BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 16, 2009

Belajar...

Semalam aku telah ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersama Safi bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang peluang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK). Program anjuran British Council Malaysia ini ternyata telah menarik minat ramai pelajar seperti kami.

Logo British Council

Walau bagaimanapun, sebelum aku meneruskan cerita tentang semalam, aku ingin mengkhabarkan berita hari ini.

Permohonanku ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) ditolak dan aku perlu membuat rayuan!

Keputusan kemasukan sesi Disember 2009 UiTM

Tidak dapat dinafikan, aku sedikit kecewa dengan keputusan ini tetapi ini bukan sebabnya untuk aku lemah semangat dan berputus asa kerana aku pasti akan membuat rayuan sehinggalah aku benar-benar gagal untuk memasukinya.

Sekiranya aku perlu mencuba pada tahun hadapan, aku tetap akan mencuba sekali lagi. Andai itu juga aku gagal, aku akan mencuba cara terakhir ini -- UK!

Berdasarkan tinjauan kami semalam, terdapat 2 buah universiti yang benar-benar menarik perhatian aku untuk melanjutkan pelajaran ke sana, sekiranya aku dapat iaitu Prifysgol Bangor University dan University of Sunderland. Secara kasarnya, aku sudah pun 'diterima masuk' ke salah satu daripada universiti tersebut.

Logo rasmi kedua-dua universiti

Andai aku perlu melanjutkan pelajaran ke salah satu antara 2 universiti tersebut, aku tetap kena memikirkan satu lagi masalah -- pinjaman/penajaan -- masalah yang wajib dilalui oleh mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajarannya.

Adikku Ilan sudah setahun berada di Fakulti Perubatan, Monsoura University, Mesir tanpa apa-apa pinjaman/penajaan. Setahun ini dia hanya bergantung kepada kewangan keluarga kami. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak meluluskan permohonan pinjaman/penajaan Ilan atas alasan "ada ahli keluarga (Along) yang pernah meminjam daripada JPA tetapi belum melunaskan sepenuhnya pinjamannya".

Along pernah menerima pinjaman JPA sewaktu dia menuntut ilmu farmasi di University of Manchester, UK suatu ketika dahulu. Along bukannya tidak membayar pinjamannya. Dia tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya membayar pinjamannya itu dan dia sentiasa membayar dengan sangat konsisten kepada JPA. Tetap keputusannya tidak memihak kepada Ilan.

Sekiranya aku pula yang belajar di UK, bagaimana?

Entahlah. Aku belum lagi berbincang dengan emak tentang perkara ini. Tetapi, aku terus berpegang kepada salah satu prinsip hidupku : Agi idup, agi ngelaban!

Aku akan berusaha dan berikhtiar sehingga ke akhirnya.

4 thought(s):

Jalilah Jali said...

wah,,beshnye kalu dpt sambung kat UK..
g0od luck jack!

chaiy0k2!!

A d'Z said...

klu dpt... tp ak akn wat ryuan uitm dlu. UK tu tol2 last resort pya...

nurul izzah aziz said...

insyaallah jack...dpt punye
mungkin xde rezeki lagi tu...izzah doakan yg terbaek utk jack ye =)

A d'Z said...

To izzah,

TQ... rsnye jz tggu UiTM ni pya ryuan je kot... ad byk bnde kne tmbg klu nk g jauh...