BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 29, 2009

Dekat atau Jauh?

Hanya ada satu kebahagiaan di dalam hidup
-- mencintai dan dicintai.

George Sand (1 Julai 1804 – 8 Jun 1876)

Apabila ditanya yang mana satu pilihan kita, bercinta jarak DEKAT atau JAUH, apakah pilihan kita?

Saya secara peribadi akan menjawab percintaan jarak jauh. Kenapa? Semestinya, percintaan jarak dekat saya tidak pernah bertahan lebih daripada 3 bulan. Saya sendiri tidak faham mengapa.

Kenapa cinta jarak jauh? Inilah sedikit sebanyak pendapat saya berdasarkan pengalaman peribadi selama 1 tahun dan 174 hari (setakat ini).

Rindu
Disebabkan kami belajar di universiti yang berbeza dan tinggal di negeri yang berbeza, maka kami sangat jarang berjumpa. Selama hubungan kami ini, kami hanya bertemu sebanyak 6 kali sahaja. Maka, kami akan merindui sesama sendiri. Kami banyak berbalah akibat banyak perkara terutama sekali kerana cemburu! Tetapi, realitinya kami hanya ingin mendapatkan perhatian pasangan. Itu adalah salah satu cara kami menunjukkan perasaan sayang dan cinta kami sesama sendiri.

Masa
Disebabkan jarak fizikal antara kami sangat jauh, kami akan memanfaatkan masa yang betul-betul terluang untuk bertemu. Biasanya pada waktu cuti semester. Apa yang menariknya di sini, masa yang ada untuk kami ketika itu tidak pernah mengecewakan malah sentiasa menjadi topik perbualan yang menarik bagi kami. Seperti dalam artikel "10 Bulan, 10 Minit" walaupun hanya untuk 10 minit, kami akan memanfaatkan masa itu dengan sebaik-baiknya.

Semakin banyak atau kerap sepasang kekasih berjumpa, semakin banyak kesilapan atau kekurangan pada pasangan mereka dapat dilihat sekaligus boleh mengakibatkan sesuatu hubungan percintaan berakhir.

Tidak berjumpa terlalu adalah punca saya memecahkan rekod masa hubungan percintaan saya yang sebelum ini.

Sabar
Tidak dapat dinafikan bahawa saya menjadi semakin sabar dengan kerenah pasangan saya apabila bercinta jarak jauh. Bagaimana kesabaran ini dibina dan dikembangkan? 2 perkara di atas! Seandainya wujud perbalahan antara kami, sudah pasti ianya akan selesai dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Sila baca poin seterusnya untuk penjelasan yang lebih lanjut.

Sikap-sikap penting
Apa yang akan dinyatakan dalam poin ini merupakan isu yang paling utama dalam apa jua bentuk hubungan percintaan -- dekat mahupun jauh.
  1. Percaya kepada pasangan dan jaga kepercayaan pasangan.
  2. Bertolak ansur dan kawal ego.
  3. Tunjukkan sifat romantis HANYA kepada pasangan.
  4. Fahami keperluan diri masing-masing dan luahkan supaya pasangan faham.
  5. Hormat diri sendiri dan pasangan serta orang sekeliling diri dan pasangan.
Inilah secebis pandangan peribadi saya. Anda pula bagaimana? Walk together, kita kongsi bersama.

Thursday, May 28, 2009

Final Liga Juara-juara Eropah 2008/2009

Mentaliti dan semangat juang jelas membezakan pemenang dengan yang tewas. Ini telah dibuktikan oleh kedua-dua finalis Liga Juara-juara Eropah 2008/2009, Barcelona (Spain) dan Manchester United (England) dalam perlawanan yang baru berakhir sebentar sahaja tadi.


Gol pembukaan oleh Samuel Eto'o (minit 10') akibat kealpaan benteng MU telah mengubah keseluruhan corak permainan MU sehingga ke wisel penamat. Walaupun bermula garang dengan sepakan percuma oleh Cristiano Ronaldo yang nyaris menewaskan penjaga gol Victor Valdes serta beberapa percubaan yang lain, baki masa perlawanan jelas milik Barcelona.

