Mereka semua sedang menikmati jamuan durian di dapur dengan berselera sekali. Selepas satu biji dibuka, satu lagi yang akan menyusul. Tidak cukup dengan ulas durian semata-mata, pulut dijamu sekali. Masih tidak puas, bubur durian pula dimasak. Begitulah seterusnya sehingga mereka kenyang dan kepuasan.
Aku hanya menonton TV berseorangan di depan...
Daripada keseluruhan 26 orang (tidak termasuk 2 orang bayi) daripada 3 generasi keluarga Hj Jaamat, hanya aku seorang sahaja yang tidak gemar durian.
Kenapa aku tidak gemar durian?
Di zaman kanak-kanak riangku, aku menikmati durian seperti ahli keluargaku yang lain. Cuma, sewaktu aku belajar di tadika, aku diperdengarkan dengan cerita kematian seseorang akibat sakit jantung selepas memakan terlalu banyak durian.
Aku trauma semenjak itu!
Dodol. Manisan tradisional Melayu yang sangat popular dan sangat senang didapati terutamanya menjelang Aidilfitri. Sekali lagi, aku merupakan penggemar dodol di zaman kanak-kanakku. Segalanya berubah pada malam itu...
Aku sedang menikmati 3 jenis dodol berbeza perasa bersama emak dan adik-adikku sambil menonton TV. Sedang asyik menikmati kelazatan dodol yang berbentuk segi tiga itu, tiba-tiba aku tercekik!
Aku segera memberikan isyarat kepada emak. Aku sukar untuk bernafas. Emak mengarahkanku untuk meletakkan perut ke pengalas tangan pada kerusi dan menekan perutku. Akhirnya, seketul dodol yang masih sempurna sifatnya terkeluar daripada tekakku.
Itulah kali terakhir aku menikmati dodol!
1 year ago
4 thought(s):
Sedap wei...
ilangkan trauma mu itu...
huk2...
presumptive.blogspot.com
he sama la kite..durian mmg x mkn dr kcik smpai la dewasa ni pun
oh dodol bleh ar mkn gak asalkan bkn dodol durian huhu
oh..gitu kisah nyer...kalau tye ku..memang ku telan jua..hahaha..tapi durian jangan makan byk2 panas nnt...
to MeGat,
Weh! Welcome, friend!
to haziQah,
At least leh gak mkn dodol... eden? x dapek...
to Nabil_jangs,
Tau xpe...
Post a Comment