BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 6, 2009

Harapan, Janji, Kebahagiaan...

Petang, 5 Julai 2009

Aku tiba di Melaka Sentral tepat pada masanya. Kami berjumpa. Dia kelihatan sangat gembira. Maklumlah, kenduri durian di tempat tumpah darahnya. Kami menuju ke Hospital Melaka untuk mengambil Perodua Kembara yang ditinggalkannya di sana.

"Abang, tak boleh hidup... Bateri menyala..."

Aku cuba menghidupkan Kembara itu. Ya, sah bateri bermasalah. Aku menjadi pomen, mengeluarkan bateri itu. Kami segera ke bengkel berhampiran. Aku meminta pomen itu mengecas bateri tersebut. Sementara menunggu, kami berjalan-jalan di Jaya Jusco -- window shopping.

Setelah mengambil bateri, kami ke hospital semula. Ah! Tidak menjadi. Gelagat kami telah menarik perhatian sepasang sahabat yang akhirnya menawarkan pertolongan. Mereka mengeluarkan jumper dan akhirnya enjin berjaya dihidupkan.

Dia menghubungi ayahnya yang berada di Teluk Intan. Tidak lama selepas itu, dia menghulurkan telefonnya kepadaku.

"Hello, Zaki. Pak cik nak minta tolong ni..." dan seterusnya.

Aku tersenyum girang. Ayahnya memberi harapan kepadaku untuk memberi bantuan yang diperlukan. Aku menjanjikan berita yang baik kepada ayahnya.

Sekarang sudah Maghrib. Kami bercadang membiarkan sahaja Kembara ini di situ. Aku menghantarnya pulang ke rumah untuk berehat sebentar. Aku menunggu di surau berhampiran.

Lebih kurang 9.30 malam, kami bergerak ke Melaka Sentral semula. Kami perlu mengambil Fiza. Tunggu punya tunggu akhirnya Fiza tiba. Itu pun selepas sejam setengah kami menunggu!


* * * * * * * * * * * * *

Pagi, 6 Julai 2009

Aku mengambil peralatan yang diperlukan untuk mengeluarkan bateri itu nanti. Jam menunjukkan pukul 6.20 pagi, aku memandu Proton Wajaku ke rumah mereka.

Setelah tiba, aku menghubungi mereka. Dia turun dahulu, berkongsi sarapan denganku. Aku sangat gembira. Inilah kali pertama aku melihatnya di awal pagi. Matahari masih belum menyinar tetapi dia kelihatan bercahaya. Aku gembira.

Setelah tiba di hospital, aku mengiringinya ke jabatan tempat dia bekerja -- Jabatan Pengimejan dan Diagnostik. Kemudian, aku segera mengeluarkan bateri Kembara itu. Setelah selesai, aku menuju ke bengkel semalam. Ah! Masih belum buka. Aku menunggu sambil melelapkan mata yang tidak tidur semalaman ini.

Aku dikejutkan oleh salah seorang pekerja bengkel itu. Aku keluar dan segera membeli bateri yang baru.

Setelah selesai, aku kembali ke hospital untuk mencuba bateri baru itu. Berjaya tetapi kereta masih tidak hidup. Cas tidak cukup kuat. Aku menghubungi orang bengkel itu. Tidak lama kemudian, seorang pekerjanya datang bersama sebuah bateri dan jumper. Kembara ini mampu berfungsi seperti biasa semula akhirnya.

Aku masuk ke jabatannya. Ramai pesakit yang menunggu di luar. Aku menunggu dengan sabar. Akhirnya dia keluar.

Aku diberikan harapan. Aku memberikan janji, aku menunaikan janji. Aku bahagia.

2 thought(s):

end said...

YA ALLAH.. tika jari jemari ini bergerak pada butiran2 tasbih sambil menyebut namaMU dan tika itu juga hati ini bergetar kencang, IZINKAN AKU MENGALIRKAN AIR MATA KERANA CINTA.. salam ziarah dari acax

A d'Z said...

To acax,

Slm ziarah... Indah!