BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 13, 2009

Judi...

Kadang kala aku bertanya kepada diriku sendiri "Berjudi ni best sangat ke?", terutama sekali ketika melihat orang yang aku kenal 'menikmati' aktiviti haram itu. Aku tidak faham dengan ketagihan mereka.

Selepas selesai memarut kelapa untuk kegunaan walimatul urus di rumah seorang rakan karib tadi, aku bertanya kepada seorang rakanku yang lain tentang persoalan tadi. Jawapannya, "Aku ajar kau main. Kau anggap kita letak duit kat tengah ni."


Maka, aku diajar cara bermain daun terup itu sehinggalah aku benar-benar faham. Kemudian, kami 'berjudi'. Sekiranya aku betul-betul berjudi tadi, aku menang besar!

Kini baru aku faham. KEMENANGAN adalah dadah dalam perjudian. Walaupun tiada wang yang diperjudikan tadi, aku mula berasa seronok.

Bahayanya berjudi. Kini, aku sudah ada alasan yang sangat kukuh untuk terus mengelak daripadanya.

2 thought(s):

Mohamad Shaiham Bin Ibrahim said...

wah wah wah ko Zack....

Secara asasnya setiap yang haram itu enak dilakukan... oleh itu perlukan mujahadah (perjuangan) itu menghindarinya.

Islam terang-terangan mengharamkannya disebabkan kemudaratan yang dibawa oleh aktiviti judi itu...

Judi menghilangkan fungsi akal yang merupakan anugerah paling beharga kurniaan Ilahi.... so,bertuahnya kita menjadi ummat Islam yang sentiasa dinasihati oleh agamanya..... Tak gitu??

A d'Z said...

to Shaiham,

Tol! Aku kire b'tuah dpt rs pgalamn gni. Mmg hilang akal...