Perkara yang berlaku dua malam lepas datang kembali ke dalam fikiranku. Entah mengapa aku berasa sangat tidak selesa apabila tidak meluahkan perkara ini. Aku rasa sangat janggal dengan suasana ini. Aku tidak selesa memendamnya.
Aku dan rakan-rakan sedang menikmati makan malam di kafe sambil menonton perlawanan bola sepak antara Terengganu dan Selangor. Aku terlihat kelibat gadis manis yang berambut pendek yang aku temui beberapa hari sebelumnya. Sungguh Melayu wajahnya, membuatkan aku sedikit terkejut dengan penampilannya yang bersahaja di kafe.
Mustahil orang Melayu! Aku cuba menafikan andaianku. Masakan tidak. Sekiranya si gadis itu benar-benar Melayu Islam sudah pasti penampilannya yang tidak bertudung itu akan ditegur –– kalau bukan oleh pengawal keselamatan, mungkin oleh mana-mana pelajar yang lain.
Sewaktu dia menuju ke meja makan bersama dua orang rakan Melayunya, aku terlihat lambang pada belakang T-shirt yang dipakainya. Lambang salib yang cukup besar dan jelas dilihat oleh setiap orang yang berada di kafe ketika itu dari setiap sudut, kecuali sudut buta.
Aku tidak pelik malah aku tertanya-tanya sekiranya gadis itu merupakan pelajar sekolah Sacred Heart, sebuah sekolah Kristian Katolik yang terletak di belakang Dataran Pahlawan, Melaka. Tetapi jelas kelihatan riak muka yang pesimis, mungkin tidak selesa, di kalangan pelajar Melayu Muslim yang lain. Aku lihat pandangan tajam seorang pelajar lelaki yang berkopiah berhampiran meja gadis itu. Aku mengandaikan dia, dan yang lain, tidak suka dengan baju yang dipakai oleh gadis itu.
Rakan-rakanku juga seperti mereka yang lain. Salah seorang daripadanya meluahkan perasaan terkejut dan kecewanya dengan tindakan gadis itu yang pada fikirannya ‘tidak menghormati sensitiviti’ pelajar Melayu Muslim yang menjadi puak majoriti di sini.
Lalu aku bertanya kepadanya : “Adakah kita menghormati mereka?” Rakanku itu terdiam.
Aku adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) tetapi aku mempunyai ramai kawan yang bukan Muslim. Aku bergaul dengan mereka seperti biasa. Mereka menghormati aku dan aku menghormati mereka. Kami selesa bersama. Tetapi tidak bagi kebanyakan pelajar di sini. Di universiti ini.
Adakah tindakan gadis itu tidak menghormati sensitiviti penganut Islam di sini? Aku tidak bersetuju sekiranya ada yang berkata “Ya!”.
Islam tidak menentang penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka selagi mana penganut agama lain itu tidak menggangu atau tidak menghormati umat Islam untuk mengamalkan agama Islam. Kebebasan beragama ada dalam Islam tetapi bukan kepada umat Islam kerana umat Islam yang murtad akan dihukum. Itu hukum Allah S.W.T. yang wajib dilaksanakan.
Jika benar mereka (bukan Muslim) tidak menghormati kita (Muslim), perkara ini terjadi mesti kerana kita tidak menghormati mereka.
Sebanyak mana yang kita tahu tentang agama kita sendiri hinggakan kita tidak menghormati agama orang lain? Adakah kita benar-benar menghormati agama Islam yang kita warisi ini sehinggakan kita berhak untuk tidak menghormati agama lain?
Aku langsung tidak bermaksud mengutuk atau menghina saudara seagama aku sendiri tetapi persoalan ini adalah untuk semua, termasuk diri aku sendiri.
Bergaullah dengan mereka, saudara seagamaku! Semoga kita dapat memahami mereka dan semoga kita dapat memahami dengan lebih banyak agama Islam kita sendiri.
Aku rasa pos aku kali ini akan menerima lebih banyak pandangan negatif daripada positif. Tidak mengapalah.
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati!
Tetapkan hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu."
9.34 am, 25 Oktober 2009
4 thought(s):
jack,,
minah tue melayu ka chinese?
haish!
main belasah jer pakai baju..
UDM UDM..ishishish..
T_T
To piNkylixiOuz,
ak dgr bdk s'wak tp non-muslim... xksh la tp tu hak dy gak kn...
yes..dats a big problem we are facing rite now...u r able to wear any dress but dont u tink yur attire might 'burn' other people? etika pemakaian sekarang nie memg lemah...semua dah pandai nak bagi 'fatwa' sendiri tentang pakaian. Tak ley slahkan UDM mahupun sesiapa.Cube cermin diri dan tanya..ni jack baru cakap tentang non muslim punyer pakaian..tapi gurl yang muslim mcm maner? ader brani tegur?
i hv plenty of xperiences dealing wif diz matter... semua dah pandai nak melwan n cakap hak masing2..kubur masing2..tapi saya tak nak la nanti ahli neraka ramai sgt.. ;) sekadar teguranmaierati
Dear Mr PresidenT,
pe yg drg mksdkn dgn HAK? yes, mrka ad hak cmtu gak dgn agama msg2. adkh mrka tunaikn HAK AGAMA mrka sndri? sm2 kt pk.
Post a Comment