Agak pelik apabila melihat banyak hantaran yang dilakukan oleh pemain MU berjaya dipintas oleh pemain Barcelona, tanpa dirampas sepantas mungkin bola tersebut. Jelas dilihat para pemain MU telah hilang semangat selepas jaring mereka ditembusi dengan satu percubaan sahaja.

Corak permainan Barcelona menunjukkan keyakinan dan semangat juang yang kental. Akibatnya, MU dilihat seperti dipermainkan. Secara peribadi, saya meletakkan keyakinan kepada MU untuk bangkit dan menang 2-1 seperti yang pernah dilakukan mereka pada final 1998/1999 ketika menentang Bayern Munich (Jerman). Walau bagaimanapun, sejarah tidak berulang kali ini.

Saya teringat semula final 2004/2005 yang menyaksikan Liverpool (England) bangkit daripada ketinggalan 3-0 pada separuh masa yang pertama menentang AC Milan (Itali) untuk menyamakan kedudukan kepada 3-3, seterusnya menjulang Piala Eropah itu buat kali ke-5 selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti. Mentaliti dan semangat juang pemain Liverpool ketika itu sangat menakjubkan walaupun selepas separuh masa pertama tamat, permainan dianggap tamat oleh kebanyakan orang. Tetapi, mereka bangkit dan menang!

Seandainya mentaliti dan semangat juang pemain MU seperti Liverpool pada ketika itu, final Liga Juara-juara Eropah 2008/2009 pasti menjadi ulangan sejarah final Liga Juara-juara Eropah 1998/1999.

Tahniah Barcelona! Tahniah Pep Guardiola kerana menjadi orang ke-3 yang memenangi Liga Juara-juara Eropah sebagai pemain dan juga pengurus!

The Red Devils, bangkitlah!

Friday, May 22, 2009

Politics : Hitler vs. Perak

I just finish watching this movie, Hitler : The Rise of Evil (2003). There are some scenes in the Germany parliament which attracting me crazily. Those scenes make me thinking of a state located to the north of the Peninsula Malaysia, Perak.


Means, this post is about the Perak political crisis.


Who is the rightful Perak Menteri Besar (MB)? I don’t know, and I don’t even care at first. But, when I see the situation getting worst time by time, I’m thinking. Here is my thought on a specific shameful event -- forcibly removed of the Speaker V. Sivakumar from the House.


Hey, you stupid politicians! Look. Hitler becomes a Fuhrer in such a democratic way. Those who were responsible and involved in 'hijacking' the Speaker’s seat, you are more EVIL than Hitler.


Dear Perak citizen,

I wish all the best for all of you. May the rightful MB will lead your state on the track back. Choose the people, not the party.


For our lovely independence motherland, Malaysia.

Malam di Alor Gajah

Alor Gajah merupakan sebuah perbandaran dan daerah di Melaka dan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Dengan keluasan 699.3 km/segi, terdapat 31 mukim di dalamnya.

Bersempena sambutan ulang tahun ke-6 perbandaran, Alor Gajah dihias dengan begitu indah sekali gus mengubah suasana malamnya.

Kita mulakan dengan Bulatan Alor Gajah, pusat perbandaran. Bulatan ini dahulunya memiliki papan tanda yang menunjukkan arah dan jarak beberapa bandar utama di seluruh dunia! Tetapi tidak sekarang. Sekiranya tiba hari raya, pelbagai replika yang berkaitan dengan perayaan diletakkan seperti kawah dodol, lemang dan sebagainya.


Bangunan zaman kolonial berhadapan dengan Dataran Keris telah dihias dengan gandingan lampu berwarna yang sangat menarik. Bangunan tersebut yang telah dicat semula dengan warna lazim kuning dan jingga kini kelihatan lebih memukau.


