Phew... Setelah seminggu meninggalkan blog ini kosong tanpa sebarang post yang baru, syukur kepada-Nya kerana aku berpeluang untuk mengisi cerita baru tentang kehidupanku untuk dikongsi bersama pembaca semua. Berikut adalah sinopsis kegilaan yang berlaku sepanjang minggu ini (yang penting) :
5 Ogos 2009
Berlaku konflik yang amat menakutkan di antara aku dan dia. Aku cuba untuk mengerti apa yang terjadi dengan lebih mendalam. Sekurang-kurangnya, dengan usaha aku itu aku dapat mengatasi sedikit sebanyak perasaan yang kurang enak pada diriku ini. AKU SEDIA MENANTI!
Sehelai sapu tangan batik tempahan khas (gambar di bawah) telah aku kirimkan kepada si dia. Semoga keadaan menjadi semakin baik selari dengan perubahan masa. Amin...
6 Ogos 2009
Kejohanan KOSMO! Varsiti Futsal 2009 peringkat UDM bermula pada petang hari ini! Aku menjadi kapten kepada pasukan Bawah 23 Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK-TESL) dan pasukanku diberi nama F.E.A.R. -- akronim yang kami sendiri tidak tahu menahu maknanya (??).
7 Ogos 2009
Perlawanan pertama kami adalah menentang Bulat FC yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam. Kami kehilangan 2 pemain utama, Hamzi dan goal keeper semester satu maka kami mengimport Nik daripada FPKI untuk menggantikan kedudukan mereka. Pada babak pertama permainan, kami dikejutkan dengan gol pendahuluan oleh pihak lawan dan kemudian bangkit mengejar dengan 2 gol -- satu daripada Nik dan satu daripada aku (winning goal).
F.E.A.R. 1-0 Bulat FC.
8 Ogos 2009
Hari ini kami perlu menempuhi 3 perlawanan dalam satu sesi pagi (9am, 10.45am dan 12pm). Perlawanan kami yang pertama hari ini adalah menentang FUHA Laluna, musuh dan juga rakan kami. Seperti semester lepas, kami seri lagi cuma keputusan kali ini 0-0, bukan 1-1.
Perlawanan kedua kami adalah menentang Kura-kura (FPKI). Aku mensasarkan menang dalam perlawanan ini tetapi sebagai kapten pasukan, aku sangat kecewa dengan permainan pasangan seranganku, Adika. Seperti semester lepas sewaktu menentang Geng Kapak (Nursing), permainan individu Adika merugikan kami. Keputusan perlawanan 0-0.
Pada perlawanan terakhir kami menentang TTFC (3P), kerana kekecewaan yang teramat sangat, aku bermain secara sangat bersahaja -- lemah. Amarahku kepada 'penyerang prolifik' kami itu ternyata kukuh. Kami tewas 2-0 dan persaingan kami tamat di sini sahaja.
Maghrib tadi, aku mendapat khabar bahawa FUHA Laluna menjadi johan bagi kategori Bawah 23. Aku tergelak sendirian. Seandainya kawan-kawan lama aku masih anda, kami pasti menggantikan tempat FUHA Laluna. Aku merindui kamu rakan-rakan!
9 malam tadi, aku dan teman serumahku Syahrul, Topek, Amin, Wan dan buah hati Fiq -- Yidin -- keluar menonton persembahan kesenian (MAKES 2009) di DABS. Tujuan kami adalah satu:
Muslim adalah teman sebilikku, rakan serumah kami. Dia merupakan salah seorang awak-awak yang memberikan persembahan dikir barat pada malam ini. Bagaimana kami mengenakannya? Lihat gambar di bawah :
Ini adalah sepanduk yang kami cipta khas untuk Muslim. Daripada awal hingga ke akhir persembahan, kami akan memberi sorakan kepadanya terutama sewaktu kamera fokus ke mukanya. Terdapat beberapa isyarat muka dan jari sempat ditunjukkan Muslim kepada kami, sekali gus memberikan kepuasan kepada kami kerana mengenakannya. Sorry, room mate!
Sekian, wassalam... (--,")
0 thought(s):
Post a Comment