BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Pelbagai / Misc.. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai / Misc.. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Rahmat Ramadhan

Kedatangan penghulu segala bulan Islam dirai dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Bulan di mana rahmat diturunkan mencurah-curah dari segala arah seperti yang dijanjikan. Bulan dilimpahkan rezeki duniawi dan ukhrawi bagi mereka yang tahu akan kebesaran nikmat-Nya.

Seperti tahun lalu, kedatangan Ramadhan tahun ini memberi sinar harapan kepada kami -- aku dan Faiz -- disamping mencari rezeki tambahan kami juga dengan besar hati gembira untuk membantu emak angkat kami berniaga bersama kami.

Walau bagaimanapun, perniagaan ayam bakar kami tahun ini kurang menguntungkan berbanding tahun sebelum ini.

Kenaikan harga barang mentah yang sangat mendadak akibat krisis ekonomi global yang telah lalu nyata melemahkan sedikit semangat kami. Jika sebelum ini harga ayam paling paling tinggi hanyalah RM 5.70 sekilo, tahun ini paling rendah kami boleh dapat RM 6.50 sekilo. Mungkin anda semua tidak melihat ini sebagai suatu perkara yang menjejaskan tetapi cuba bayangkan hanya kerana kami ingin menjaga standard dan kualiti ayam bakar jualan kami, kami hanya mengambil untung yang sangat sedikit tahun ini.

Harga jualan masih sama seperti tahun lepas, RM 2.00 bagi seketul ayam kecil (paling besar jika dibandingkan pesaing-pesaing kami yang lain tahun ini) dan RM 5.00 bagi seketul ayam yang besar.

Bagaimanapun, disebalik kelembapan peningkatan keuntungan tahun ini, aku memperolehi sesuatu yang sangat berharga -- kebahagiaan.

Aku mengenali lebih ramai orang baru kali ini di mana sebahagiannya merupakan orang yang berkepentingan untukku di sini. Aku tidak berasa tertekan di sebalik kekecewaan itu malah menjadi lebih bersemangat untuk terus maju ke hadapan. Pengajianku di sini berjalan dengan lancar, kawan-kawan baru yang menggembirakan dan segalanya.

Inilah rahmat Ramadhan untukku pada tahun ini, kebahagiaan. Tahun lepas, keuntungan. Tahun depan? Aku yakin apa jua bentuk rahmat itu pastinya sesuatu yang baik untuk diriku.

Syukur, Alhamdulillah.

Wednesday, May 5, 2010

McDonald's a.k.a. Mc D

Sebut sahaja apa-apa nama rangkaian restoran yang wujud di dalam negara kita ini -- KFC, Pizza Hut, McD, Baskin Robbins, Big Apple dsb. -- boleh dikatakan aku jarang sekali menikmati menu-menu yang disediakan. Setahun mungkin kira-kira 3 atau 4 kali sahaja.


Menyertai IMGLAD, kehidupanku agak sibuk sepanjang berada di sana. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas. Kehidupan sosial aku juga sedikit berubah. Daripada aktiviti yang biasanya aku lakukan bersama rakan-rakan lelaki, dilakukan pula bersama rakan-rakan perempuan. Hinggakan kini aku berasa agak geli untuk melakukan aktiviti yang tidak dinyatakan itu bersama rakan-rakan lelakiku di sini.

Apa yang aku ceritakan kali ini adalah McDonald's a.k.a. McD.




Semenjak aku pulang daripada Johor Bahru (JB) hampir sebulan lamanya, kalau tidak salah perkiraanku sudah 6 kali aku makan di sana -- jauh lebih banyak daripada apa yang pernah aku alami sebelum menyertai IMGLAD!

Aku sendiri tidak faham mengapa ini boleh terjadi. Gaya hidup aku sedikit berubah berbanding dahulu.

Jika di JB, aku biasanya hanya akan singgah di McD untuk membeli sarapan (jika aku terlambat bangun untuk ke kelas). Atau melepaskan geram dan tekanan yang dihadapi bersama rakan-rakan. Atau pun sekadar melepak, berbual-bual dengan rakan-rakan IMGLAD yang rapat bersamaku.

