Peristiwa ini berlaku petang tadi, selepas solat Asar. Aku dan Ejat keluar mengambil angin petang di sekitar taman perumahan kami. Sambil itu kami berbual tentang perkara-perkara yang kami lakukan sepanjang hari ini.
Tiba-tiba aku berasa sangat haus. Tekak ini perlu dibasahkan dengan segera. Kalau tidak, aku akan keletihan dengan cepat.
Kami singgah di kedai Ah Meng. Ejat mencadangkan aku supaya membeli 'minuman tradisi' penduduk Alor Gajah yang terkenal, air Long Chan. Suatu ketika nanti, aku akan menerangkan dengan teliti tentang air Long Chan ini.
Selepas membayar, aku keluar dari kedai itu. Aku disapa oleh seorang lelaki 50-an yang sememangnya aku kenal, tetapi bukan pada namanya.
"Kau anak Hj Jaamat kan?"
"Ya, saya. Kenapa pak cik?"
"Semalam aku nampak kau pasang banner bowling tu. Kau lain line dengan arwah ayah kau senyap-senyap ya?"
Aku tidak selesa dengan persoalan itu.
Sebenarnya, semalam aku bersama Ozon menolong Abang Pian (Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Kelemak) memasang banner Kejohanan Bowling Tertutup Seri Kelemak yang dianjurkan oleh UMNO bahagian bersama Belia 4B. Aku membantu bukan atas dasar politik tetapi pertolongan biasa kepada orang kejiranan sendiri.
Pak cik itu sebenarnya orang kuat arwah ayahku. Arwah ayah adalah bekas Pengerusi PAS Cawangan Kelemak yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum tahun 1999 dan 2004 bagi DUN Rembia. Jadi, dia menganggap aku seperti pengkhianat keluarga.
Aku tidak memihak kepada mana-mana pihak politik di Malaysia ini. Aku tidak mempercayai kesemuanya tetapi aku ada pandangan peribadi jika ingin mengundi.
"Saya tolong sebab orang minta tolong, pak cik. Kalau ayah ada dan nampak, ayah takkan marah punya."
1 year ago
3 thought(s):
tolong menolong itu kan budaya yg mulia.. berbuat baiklah dgn semua orang.. tak kiralah pas ke umno ke.. kita tetap bersaudara atas nama islam.. skop ukhuwwah itu luas, jgnlah disempitkan.. komen sudah dibalas dalam blog nisa'.. tenkiu!!! =)
weh..ko xbalik trg lagi ke?
xphm ape status ko skrg ni weh...
to DAMIA,
setuju! bhya tol la mentaliti org bwhn dlm parti politik @ m'sia ni...
To dnieAlias,
ak blk... ahad, 12/8, 9pm. status ak SINGLE but NOT AVAILABLE. keh3!
Post a Comment