Dataran Keris, landmark utama di Alor Gajah. Kawasan ini dahulunya suram tanpa apa-apa kini memiliki landskap yang selesa. Rimbunan pokok di sekitar kawasan dataran menimbulkan suasana nyaman. Ditambah pula kemudahan taman permainan untuk kanak-kanak menyebabkan kawasan ini menjadi pilihan keluarga untuk keluar berjalan terutama ketika hari minggu.


Muzium Adat Istiadat merupakan salah satu tarikan pelancong yang terletak di dalam kawasan Dataran Keris. Bagi sesiapa yang ingin mencari asal usul kebangsaannya, dipersilakan datang ke muzium ini.


Akhir sekali, laluan pejalan kaki Pasar Menggong. Dahulunya kawasan ini merupakan longkang besar yang bisa membahayakan sesiapa sahaja yang terjatuh ke dalamnya. Kini, selepas laluan ini dibuat dan dihias indah, tiada lagi pemandangan yang mencacatkan. Tiada lagi bau busuk longkang. Cuma laluan yang memudahkan.


Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.

Cendol Kuini

Anda kenal buah kuini? Kalau tidak salah, buah kuini merupakan salah satu spesis mangga. Baunya harum, rasanya manis. Gugur hanya bila tiba musimnya. Isinya berserat, tidak sepadat mangga.

Bagaimana pula dengan cendol buah kuini seperti di bawah? Pernahkah anda merasainya?


Inilah hidangan istimewa yang pasti disediakan emak sekiranya tiba musim kuini. Rasanya sangat enak! Inginkan resipi? Dipersilakan menyalin...

  1. Cincang kuini sebanyak mana yang anda mahu.
  2. Masukkan santan kotak M&S (kebiasaan kami).
  3. Bancuh 3-4 sudu air gula, campurkan.
  4. Letak garam secukup rasa (secubit ++).
  5. Masukkan ais.
Jika pekat, tambahkan sedikit air. Selamat mencuba!

Sunday, May 17, 2009

Dalam Hati Emak

Aku faham abang-abang dan kakak-kakakku runsing dengan perlakuan emak. Emak merajuk kerana anak-anaknya yang tua merahsiakan sesuatu hal yang agak kritikal daripada pengetahuannya. Bukan! Lambat diberitakan kepadanya.

Buat pertama kalinya, aku bersuara tentang emak.

"Emak tak merajuk pun sebenarnya... Emak sunyi tu.."

Kenapa aku berpendapat sebegitu? Inilah jawapanku kepada mereka:

"Korang kena faham... Dulu time ayah ade bolehlah emak membebel dengan ayah. Sekarang bila ayah dah takde, die nak bebel dengan sape lagi..? Sebab tu la dia cari poin je dengan kite adik-beradik... Emak nak anak-anak die bagi perhatian je... Hilangkan kesunyian die tu..."

"Tapikan, aku tahu ayah happy bile emak membebel kat dia... Emak care tentang ayah la maksudnye... Ayah dok counter balik tu bukan nak jadi defensive, tapi ayah happy... Kalau aku jadi ayah pun aku happy..."

Kesimpulannya?

"Korang tadah telinga je... Asalkan kita dapat buat emak happy sudeyh..."

Saturday, May 16, 2009

Visit Melaka Means Visit Malaysia

Dear readers (non-Melaka citizens),

Do you have anywhere to go for holiday on July? Whatever or whenever you plan to go, don't forget Melaka! This coming July there are two (2) big events will be held in this World Heritage City.

  • Melaka River Festival (31st May 2009 - 8th July 2009)
I try to find out details as much as possible about this event on the net but there were not much information about it. Whatever it is, the main attraction is Melaka River Cruise. Please refer to following address for more information:

http://www.tourism-melaka.com/Melaka%20River%20Cruise.html


  • Melaka Tourism Street Carnival (5th June 2009 - 7th June 2009)
Luckily I got a picture of the promotional poster for this events. Just click on the picture for more details:


To my TESLian friends,

If any one of you plan to come and visit my lovely historical state, just buzz me. Tour guide service for free!*

* Terms and conditions apply.

