Aku tahu sekarang cuaca sangat panas berbanding suatu ketika dahulu. Seperti musim kemarau rasanya. Walau bagaimanapun, artikel ini bukannya tentang kemarau cuaca, tetapi kemarau kemenangan. Kemenangan dalam sukan bola sepak oleh Taman Seri Kelemak, tempat tinggalku.
28 Jun 2009, bermulanya langkah awal kami untuk mengulang kegemilangan dahulu --
Kejohanan Bola Sepak Sukan Komuniti DUN Rembia.
Kami terletak di dalam Kumpulan C, menentang Kg. Kelemak Dalam dan Kg. Baru yang merupakan musuh tradisi kami. Disebabkan kejohanan ini dianjurkan dalam masa sehari sahaja, maka kami perlu bermain selama 30 minit (15-15) bagi setiap perlawanan. Aku adalah pemain tunggal di bahagian
bek kiri.
Seri Kelemak F.C. Perlawanan pertama kami adalah menentang
Kg. Kelemak Dalam. Kami di barisan pertahanan berjaya mengekang setiap serangan dengan baik. Tiada gol yang berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini. Bagaimanapun, kami diisytihar
menang 2-0 selepas pihak penganjur mendapati lawan kami menggunakan pemain yang tiada dalam senarai yang didaftarkan.
Perlawanan kedua menentang
Kg. Baru sememangnya mendebarkan kami. Masakan tidak. Terdapat beberapa orang bekas pemain negeri Melaka di dalam pasukan lawan kami. Tambahan pula mereka dalam keadaan cergas 100% kerana perlawanan mereka dengan Kg. Kelemak Dalam dibatalkan dan mereka diisytiharkan pemenang kerana lawan mereka menarik diri. Kami teruskan bermain dengan mengamalkan corak bertahan. Taktik kami berhasil dan kami diadili menerusi
sepakan penalti. 7 sepakan dilakukan oleh kedua-dua pasukan dan akhirnya kami melangkah ke separuh akhir setelah
menang 5-4.
Kami bertemu dengan pasukan pilihan no. 1 kejohanan ini,
Sg. Petai. Mereka adalah juara negeri tahun lepas. Dengan taktik 4-5-1 kami berjaya mengekang banyak pergerakan lawan. Walau bagaimanapun, akibat salah faham antara Tariq (
lastman) dan Jolai (
keeper), pihak lawan mendapat gol pada lewat permainan hasil tandukan salah seorang pemain mereka yang tidak dikawal. Kami
kalah 1-0.
Bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4, kami menentang
all Indian team, wakil
Pengkalan. Kali ini kami melakukan serangan bertali arus ke gawang lawan dan kebanyakannya terkena palang. Cubaan Apai (
midfielder) yang terkena palang memberi peluang kepada pihak lawan melakukan serangan balas terhadap kami. Kerana terdesak, dan kemahiran berlakon yang hebat, lawan kami mendapat sepakan penalti setelah pengadil mendakwa Ejat (
midfield) menjatuhkan salah seorang pemain lawan di dalam kotak penalti. Sepakan dilakukan dengan sempurna walaypun Alif (
2nd keeper) dapat membaca arah bola disepak. Kami terus menyerang dan akhirnya Faiz (
striker) menyempurnakan hantaran Udin (
right winger) tepat ke gawang lawan. Perlawanan berlanjutan ke penentuan
sepakan penalti sekali lagi akibat keputusan terikat
seri 1-1. Nasib tidak menyebelahi kami kali ini. Kami
kalah 4-1 sekali gus mendapat tempat ke-4 keseluruhan.
Pingat tempat ke-4.
Inilah kali pertama kami mendapat pingat setelah beberapa tahun kemarau kemenangan. Kami amat berpuas hati kerana tanpa latihan (pemilihan pemain diadakan malam sebelum pertandingan!) kami berjaya menjadi 4 pasukan terbaik.
Seterusnya, 2 minggu lagi, Liga Komuniti. Kami ingin melangkah ke final dan menang!
Kemarau kemenangan perlu ditamatkan.