Aku mula kerisauan. 10 minit lagi akan tiba 28 Jun 2009, ulang tahun kelahiran ke-21 kekasih cerahku, Safi. Yazid tiba dari Kluang lewat sejam daripada yang dirancang. Tidak mengapa. Masih ada beberapa minit untuk aku bersedia.
Kami tiba di Dataran MBMB, Ayer Keroh. 4 minit sahaja lagi hari akan bertukar. Aku segera memasang lilin di atas kek blueberry cheese yang aku beli daripada Cikgu Azizah. Yazid mengeluarkan barangan lain.
Aku mengeluarkan handphoneku. Tepat 12 tengah malam. Aku menghubungi Safi. Beberapa ketika kemudian...
"Baby..."
"Abang katne?"
"Pandang kanan."
Dia menoleh.
"Happy birthday to you... (lagu)"
Jelas di telingaku suaranya tergelak, terkejut. Aku dan Yazid berjalan ke arahnya. Sudah 2 jam mereka menunggu kami di situ. Nadira tiada. Safi dan Fiza sahaja.
"Tiuplah lilin ni..." aku memandang tepat ke matanya.
Safi meniup kesemua 21 batang lilin yang aku nyalakan tadi. Dia memasang hajat yang dirahsiakan daripada kami semua. Setelah aku mendesak, dia mengkhabarkan kepadaku. Ia akan kekal menjadi rahsia kami.
Aku gembira dapat bersama dengannya menyambut hari lahir buat kali pertama sepanjang perhubungan jarak jauh kami. Dia gembira, segembiranya.
Aku bahagia melihat kegembiraannya.
Happy 21st birthday, Baby...
6 thought(s):
berbahagialh kamu berdua selama2nye =)
suke tgok jack hepi tau
xnk ade serabut2 d minda mu lagi na jack
chaiyok2!!!
To izzah,
TQ... Bsa la hdup,izzah... Ad time kne ap... Ad time kne srabut... Hehe... Smga bhgia slmanye dg Bidud...
slmt berbahagia!!!!!!!!!!!!
;D
To tieha,
TQ... So u r, babe...
kO lelaki GS...
to Anon,
huh?? gile sex ke mksd k0? ke gagah sgt? haha!
Post a Comment