Hah! Apakah menu kegemaranku di McD?

  • Sarapan : Sausage McMuffin with Egg, Hash Brown, Premium Roast Coffee
  • Kegemaran : Fillet-O-Fish, Coca Cola, French Fries
  • Pencuci mulut : Oreo McFlurry

Adakah ini sesuatu yang positif atau negatif bagiku? Entahlah.

Tuesday, April 6, 2010

Halalan Thoyyibah

Dalam Islam, makanan yang baik dan halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan membentuk ummah yang cemerlang bukan saja kesihatannya bahkan akhlak, sahsiah, peribadi mulia dan mengamalkan ajaran Islam secara lengkap serta menyeluruh.


Orang Islam tidak dibenarkan memakan benda yang haram dan 'syubhah' (tidak jelas halal atau haramnya). Ramai yang tidak prihatin dan tidak memeriksa dengan betul sama ada apa makanan yang diambil itu benar-benar halal atau sebaliknya.

Justeru, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang sebenarnya amat penting untuk diambil berat dan disebarkan kepada semua saudara Muslim kita, tidak dilupakan kepada rakan-rakan kita yang bukan Muslim supaya isu halal ini dapat difahami sekaligus menjadi keutamaan dalam membentuk kestabilan hidup, khususnya dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia.

AWAS!
Perhatikan setiap kod berikut pada produk makanan yang anda beli kerana ia mengandungi
LEMAK BABI.


Terdapat bahan-bahan tambahan makanan (food additives) yang diragui (masybuh). Ia boleh menjadi halal atau haram bergantung kepada sumber ambilan. Bahan-bahan tambahan makanan tersebut seperti stabilizer, emulsifier, flavour, colouring dan sebagainya.

Berikut beberapa contoh bahan ramuan tambahan makanan yang berstatus masybuh atau syubhah yakni tidak jelas dari segi halal haramnya :


Memandangkan kita sentiasa terdedah kepada penggunaan barang yang mengandungi unsur babi, kita haruslah berhati-hati sebelum membeli sesuatu barangan.

Sumber : Milenia Muslim, Mac 2010


Sekian sahaja untuk kali ini. Sila sebarkan segala maklumat di atas demi menegakkan hak kita sebagai Muslim dan pengguna.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia kotor, atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Kebanyakan sumber rujukan bagi post ini diambil daripada
majalah Milenia Muslim keluaran bulan Mac 2010,
terbitan MMP Communications Sdn Bhd.

Saturday, March 6, 2010

YouthSays.com : #1

Wahai masyarakat Malaysia yang budiman,


Razan, ahli YouthSays telah kehilangan adik perempuan beliau minggu lepas dan masih tiada berita sehingga kini. Saya menyeru semua ahli YouthSays.com dan sekalian rakyat Malaysia amnya untuk menghulurkan tangan membantu keluarga Razan dan menyebarkan mesej ini.

1Malaysia, 1Masyarakat, 1Sepakat.




* * * * * * * * * * * * *

Dear kindly Malaysians,

YouthSays member's Razan beloved sister gone missing last week and no news so far. We call all YouthSays.com members and all Malaysians to give a hand of help for Razan’s family and spread the message.

1Malaysia, 1Society, 1Unity.



Wednesday, January 13, 2010

Meet David Goon (and friend)

After befriended through Facebook, here we meet for the first time. One of my online best friend, David Goon. Last night, our friendship bond strengthen...


About 9.30 pm, I went to Melaka town assisted by my friend Ejat. I drove the green Sutera, straight to Melaka Raya. When I arrive at Century Mahkota Hotel, I call David. He was waiting me at the Time Hotel lobby, Jalan Melaka Raya 12. I went there. I lost.

After asking two ladies the hotel l0cation, finally we arrived there.

I parked my car and meet him and his friend, Randy. David, Ejat and me went to Uncle John Kopitiam first while Randy would came later with Rick.

