BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

Tragedi Kuala Dipang : Lain bengkak lain bernanah

Pada 26 Oktober lalu, negara digemparkan dengan berita mengenai kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar. Kejadian itu telah meragut nyawa 3 orang pelajar iaitu mendiang M. Dava Dharshini (11), V. Divyashree (12) serta N. Dina Deve (11).

Keadaan jambatan gantung yang runtuh.
Sumber : bicaraguru.com


Ketiga-tiga mendiang menyertai program Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan anjuran PPD Kinta Selatan.

Setelah hampir sebulan berlalu, akibat perasaan tidak puas hati oleh ahli keluarga ketiga-tiga mendiang, mereka bertindak mengemukakan saman berjumlah RM105 juta terhadap 4 defendan iaitu guru besar SJKT Mambang Diawan, guru besar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan dan Pengarah Pelajaran Perak.

Keratan akhbar Kosmo! terbitan 21 Oktober 2009
Sumber : kosmo.com.my


Dalam perkembangan terbaru pula, pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan membela Jabatan Pelajaran Negeri Perak serta guru-guru yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman tersebut.

Timbul beberapa persoalan di sini. Untuk rujukan, jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina 2 minggu sebelum kejadian bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh.
  • Mengapa kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan gantung tersebut tidak dinamakan sebagai defendan?
  • Siapakah yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan tender bagi membina jambatan gantung tersebut? Mengapakah mereka tidak dinamakan sebagai defendan?
  • Apakah kesalahan guru-guru yang dinamakan sebagai defendan itu dengan kejadian ini?
  • Adakah apa-apa jenis pemeriksaan keselamatan pembinaan dijalankan sebelum dan selepas pembinaan jambatan gantung tersebut oleh pihak yang berwajib?
Terlalu banyak persoalan yang boleh ditimbulkan di sini.

Operasi menyelamat dan siasatan dijalankan oleh pihak berwajib.
Sumber : bicaraguru.com


Inilah yang saya maksudkan dengan bidalan "lain bengkak lain bernanah". Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dipersalahkan. Itulah hakikatnya dalam kebanyakan, mungkin setiap kejadian buruk yang berlaku.

Saya harap pihak yang memfailkan saman RM105 juta tersebut menunggu hasil siasatan yang penuh diketahui. Juga diharapkan laporan siasatan penuh dapat dikeluarkan untuk tatapan umum dan semoga siasatan dilakukan dengan teliti, telus dan bebas.

Takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

3 thought(s):

nurul izzah aziz said...
This comment has been removed by the author.
nurul izzah aziz said...

hmmm tu la manusia
bila anak2 dpt result gempak,lngsung xckp terima kseh kt cekgu malah ngaku anaknya itu bijak pandai...
tapi,bila timbul perkara mcmni,pendidik pulak yg dpersalahkan...
ntahla...(maybe org yg kehilangan org yg tersayang tu ckp "huh,bukan anak ko,senangla ko ckp"
tapi hakikatnye,xde org yg nk sume mende ni terjadi...
kalo x,xdela guru2 yg ade mase tu nk menyabung nyawa angkat sorang2 budak2 tu bwk naek atas darat..
hmmm tapi papepun,tiap ape yg berlaku pasti ade hikmahnya...
mungkin ade buruk baiknye sane sini..
cepat atau lambat,Allah xkn biarkan yg benar itu 'jatuh' ke bumi dlm keadaan yg lemah...

A d'Z said...

izzah,

tol tu. jack stuju sgt. mak bapak budak2 ni kne skolah blk la. kne ajr cmne nk hrgai & hormati cgu.