Keriangan pulang ke kampung halamanku tiba-tiba terpadam. Aku kaget, terkesima. Betulkah ini jalan ke rumahku? Di manakah keindahan dan kedamaian jalan ini? Apa yang terjadi?
Aku meneruskan perjalananku. Ya! Aku pasti aku berada di jalan yang lurus dan benar. Tetapi, keindahan itu kini hilang dek kedangkalan pemikiran mereka yang tidak memanfaatkan akal pemberian-Nya.
Musim luruh merupakan masa yang sangat menyeronokkan! Pepohon angsana di kiri dan kanan jalan utama perumahan aku itu menggugurkan daunnya ke tanah. Jalan itu diselimuti dengan bunga-bunga kecil berwarna kuning, menimbulkan aroma yang sangat mendamaikan. Angin yang kuat tetapi lembut menyamankan suasana. Ah! Indahnya nikmat ini…
Kini, tiada lagi musim luruh di sini. Aku merindui ketenangan yang dibawanya… Demi parit, ketenangan itu hilang dan tidak berganti lagi. Sinar panas sang matahari kini terus membakar kulit yang selama ini kamu lindungi ini. Aku merindui perlindungan yang diberi kamu, musim luruh…
Musim luruh, aku ingin ‘bertemu’mu lagi… Datanglah kembali…
p/s: Kawasan bertanda MERAH merupakan rumah pengarang manakala kawasan bertanda KUNING merupakan jalan yang dimaksudkan dalam cerita di atas -- lokasi 'musim luruh' itu pernah berlaku.
20/04/09, 1:43 a.m.
7 thought(s):
sila ajak aku kalo ade kat melaka dan kebetulan aku ade kat melaka.nak lalu la pegi jalan autumn in heart tu..eh eh..para para sakura lah.
lari dr topik sket..awat hang pi guna liverpool fc "you'll nvr walk alone" dlm blog hang, hang kn MU totok..
To dnieAlias,
ko ckp je ko nak g mn klu ko dtg melaka. ak leh jd tour guide ko for FREE!!
p/s: tertakluk kpd terma dan syarat.
To Anonymous,
igt liverpool je leh pkai slogan tu? UWEK..!! no copyright reserved ek..
jack=)
dh blik melaka tolong krm salam kt buaya kt zoo melaka tau
mesti die dh tua kn skrg
sbb dlu izzah jpe die mse djah 3
hikhik
(lawatan sekolah rmai2 naik bas kuning)
To izzah aziz,
beres... consider it's done...
memang hang MU totok..MU kan milik yahudi..uwek!
To anonymous,
Whatever... This post is not about football after all... Who cares? Ahaks!
Post a Comment