BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

Dulu, Kini dan...

Kami semua berasa sangat keletihan selepas seharian berjalan di ibu negara. Lawatan sambil belajar ke beberapa tempat berkaitan sains itu ternyata melemahkan fizikal dan mental kami. Walau bagaimanapun, aku masih cergas kerana Aina, anak bongsu Cikgu Hayati.

Puas aku mencuba nasib memenangi hatinya sepanjang hari itu. "Payah juga," desis hatiku. Walaupun dikalangan kami semua, Cikgu Hayati telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk menjaga anak kesayangannya itu, tetapi sebagai seorang lelaki yang pemalu (ketika itu) aku masih gagal untuk menggodanya.

"Kimat (nama panggilanku ketika itu SAHAJA), kau cakap dengan Cikgu singgah Giant Seremban jap. Laparlah." Rakan-rakanku kelihatan sangat tidak bermaya. Memahami keadaan itu, maka dengan langkah penuh bergaya aku menghala ke depan di mana Cikgu Hayati dan Aina duduk.

Sebaik sahaja tiba di depan, aku melutut untuk bercakap dengan Cikgu. Tiba-tiba... Strettt... Bas membrek secara tiba-tiba. Aku tergolek menuruni tangga bas dan tersangkut pada pintu bas. Semestinya, kakiku menghala ke atas!

Aina tergelak agak kuat melihat apa yang terjadi kepadaku. Cikgu Hayati bertanyakan khabarku dan aku dengan gaya gagah dan perkasanya bangun berkata, "I'm okay, Cikgu!" walaupun pada hakikatnya aku berasa sangat malu dengan apa yang telah terjadi.

* * * * * * * * * * * * *

Akhirnya aku tiba di MITC bersama Pendek. Kami segera masuk ke dalam, menuju ke Ballroom yang terletak di Tingkat 2. Pendek memutuskan untuk tunggu di luar sementara aku pergi menemui Cikgu Hayati.

Kelihatan Cikgu Hayati dan ahli keluarganya sedang bergambar di atas pentas. Aku tunggu seketika. Setelah mereka turun, aku pergi menemui Cikgu.

"Assalamualaikum, Cikgu," aku memulakan bicara. Aku cium tangannya dengan penuh rasa hormat dan gembira. Cikgu Hayati membawaku duduk di sebuah meja berhampiran pintu masuk utama. Kami berbicara dan berbual tentang pelbagai cerita.

Melihatkan masa semakin suntuk, aku berkata kepadanya : "Cikgu, saya nak jumpa pengantin sekejap, boleh?". Cikgu mengizinkan.

Aku melangkah ke atas pentas dan terus menuju ke arah pasangan mempelai. Aku memberikan salam. Mereka menjawab dengan pandangan yang pelik. Maklumlah, aku datang dengan potongan rambut yang baru dan dengan gaya yang sangat bersahaja. Aku mengucapkan tahniah kepada mereka. Seketika kemudian, aku memandang ke arah pengantin perempuan.

"Aina, tak ingat ke siapa ni?" aku bertanya.

"Tengah cuba ingatkan ni," balasnya.

"Ish! Anak murid kesayangan Cikgu pun tak ingat? Appara..."

"Oh, Zaki!"

Perbualan kami berterusan, kebanyakannya berkisar tentang perjalanan terkini hidup masing-masing. Kemudian, kami senyap seketika. Tidak lama selepas itu, kami tergelak. Pengantin lelaki kelihatan blur dan tertanya-tanya.

* * * * * * * * * * * * *

Aku tidak mampu untuk berhenti tersenyum sehingga kini. Pengalaman cubaan memenangi hati Aina sewaktu di zaman persekolahan dahulu ternyata membuatkanku terasa sangat... Entah. Kelakar! Dah jadi bini orang weh!


Selamat pengantin baru :)

4 thought(s):

.:: Imran ::. said...

Cikgu Hayati mane ar???
Hayati Mamat yg ajar math ke???

A d'Z said...

bkn la... cgu sultan muhd... cgu fizik ak... ko xknl...

Anonymous said...

heheh cinta monyet..cinta sesama monyet..hihik..comell

A d'Z said...

chet!