BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 11, 2009

Percutian yang paling menyeronokkan!

Aku bergerak ke rumah sewa Baby pada jam 9.10 minit pagi dalam keadaan hujan perlahan yang agak panjang. Setibanya di sana, Baby masih belum siap. Maka aku ke kedai mamak berhampiran untuk minum sambil menunggu.

Tepat pukul 10 pagi, aku bergerak ke rumah sewa Baby. Aku mengambilnya lalu kami bergerak ke Petronas Ayer Keroh untuk bertemu dengan Yazid dan Fara.

Lebih kurang jam 11, mereka tiba. Setelah bersalaman dan berkenalan, kami bergerak terus ke Eye on Malaysia!

Setelah membayar tiket yang berharga RM10/orang, kami menaiki koc yang berbeza bersama pasangan masing-masing. Aku dan Baby di koc no.22 manakala Yazid dan Fara di koc no.23

Berlatarbelakangkan Selat Melaka

Yazid dan Fara, aku dan Baby
-- berlatarbelakangkan Eye on Malaysia


Setelah selesai mendaki ferris wheel yang tinggi, kami ingin mencuba pengalaman baru dengan kenderaan tradisional Melaka -- BECA!

Dengan bayaran RM20/beca/pusingan, kami mengelilingi Bandar Hilir dan berhenti di beberapa tempat untuk bergambar.

Kami berempat bergambar di atas
beca masing-masing.

Air pancut di hadapan Stadhuys.

Di pintu masuk Muzium Samudera
-- replika kapal Sepanyol 'Flor de la Mar'

Setelah puas menikmati pengalaman yang menyeronokkan ini, kami terpaksa berpisah akhirnya. Yazid perlu segera ke rumah Fara di Batu Pahat untuk bertemu dengan 'bakal mentua'.

Fara dan Baby bertukar nombor telefon,
membina persahabatan seperti aku dan Yazid.

Yazid dan Fara
-- air pancut di dalam Dataran Pahlawan

Setelah berpisah, aku dan Baby ke Carrefour untuk mencari charger CSL Baby. Chargernya bermasalah. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan Hafiz Rahman -- salah seorang rakan karib aku dan Yazid -- bersama girlfriendnya. Kami berbual seketika sebelum menuju ke matlamat asal masing-masing. Walau bagaimanapun, di Carrefour, kami dikhabarkan kedai yang menjual charger tersebut terletak di Peringgit.

Disebabkan perut sudah lapar, aku dan Baby ke Mahkota Parade untuk menjamah makan tengah hari di Pizza Hut. Yummy!


Setelah kami puas, kami menunaikan solat Zuhur dan berehat sebentar sementara menunggu 2.30 petang tiba untuk aktiviti yang seterusnya.

Tepat jam 2.30 petang, kami masuk ke GSC untuk menonton filem 'Jangan Pandang Belakang Congkak'! Agak kelakar cerita ini dan terdapat juga unsur suspens yang bisa mengejutkan penonton.


Setelah tamat cerita ini, kami bergerak ke Bukit St. Paul untuk menemui rakan-rakan Baby yang sengal -- Nad dan Fiza yang baru selesai membeli-belah di Dataran Pahlawan.

Aku dan Baby menikmati panorama
bandaraya Melaka pada waktu petang
di Bukit St.Paul

Baby, Nad dan Fiza.

Setelah puas berada di puncak Bukit St. Paul, kami berempat turun ke bawah pula untuk sesi bergambar yang berikutnya.

Kami bermula dengan A'Famosa seterusnya Muzium Pengangkutan.

Bermanja dengan Baby di A'Famosa
-- gambar candid oleh Nad.

Bergambar kenangan di A'Famosa bersama
Baby, Nad dan Fiza.

Badang wannabe cuba tahan keretapi.

Dengan replika kereta lembu pun
nak bergambar?!

Setelah selesai menunaikan solat Maghrib, kami berpisah. Nad dan Fiza balik dahulu ke rumah. Maka aku dan Baby ke Gazebo untuk makan malam. Baby mengidam capuccino ice blended Gazebo yang sangat sedap.

Perut sudah kenyang, badan sudah letih. Aku dan Baby meronda-ronda terlebih dahulu sambil membincangkan beberapa hal peribadi dan perancangan kami yang akan datang.

Selesai sudah urusan kami, aku menghantar Baby ke rumah sewanya. Nad dan Fiza setia menunggu kepulangannya.

Aku menangis kegembiraan di hadapan Baby kerana menikmati percutian yang sangat indah dan menyeronokkan! Aku kini bersemangat untuk menghadapi semester terakhirku di UDM. Aku ingin menamatkan semester ini dengan segera dan berjaya.

Aku ingin bertemu dengan Baby semula.

0 thought(s):