Perkara 1
Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) merancang untuk mengumpul orang ramai di beberapa lokasi di ibu negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 2
Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) juga merancang berkumpul di beberapa lokasi di ibu negara sebelum berarak ke Istana Negara tetapi dengan agenda berbeza iaitu menyokong ISA dikekalkan.
* * * * * * * * * * * * *
Hemat saya yang pertama...
Kedua-dua pihak di atas -- penentang dan penyokong ISA -- melakukan apa yang mereka fikirkan betul pada pandangan mereka sebagai rakyat sebuah negara yang demokratik.
GMI bertindak menentang ISA atas dasar apa yang dialami oleh sebilangan penyokongnya yang pernah menjadi tahanan ISA; atau yang sedang ditahan di bawah ISA atau; yang memiliki kenalan yang ditahan di bawah akta tersebut.
Pewaris dan para penyokongnya bertindak menyokong ISA atas dasar mempertahankan Islam-- atau maksud tersiratnya, kedaulatan Islam tidak dapat diperjuang dan dipertahankan di Malaysia ini tanpa adanya ISA.
Hemat saya yang kedua...
GMI bergerak atas dasar EMOSIONAL dan Pewaris bergerak atas dasar RASIONAL.
Hemat saya yang ketiga...
GMI berpotensi, harapnya belum lagi, menjadi 'boneka' kuasa luar yang berminat untuk menjatuhkan Malaysia atas nama demokrasi. Pewaris pula berpotensi menjadi parti politik neutral yang diyakini mendapat tempat di hati anak muda Malaysia yang patriotik JUGA dicemari pihak lain yang kononnya menyokong ISA.
Hemat saya yang keempat,
ISA dan juga undang-undang lain di dalam Perlembagaan Malaysia adalah salah satu ciptaan intelek manusia. Manusia bukanlah makhluk yang sempurna, maka undang-undang yang manusia ciptakan bukanlah sempurna. Undang-undang manusia perlu berubah mengikut peredaran zaman.
Hemat saya yang terakhir,
ISA perlu dikekalkan tetapi harus menjalani beberapa pindaan supaya bersesuaian dengan keadaan zaman semasa. Rakyat pula perlu bersikap matang dengan bertindak secara rasional, bukan emosional. Isu ISA ini bisa membawa Malaysia ke arah yang lebih baik mahupun huru-hara. Kepimpinan negara -- pemerintah dan pembangkang -- harus melupakan seketika kepentingan peribadi masing-masing dengan duduk berbincang secara matang dan profesional tentang isu ISA demi mengekalkan kemakmuran yang sedia ada.
Saya tidak menyokong ISA dimansuhkan. Saya menyokong pengekalan ISA dengan pindaan.
9 thought(s):
Hmmm..pelik pendirian pewaris ,menyokong undang2 yg jelas bercanggah dgn islam atas dasar mempertahankan islam..mcmana tu?
bagi pendapat saya ISA perlu ada kerana apabila manusia tiada undang2 akan menjadi kucar kacir sedangkan kita lihat sendiri didalam keluarga pn ada undang2...tapi yang menyebabkan ISA buruk ialah ada sesetengah pihak mempermainkan isu ini kepada yang negetif
kepada tuan punya blog...
jgn jadi bodoh...
ISA ialah akta tahan tanpa bicara...
kalau salah kita kna bicarakan di mahkamah...
bukan tangkap dan simpan bertahun2...
yang kita tangkap tu manusia...
yang ada keluarga...
kalau kamu simpan orang tahanan bertahun2 tanpa dibicarakan dan tanpa di buktikan bersalah dan tak tahu berapa lama akan merengkok di kemunting...sapa nk bela naseb istri dan anak orang tahanan ni...
nk guna ISA untuk mempertahankan islam... ini kerje bodoh...
dalam islam pun ada mahkamah dan ada perbicaraan....untuk di buktikan bersalah baru boleh jalan hukuman....
ko ni anak sapa ha....
cemana akal fikiran ko dungu sangat ni...
errrrr... ko penah baca buku x?
hmmmm ko bnyk sngt baca URTV ke?
Sy setuju dgn pandangan Anon, sbb isa adlh tahanan tanpa bicara, tnpa bukti yg mnsabitkn kesalahan seseorng. Betul, undang2 perlu ada, tp mestila yg beri keadilan kpd kedua2 pihak, penuduh dan tertuduh..Dlm islam keadilan ditekankan..Kita takleh kata negara lain atau amerika ada gak undang2 macm ni untuk menghalalknnya..2 wrongs dont make a right..
To pening,
entah... sy ni neutral... hehe...
To sabir,
yep2! tp dh lapuk r... kne reform, bro...
To Anon,
rasional la sk8... xslh nk emo tp cb cri yg +ve dlm se1 yg kamu nmpk -ve tu... ni jz pndrian sy je... sy anak arwah Hj Jaamat bin Omar, bekas YDP PAS Kwsn Kelemak yg prnh msuk PRU-11 & PRU-12 mwkili PAS bg DUN Rembia, Parlimen Alor Gajah...
To mat johor,
mnrik la pndgn kamu... tp GMI ni ske sgt wat demo... xtntram je rs dok m'sia g2...
ISA memang patut ditiadakan demi Islam dan keadilan..Both sides kena duduk semeja..tp tu yg payahnya...masing2 keras..
To observer,
tu r psl... 2-2 ad kpntgn sndri... pyh tol la msia gni kn..??
saya bantah ISA dimansuhkan.. bukan apa.. saya pelik kenapa la diorang takut sangat ngan ISA nie.. SEDANGKAN SAYA LANGSUNG TAK TAKUT KAT ISA.. sebab saya tahu, saya ada akal n saya takkan buat perkara bodoh seperti yg diorang wat.. hehehehe..
to Acax,
wawa... suspek la! heh3... sy xstju mansuh, sy stju pinda.
Post a Comment