BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 5, 2010

McDonald's a.k.a. Mc D

Sebut sahaja apa-apa nama rangkaian restoran yang wujud di dalam negara kita ini -- KFC, Pizza Hut, McD, Baskin Robbins, Big Apple dsb. -- boleh dikatakan aku jarang sekali menikmati menu-menu yang disediakan. Setahun mungkin kira-kira 3 atau 4 kali sahaja.


Menyertai IMGLAD, kehidupanku agak sibuk sepanjang berada di sana. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas. Kehidupan sosial aku juga sedikit berubah. Daripada aktiviti yang biasanya aku lakukan bersama rakan-rakan lelaki, dilakukan pula bersama rakan-rakan perempuan. Hinggakan kini aku berasa agak geli untuk melakukan aktiviti yang tidak dinyatakan itu bersama rakan-rakan lelakiku di sini.

Apa yang aku ceritakan kali ini adalah McDonald's a.k.a. McD.




Semenjak aku pulang daripada Johor Bahru (JB) hampir sebulan lamanya, kalau tidak salah perkiraanku sudah 6 kali aku makan di sana -- jauh lebih banyak daripada apa yang pernah aku alami sebelum menyertai IMGLAD!

Aku sendiri tidak faham mengapa ini boleh terjadi. Gaya hidup aku sedikit berubah berbanding dahulu.

Jika di JB, aku biasanya hanya akan singgah di McD untuk membeli sarapan (jika aku terlambat bangun untuk ke kelas). Atau melepaskan geram dan tekanan yang dihadapi bersama rakan-rakan. Atau pun sekadar melepak, berbual-bual dengan rakan-rakan IMGLAD yang rapat bersamaku.

Hah! Apakah menu kegemaranku di McD?

  • Sarapan : Sausage McMuffin with Egg, Hash Brown, Premium Roast Coffee
  • Kegemaran : Fillet-O-Fish, Coca Cola, French Fries
  • Pencuci mulut : Oreo McFlurry

Adakah ini sesuatu yang positif atau negatif bagiku? Entahlah.

2 thought(s):

✿Shiba Hisham✿ said...

Tak berapa nak positif. Patut la hari2 tengok ko minum roasted coffee dr McD.

A d'Z said...

haha... leh kta sgt kerap kot... xleh nk buang la...