang istimewa.

Aku kecewa. Kini kekecewaanku itu telah mencapai tahap yang sangat kritikal -- BOSAN!

Aku bosan dilayan begitu. Akhirnya aku 'meletup', dalam keadaan yang seminima mungkin. Ingin sahaja aku menghamburkan kemarahanku kepada rakan-rakannya yang tidak memberi ruang privasi kepada kami tetapi segera dia menghalang. Aku semakin BOSAN!

Aku ditanya sama ada aku akan meninggalkannya disebabkan perkara ini. Aku menjawab "I never ever want to leave you and I have no intention to do it, but if things keep going like this, after about one and a half year, I don't think that would be impossible."

Dia menangis. Dia meluahkan apa yang dia rasa sebenarnya. Akhirnya aku sedar. Aku terlalu mementingkan diriku.

Tekanan di tempat kerjanya (praktikal) ditambah pula dengan kemarahanku, dia bertambah tertekan.

Amarahku telah menutup kepekaanku. Aku segera meminta maaf kepadanya. Hari ini aku tidak bertanya keadaannya seperti biasa. Aku hanya ingin dia melayan aku sahaja.

Peka? Tidak!

Aku belajar daripada kesilapan kali ini.

0 thought(s):