Kenikmatan rasa ABC Uncle tiba-tiba hilang. Bukan kerana kualiti ABCnya sudah merosot tetapi kerana Allahyarhamah Jamilah Selamat, 31.
Aku tidak faham apa isi kandungan berita tersebut kerana ianya disampaikan dalam bahasa Mandarin. Uncle menerangkan kepadaku sesuatu hakikat yang sangat tragis.
"Stupid punya orang! Mau ragut 20 ringgit, 30 ringgit tapi sampai bunuh 2 orang. Betul-betul stupid punya peragut! Bagi tembak saja ini macam," luah Uncle.
Ya, Allahyarhamah Jamilah Selamat diragut sehingga daripada motosikalnya berhampiran Taman Mekar, JB. Beliau tidak membonceng sesiapa melainkan seorang anak yang akan lahir daripada rahimnya hasil perkongsian kasih bersama suami tercinta, En Razali Ahmad (41). Kandungan arwah berusia 2 bulan ketika kejadian.
Kejam! Bodoh! Penjenayah ini mesti ditangkap dengan segera! Jika ada lagi binatang seperti itu, BUNUH sahaja! Hutang darah dibalas darah.
Undang-undang kita, kaji semula. Undang-undang kita, tegaskan! Undang-undang kita, laksanakan.
1 year ago
6 thought(s):
wah..pening betui tgk layout kamOo sih..!
haish!
ermm..yela,kasihan kan..makin reuk dunia sekarang..
hmmm
To ~piNkylixiOuz~ ,
aspirasi seni drp alam semula jadi...
hehehe...
yer betul, laksanakan hudud dan qisas...selagi tidak dilaksanakan maka orang tidak akan ada perasaan takut...undang-undang sivil tidak berkesan..
semestinya..kena lakukan sesuatu ke atas org yang bukan seperti manusia itu..
kedaulatan undang-undang
kesetiaan kepada raja n negara ..
Persoalan?
masih ada ke lagi pada setiap rakyat malaysia?
To wun, puteri cahaya & lonso
Thanks for being concerned Malaysian. Thanks for sharing your thoughts and I really appreciate them. Let's we walk together to create a better Malaysia in the future.
Post a Comment