BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 11, 2009

Bila jumpa kawan lama...

Tarikh : 2 Jun 2009
Lokasi : Newton, Banda Hilir
Masa : Lebih kurang 2.30 petang

Bertemankan Ejat, aku menemui Dinie bersama buah hatinya serta Wawa yang sengal. Wah! Aku berasa sangat seronok dapat menemui mereka bertiga. Dinie seperti biasa dengan tabi'inya tetapi Wawa, sudah makin semangat! Hehe... Seronoknya bila jumpa kawan lama. Kami berbual semahu-mahunya ketika itu.

Dinie dan Wawa di Newton : Jejak Kasih

Apabila aku ditanya ke mana aku ingin membawa mereka, aku menjelaskan rancanganku. Tetapi, aduh! Kau ni, Dinie... Rosak surprise plan aku sebaik sahaja kau cakap kau mahu melihat buah hatimu itu training bola sepak di MICET.

Kawan punya pasal, no problem!

Tarikh : 2 Jun 2009
Lokasi : MICET, Alor Gajah
Masa : Lebih kurang 6.00 petang

Aku dan Ejat mula kebosanan. Rasuah McD oleh Dinie tidak memberi kesan kepada kami. Akhirnya, Dinie dan Wawa mengajak kami untuk meronda di A'Famosa Resort, bekas tempat kerjaku yang penuh dengan sejarah zaman jahiliah aku. Huhu...

Aku dan Ejat yang kebosanan...

Tarikh : 2 Jun 2009
Lokasi : A'Famosa Resort, Alor Gajah
Masa : Lebih kurang 6.30 petang

Dinie memintaku untuk meronda-ronda disekitar kawasan resort ini terlebih dahulu. "Nak cari spot untuk ambil gambar nanti," katanya. Setelah selesai, Dinie memintaku memberhentikan kereta di salah sebuah hole di padang golf resort ini, berhampiran Fishing Pond. Dinie dan Wawa bergambar di kawasan ini tetapi turut menjadi mangsa, aku dan Ejat. Gambar selebihnya dalam blog Dinie.

Ejat, aku, Wawa dan Dinie

Tarikh : 3 Jun 2009
Lokasi : Hospital Melaka
Masa : Lebih kurang 1.30 petang

Safi sudah menyatakan hajatnya untuk bertemu Dinie dan Wawa. Maka, aku dengan suka hatinya memperkenalkan kedua-dua rakanku ini, sekali dengan balak Dinie, kepada Safi. Adalah menjadi keperluan bagiku untuk memperkenalkan rakan-rakanku kepada Safi, supaya dia tahu dengan siapa aku berkawan dan supaya tidaklah nanti dia cemburu buta.

Setakat itu sahajalah yang mampu aku garapkan di sini. Kepada rakan-rakan TESL UDM sesi kemasukan 2006/2007 (aku lebih suka memberi gelaran Scholarly Batch) yang ingin datang ke Melaka, silalah berhubung denganku. Seperti biasa, tertakluk kepada terma dan syarat. =p

3 thought(s):

nur said...

best le dnie dpt g melaka..ak yg dkt ni pun xdpt g...huhu...

dnieAlias said...

kalo ank g melaka jgn contact jack...charge mahal.haha

A d'Z said...

To fizah,

Ko dh g umh ak pe.. Ko kr lg btuah drp dnie. Heh3...


To dnieAlias,

Ak xcaj pn sbnrnye.. Muke kne siyes tp sbnrnye xksh pn.. Sbb k0 dh bg, bsr tpk tgn, minyak k0 tlg isikn. Heh3...