BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 23, 2009

Dara?

"Ah! Jangan harap aku nak percaya kau boleh terima perempuan yang ada dara jadi bini kau. Nak kencing aku pun agak-agaklah..."

Kenapalah mereka tidak percaya dengan apa yang aku cakapkan tadi? Aku tahu aku bukanlah sebaik mana orangnya tetapi aku bukannya jahat. Nakal lebih tepat.

* * * * * * * * * * * * *

"Jack, aku clash dengan boyfriend aku."

"Huh? Pe cer?"

"Ok. Let's be honest. Kau nak fikir apa pun ikut kau tapi kau dengar dulu apa yang aku nak cakap ni."

Aku tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya tetapi aku menghormati rakan baikku itu. Dia menarik nafasnya dalam-dalam, dan...

"I'm not a virgin."

Apa? Mana mungkin perempuan macam dia yang masih bujang ini hilang dara. Dia seorang perempuan yang baik. Tidak pernah aku melihat, mendengar atau tahu yang dia ini bersikap liar di belakangku. Ya, aku terkejut. Sangat terkejut. Cuma aku tidak menunjukkan reaksi terkejutku sahaja.

"Keep going," aku memintanya meneruskan cerita.

"Kau tak terkejut ke?"

"Kau ni, banyak tanya pula... Come on! Tell me more."

Di zaman persekolahan dulu, dia bercinta dengan seorang rakan kelasnya. Mereka baru berusia 15 tahun ketika itu. Puppy love, cinta monyet. Mereka terlanjur dan beberapa kali melakukan hubungan seks sehinggalah mereka masuk ke Tingkatan 5. Dia bertindak memutuskan hubungan mereka kerana perasaan serba salah terhadap diri sendiri. Dia bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

Selepas SPM, dia bercinta dengan salah seorang rakan sekerjanya. Dia ingin jujur kepada sang kekasih. Maka dia menceritakan kisah cinta remajanya itu kepada kekasihnya.

Mereka putus kerana si kekasih tidak mahu menerima perempuan sepertinya.

Sebulan selepas orientasi di UTM City Campus, dia bercinta pula dengan salah seorang rakan sekursusnya. Seperti yang tadi, dia menceritakan kejadiah hitam dalam hidupnya itu kepada kekasihnya.

Dia bertindak menamatkan hubungan mereka kerana si lelaki mahu melakukan hubungan seks dengannya, sesuatu yang dia tidak mahu lakukan lagi.

"Relaks. Kau dah buat benda yang betul. Kau tak menangis pun aku tengok. Kalau tak mesti dah berkotak-kotak tisu kau pakai time jumpa aku ni."

"Kenapa benda ni jadi kat aku, Jack? Yang tu tak nak aku, yang ni lak nak guna aku."

"Sabar. Yang terbaik untuk kau belum sampai lagi. Mesti ada orang yang akan terima kau sebab cinta, bukan sebab dara. Dulu punya cerita tak boleh buat apa. Standard la bodoh time sekolah dulu. Yang penting bukan masa lepas kau, kau yang sekarang ni paling penting. Sabarlah."

* * * * * * * * * * * * *

Sudah 4 tahun aku tidak berjumpa dengan dia. Kami sudah terputus hubungan selepas aku keluar dari UTM. Kalau difikirkan logik, dia mesti sedang menyambung ijazahnya di UTM Skudai.

Sebelum aku meninggalkan tempat itu, dia telah menemui seorang lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya dan aku gembira.

Pemikiran aku berubah kerana dia. Semoga dia berbahagia di samping insan yang tersayang.

4 thought(s):

raihan said...

wooo...
sadisnya...
kim salm kt dia ek...

A d'Z said...

raihan,

dh lost contact la weh... rndu gak nk jmp dy...

Anonymous said...

hurm~
alhamdulillah die da sdar kan.. juz doakan yg terbaik utk die..

die pasti xlupe ko gak jack!

A d'Z said...

tiEha,

hrp2 dy xlpkn ak la.. ko pn jgn lpkn ak tau!