Entah apa yang difikirkan oleh penganjur demonstrasi jalanan Himpunan MANSUH ISA mengenai 'program' yang mereka anjurkan ini. Menurut harakahdaily.net, lebih 100 000 penyokong Anti-ISA menghadiri perhimpunan ini manakala menurut kosmo.com.my hanya 10 000 orang sahaja yang menghadirinya.
Menurut harakahdaily.net lagi, ketua gabungan parti pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perhimpunan ini berjaya kerana mencapai sasaran lebih 100 000 orang 'peserta'. Inikah tujuan sebenar demonstrasi ini? Inikah yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN?
Saya tertanya-tanya tentang keadaan ini. Apakah hasil daripada demonstrasi ini? Setakat ini, hasilnya berdasarkan pemerhatian saya adalah seperti berikut:
1. Memorandum 10 Deklarasi ISA
Memorandum yang kononnya akan diserahkan kepada Yang Dipetuan Agong di Istana Negara GAGAL disampaikan kepada Duli Yang Maha Mulia baginda. Saya tertarik dengan satu perkataan dalam ayat berikut: "Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara." (harakahdaily.net)
Secara jujur, saya memikirkan suatu yang negatif tentangnya. Anda pula bagaimana?
2. Tahanan
Menurut sumber pembangkang, dianggarkan lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan manakala laporan media mainstream yang lain mendakwa hampir 600 orang ditahan. Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat turut ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Sivarasa Rasiah, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi. Berapa pun jumlahnya, saya menjangkakan mereka akan ditahan di bawah akta yang mereka tentang ini.
Sekiranya jangkaan saya tepat, saya merasakan bahawa mereka wajar menerimanya.
3. Ekonomi Kuala Lumpur
Pusat membeli-belah SOGO dan premis-premis perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dll. terpaksa ditutup ekoran keadaan yang tidak terkawal. Kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku di beberapa jalan utama memburukkan lagi keadaan. Media mengisytiharkan KL lumpuh pada hari ini (1 Ogos 2009).
4. Tindakan polis
Tindakan polis menyuraikan perhimpunan itu dengan gas pemedih mata dan pancutan air boleh ditafsirkan dengan 2 kemungkinan. Pertama, peserta demonstrasi bertindak liar dan kedua, disengajakan untuk menunjukkan huru-hara yang diakibatkan oleh demonstrasi seperti ini kepada rakyat Malaysia yang lain.
Sekiranya teori yang pertama betul, ini bermaksud pihak polis melakukan tindakan yang betul bagi mengelakkan para peserta demonstrasi bertindak lebih daripada apa yang mereka lakukan. Pihak keselamatan juga perlu mempertahankan diri mereka serta orang awam yang lain. Adalah menjadi tanggugjawab utama mereka untuk memastikan ketenteraman awam terjamin.
Sekiranya teori yang kedua betul, tindakan ini boleh disifatkan wajar atau tidak. Wajar bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia akibat tindakan yang bersifat emosional dan tidak berlandaskan undang-undang negara. Tidak wajar sekiranya para peserta perhimpunan tidak melakukan apa-apa yang boleh dianggap berbahaya 'diserang'. Mereka adalah rakyat biasa yang cuma meluahkan perasaan mereka melalui tindakan atas hak kebebasan bersuara yang didukung oleh terma DEMOKRASI yang diuar-uarkan.
5. Keluarga peserta
Saya berasa kasihan terhadap keluarga peserta demonstrasi yang ditahan, atau yang mengalami kecederaan akibat gas pemedih mata dll. malah kesemua ahli keluarga peserta yang lain sekali. Kenapa saya perlu berasa kasihan?
Seorang ibu muda bersama anak lelakinya yang berusia 2 tahun lebih datang ke rumah saya petang tadi. Dia adalah kenalan emak saya. Dalam keadaan menangis dan marah, dia ditenangkan oleh emak dan kakak saya. Apa yang terjadi sebenarnya?
Sebenarnya, suaminya adalah salah seorang peserta demonstrasi tersebut. Dia mengangis dan marah kepada suaminya kerana dia risau akan keselamatan si suami. Dia risau akan nasibnya dan anaknya andai sesuatu yang buruk berlaku kepada si suami. Walaupun akhirnya si suami menghubunginya dan mengatakan bahawa dia selamat, emosi si isteri pasti akan terjejas.
Sekadar itulah yang saya mampu fikirkan sekarang. Entahlah, saya berasa pelik dengan sikap politikus di Malaysia. Saya pelik dengan sikap para penyokong mereka. Lebih tepat dan jelas lagi, saya pelik dengan politik di Malaysia. Apa yang terjadi sebenarnya?
Saya sendiri tidak pasti.
Saya berharap tidak ada apa-apa yang lebih buruk akan terjadi selepas ini. Saya juga berharap pihak kerajaan mendengar pandangan mereka yang menyertai perhimpunan ini. Bukannya apa. Sekiranya mereka sanggup datang dari setiap pelosok negara, pastinya mereka berhajatkan sesuatu. Kalau tidak dimansuhkan ISA, ubahlah apa yang patut.
Bagi pihak pembangkang, saya berharap kejadian seperti ini tidak akan diulangi. Ada pelbagai medium yang lebih selamat untuk menyampaikan hasrat kamu. Sekiranya kamu pemimpin yang hebat, sudah pasti kamu dapat mencari jalan penyelesaian yang matang dan memberi faedah kepada semua pihak.
Tulisan saya ini bukannya untuk menyokong atau membangkang mana-mana pihak yang terlibat tetapi ini hanyalah pandangan daripada seorang rakyat Malaysia yang takut akan kehilangan kemerdekaan yang sedia ada sekarang.
5 thought(s):
pelik memang pelik
KESIAN BINI KAT RUMAH..
tahu la sayang kat bini tinggal2kan..
tapi tinggalkanlah bini tue dgn keadaan tenteram..
ni tinggalkan bini ngan anak2x yg berderet tue cam separuh nak mati duk pikiaq tentang nasib si suami..
hish!
xtahulah apa yg ada dalam kepala otak mereka tue..
eh, kita nie asyik je sembang pasal ISA..
moga2 ada la kesedaran mereka yg buta hati, buta mata, buta mata hati supaya dapat celik segala mata hati..
okey, roger n out!
woah... ni jz luahan pndpt je... ats nm demokrasi yg didukung... k. roger, out.
salam sahabat....
pertama, ISA memang zalim.
satu akta yang memisahkan antara suami dan isteri, bapa dan anak tanpa sedikitpun diberi hak (yang sememangnya dikurniakan Allah hak itu)untuk membela diri.
Kedua,inilah namanya perjuangan. untuk mendapat sebuah negara yang aman, makmur lagi dirahmati Allah perlu ada sesuatu harga yg kita bayar. Itulah pengorbanan.
Ketiga, cuma apa yang perlu difikirkan semua pihak ialah bagaiman kita nak keep our politics survival (Islam) dalam keadaan yang berlaku sekarang.
sama2 lah kita fikir2 kan....
aku xsempat nk komen..
aku cma nk gtau rndu la kt kamu zaki..hehe
to Shaiham,
Shbt, skrg ak xpsti yg mn ptut ak pgg tp ak psti ad cr yg lbih baik drp pe yg mrka lkukn. Ad plbgi cr utk b'juang, b'sesuaian dgn zmn.
To yann,
xpe... ak pn rndukn mg... huhu...
Post a Comment