Month of Appreciation

During May every year, I will thinking about some events. I believe anyone of us will think or feel the same, at least. For students, those events mean holiday! Just want to take a break, of course. Leisure time for activities we want to do, anything.

1st May, LABOURS' DAY. For me, this is when I can spend those 24 hours given with my love one. Family, friends, my girl. It's short but that enough for me.

10th May, MOTHER'S DAY! A special day for the one who we give our love, respect and honor to. The one who we should pay good mind to. The one who used to hold us, clean us and clothe us. The one who used to feed us and always be with us every time we need. Thank you, Emak.


12th May, NURSES DAY. To all my Nursing friends, Happy Nurses Day! All the best wishes to you!

14th May, MY DAY. For the Israelis, this day is anniversary of declaration of creation of the State of Israel which was made on 14th May 1948. But for me, it's my birthday. Any present(s) anyone?


15th May, YOUTH DAY. Oh, yeah... Ladies and gentlemen, there are a special day for us actually. Let's fill it with good deeds!

16th May, TEACHERS' DAY. For my TESLians friends, we know how was it feel to be a teacher. It's not a very easy job. We are a candle. We burn our self for our students.

May, the month of appreciation. Let's celebrate!

Thursday, May 14, 2009

21

Orang kata bila umur masuk 21 tahun, kita capai kebebasan. Entah apa yang bebas aku pun tidak pasti. Tetapi, hari ini bermulalah hidupku sebagai seorang yang mencapai 'umur kebebasan'. Andai ada sesiapa ingin membuat ucapan, aku dahului dengan terima kasih yang tidak terhingga.

Setiap ulang tahun kelahiran seseorang semestinya diwujudkan hajat-hajat tertentu. Berikut adalah hajat-hajatku:

1) Daftar pemilih di SPR
- Akhirnya aku berhak mengundi!

2) Tamatkan sumpahan Bahasa Arab
- Tidak pernah dapat lebih daripada D sejak 11 tahun lepas

3) Habiskan pengajian peringkat diploma
- Aku berhajat melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UiTM

4) Kaizen!

5) Lebihkan masa aku untuk orang yang tersayang
- Family, Baby dan rakan-rakan

6) Luaskan pengalaman
- Pelbagai rancangan sudah diatur

7) Pastikan 6 hajat di atas tercapai!

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah.

Wednesday, May 6, 2009

Bodoh, Kejam!

Kenikmatan rasa ABC Uncle tiba-tiba hilang. Bukan kerana kualiti ABCnya sudah merosot tetapi kerana Allahyarhamah Jamilah Selamat, 31.

Aku tidak faham apa isi kandungan berita tersebut kerana ianya disampaikan dalam bahasa Mandarin. Uncle menerangkan kepadaku sesuatu hakikat yang sangat tragis.

"Stupid punya orang! Mau ragut 20 ringgit, 30 ringgit tapi sampai bunuh 2 orang. Betul-betul stupid punya peragut! Bagi tembak saja ini macam," luah Uncle.

Ya, Allahyarhamah Jamilah Selamat diragut sehingga daripada motosikalnya berhampiran Taman Mekar, JB. Beliau tidak membonceng sesiapa melainkan seorang anak yang akan lahir daripada rahimnya hasil perkongsian kasih bersama suami tercinta, En Razali Ahmad (41). Kandungan arwah berusia 2 bulan ketika kejadian.

Kejam! Bodoh! Penjenayah ini mesti ditangkap dengan segera! Jika ada lagi binatang seperti itu, BUNUH sahaja! Hutang darah dibalas darah.

Undang-undang kita, kaji semula. Undang-undang kita, tegaskan! Undang-undang kita, laksanakan.