BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

Rindu Seorang Anak

Aku tidak pasti di mana aku sekarang. Aku teruskan langkah. Tempat ini terlalu asing bagiku. Aku pandang ke hadapan. Aku berhenti.

Aku kenal akan susuk tubuh di hadapan mataku kini. Berbaju Melayu hijau tua dan berkain pelikat. Dia duduk di tangga pondok itu. AYAH! Aku berlari ke arahnya dan memeluk ayah sekuat hatiku.

"Aki rindukan ayah…" dia hanya tersenyum.

"Jom, ikut ayah jalan-jalan." Kini kami berada di satu kawasan lain. Aku langsung tidak tahu tempat apa ini.

"Mak apa khabar?" ayah bertanya kepadaku.

"Ok…"

"Mak marahkan ayah tak?" dia bertanya lagi, tersenyum.

"Tak tahu la... tak kot…" aku membalas. Sekali lagi aku lihat ayah tersenyum, tenang. Aku tidak faham sekali lagi. Kami berada di tempat lain tiba-tiba.

"Ayah nak jumpa kawan ayah ni. Kirim salam kat semua ya."

Tepat 5 pagi, aku terjaga. Aku menangis. Aku mencapai telefon bimbitku, menaip mesej dan menghantarnya kepada semua ahli keluargaku.

"Salam… Kepada semua, Aki baru lepas ‘jumpa’ ayah. Ayah kirim salam kepada semua. Berbahagialah kerana ayah nampak gembira! Soalan pertama ayah tentang mak. Sambutlah salam ayah."

Tepat 6 pagi, emak menghubungiku. Dengan teresak-esak, aku ceritakan kepada emak apa yang berlaku.

"Malam Jumaat ayah kau datang?" aku mendengar esakan di sebelah sana.

"Mak tak sempat minta maaf kat ayah kau pun…" emak menangis. Aku tidak dapat menahan air mataku juga.

"Mak, Aki yakin ayah maafkan mak. Dia nampak happy sangat tadi."

p/s: AYAH dlm cerita ini adalah Almarhum ayahanda kpd penulis, Hj Jaamat bin Omar yg telah pulang ke Rahmatullah pd 2 Jun 2008 (Isnin), cuti semester yg lepas. Arwah meninggal akibat Acute Coronary Syndrome di Hospital Alor Gajah, Melaka pada pukul 8.50 malam.

Arwah meninggalkan seorang balu, Hjh Puteh binti Mustaffa, 9 orang anak, 6 menantu (2 yg terakhir sah sebagai menantu kpdnya sehari sblm Arwah meninggal - 1 Jun 2008) serta 11 orang cucu. Sewaktu kejadian penulis berada bersama Arwah. Penulis telah menghubungi 999 serta memberi CPR kpd Arwah sehingga ambulans sampai. Tetapi Allah lebih menyayangi Arwah.

Cerita di atas adalah mimpi penulis yg terjadi pd awal pagi 25 Julai 2008 (Khamis malam Jumaat), 53 hari selepas Arwah meninggal dunia. Penulis gembira bertemu AYAH tetapi bersedih kerana berpisah semula. Semoga roh Arwah dirahmati Allah S.W.T. sentiasa hendaknya. Al-Fatihah.



Gambar di atas adalah gambar terakhir Arwah, sehari sebelum meninggal dunia ketika sambutan Hari Bapa.

7 thought(s):

Anonymous said...

semoga rohnya dicucuri rahmat..
bersabar..

Jalilah Jali said...

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis..

p/s : tabahlah menghadapi hari mendatang..

Anonymous said...

semoga dicucuri rahmat hendaknya.yang mati jangan diratapi,yang hidup harus sentiasa beringat.

Hampasnyior said...

alfatihah....

raihan said...

Jack, ko bt ak btol2 t'haru. Huhu. Pape pn ak doakn ko tbh. Ak tau ko kuat. Jgn hmpakan ayh ko. Moga roh ayh ko d tmptkn d kalangan org2 soleh. Amin..

lonso said...

aku masih igt.... penulis pernah menceritakan die bertemu bapanya di dalam mimpi.ketika itu dia terserempak dengan aku dekat dengan susur gajah menuju ke fakulti bahasa. Namun ketika itu aku sibuk dengan forum anjuran kelab aku. aku berharap penulis boleh bertemu dengan 'bapanya' lagi

Anonymous said...

semoga rohnya dirahmati Allah...tabahkan hati meneruskn perjuangan