BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009

Patriotisma : Sekilas...

Mencintai tanah air dan bangga dengannya. Itulah yang boleh digambarkan dengan semangat patriotisma. Perjuangan menuntut kemerdekaan akibat penjajahan secara fizikal selama 446 tahun oleh 4 kuasa yang berbeza -- Portugis, Belanda, British dan Jepun -- akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia (Tanah Melayu) diisytiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Secara jujur, saya sangat mencintai Malaysia dan saya sangat berbangga dengannya.

Saya tertarik untuk membicarakan tentang patriotisma pada pandangan sesetengah pihak dan juga pada pandangan saya sendiri. Berikut adalah kupasannya berdasarkan penyataan "Sekiranya kamu patriotik kamu akan..." :


1) Menggunakan kenderaan nasional (Proton)

Saya rasa pandangan pihak tersebut langsung tidak menunjukkan apa-apa maksud yang jelas tentang semangat patriotisme. Saya bukanlah seorang yang sangat arif tentang dunia automobil tetapi saya juga pengguna. Sebagai pengguna saya mesti mahu barangan yang berkualiti. Adakah produk Proton cukup berkualiti? Mungkin ya, sekadarnya. Mujurlah, ahli keluarga saya sangat 'rajin' membeli pelbagai jenis kereta. Maka, dapatlah saya mencuba kenderaan yang berbeza pengeluar. Saya lebih selesa dengan kereta import. Bukan kerana saya ini bersikap terlalu liberal tetapi saya berasa puas menggunakannya. Tambahan pula dengan pelbagai kisah yang saya dengar tentang pelbagai jenis kereta, lantas membuat saya tidak bersetuju dengan penyataan di atas.

Saya masih cintakan Malaysia dan sentiasa bangga dengannya.


2) Menyokong pasukan bola sepak negara

Jika anda menggilai sesuatu jenis sukan, saya pasti anda mencari kepuasan dan kualiti persembahan daripada para pemain sukan yang anda gemar itu. Seperti saya, saya sangat menggilai bola sepak tetapi saya tidak berapa memberi perhatian kepada bola sepak negara kita. Kenapa? Saya tidak berasa puas dengan cara permainan mereka dan saya tidak rasa permainan mereka berkualiti. Saya bukanlah seorang pemain bola sepak profesional tetapi saya rasa kita wajar mendapat apa yang kita mahu, bersesuaian dengan apa yang kita laburkan. Demi minat, demi kepuasan. Minta maaf kepada sesiapa yang pernah membuat kenyaataan di atas kepada saya. Saya tidak bersetuju.

Saya masih cintakan Malaysia dan saya sentiasa bangga dengannya.


3) Menyokong industri seni tempatan

Saya sebenarnya sangat memilih karya seni untuk didengar, ditonton atau dibeli. Untuk lagu, saya tidak kira genre apa pun lagu tersebut asalkan ianya serasi dengan jiwa saya yang penuh warna-warni ini. Begitu juga dengan filem atau drama. Tambahan, mesti berbaloi dengan pelaburan kewangan yang saya keluarkan. Seni lukis dll. pula, saya tidak kisah. Asalkan saya berkenan, saya akan membelinya. Tetapi, menurut statistik peribadi, kebanyakan pilihan saya bukannya keluaran tempatan.

Saya masih cintakan Malaysia dan saya sentiasa bangga dengannya.


Kesimpulan

KUALITI dan KEPUASAN! Saya ada cara saya yang tersendiri bagi menunjukkan semangat patriotisma saya. Antaranya :

  • mengambil tahu perkembangan politik, ekonomi, sosial dll. yang berkaitan Malaysia;
  • menyokong kempen-kempen kerajaan yang pada hemat saya memberi manfaat kepada semua;
  • menjadi BANGSA MALAYSIA lebih daripada BANGSA MELAYU;
  • dsb.
Fuh! Letihnya...

4 thought(s):

Mumia.Megat.Menjelma said...

Guna kreta nasional?yes

Bola? wlau x mnat, aku tetap skong Klate..haha

Hiburan tmpatn? yes.. Siti aci dop? hehe..

A d'Z said...

to MeGat,

eleh.. nnt mg dh kije mg bli kete import gak..

Mr PresidenT said...

salam.fwen..nice komen about independence means to u.. as a fwen im very proud of u when u r tend to noe da political issues..thats important dude..ahakz..wateve..jati diri kne kuat k..good luck 2 wateva u r going to 'explore' then..huhuhu

A d'Z said...

Dear Mr PresidenT,

TQVM. I agree with you about 'jati diri'. Yes! That's more important.