David is a 40 years old engineer. He attended a meeting at Johor Bahru that evening but decided to stay in Melaka for that night.

After we ordered our foods and drinks, we talked. He is exactly as I known online. No different. Then, Randy came with Rick.

Randy is an engineer too while Rick is a well-positioned staff of CIMB.

From right :
David, me, Rick and Randy


We talked, talked and talked on too many topics. All three of them was very, very nice gentlemen. I'm proud to be their friend.

Ah! Job market is nothing to be worried about for me and Ejat. All there of them will help us later on. Yahoo!

Guys, don't be hesitate to be friend with anybody. Don't care about what races they are or what age are them. Just be friend and everything will be okay.

David, thanks for being my friend. I am honored to be you friend.

BFF, buddy!

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru 2010

Semalam kami semua keluar agak awal berbanding biasa, 9 malam. Tiga kereta malam ini. NAZA Sutera (aku dan Rahman), Proton Satria (Syuk dan Jeb) serta Perodua Kancil (Amie dan Ejat).

Kami bertemu di 7-Eleven Taman Alor. Setelah berbincang tentang hala tuju perjalanan kami malam itu, Syuk meletakkan Proton Satrianya berhampiran rumah Ejat Gemuk. Kami bergerak dua kereta ke bandar Melaka -- aku, Syuk dan Jeb (NAZA Sutera) manakala Amie, Ejat dan Rahman (Perodua Kancil).


Kami menuju ke Restoran Infasya Maju di Bukit Beruang terlebih dahulu, menikmati minuman dan otak-otak sambil berbual-bual tentang pelbagai perkara. Sambil itu kami merancang semula perjalanan kami malam itu.


Dari kiri, depan :
Syuk, Rahman, Amie, Ejat dan Jeb.



Setelah selesai, kami bergerak ke Dataran MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) bagi memeriahkan sambutan tahun baru di situ.

Seperti yang dijangkakan, trafik begitu sesak sekali di jalan 6 lorong itu. Entah berapa ribu orang yang 'berkampung' di situ. Aku meletakkan keretaku di taman berhampiran. Azmi menghubungi kami dan memaklumkan bahawa dia terpaksa meletakkan keretanya di hadapan Kompleks Mahkamah Negeri, lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari tempat aku meletakkan kereta!

Aku, Syuk dan Jeb terpaksa berjalan kaki ke sana kerana Rahman tidak mampu untuk bertopang ke Dataran tersebut. Jeb merembat sebuah troli Jaya Jusco untuk 'mengangkut' Rahman setibanya kami di sana nanti.


Rahman kelihatan bergaya dengan 'stokin'nya.


Setibanya kami di sana, pertunjukan bunga api pun bermula. Kami menikmati kemeriahan malam itu bersama-sama sebagai teman yang akrab, mesra dan penuh ragam.

Pertunjukan bunga api di Dataran MBMB.


Dari kiri :
Syuk, aku, Rahman, Amie dan Ejat



Jeb berlatarbelakangkan bulan hampir gerhana.


Setelah puas menonton persembahan bunga api dan melihat pelbagai ragam manusia di situ, kami menuju ke kafe siber di Bukit Beruang untuk 'berperang' tetapi kami kecewa kerana tempat itu masih belum dibuka daripada projek pengubahsuaian.

Maka kami segera menuju ke Taman Merdeka di Batu Berendam. Ya! Terdapat ruang yang mencukupi buat kami semua. Dengan penuh kegembiraan, kami 'berperang'!

Geng Sutera (Terrorist) vs Geng Kancil (Counter Terrorist)


Counter Strike 1.6
- latestscreens.com


Keputusannya sangat memberangsangkan! Setelah dua jam 'berperang' di Ice World, aku menduduki tangga kedua dengan 'membunuh' 174 kali!

* * * * * * * * * * * * *

Sebenarnya, tiada apa yang menarik tentang sambutan ambang tahun baru setiap tahun. Cuma, masa yang bermakna bersama orang yang kita kehendaki menjadikannya sesuatu yang sangat menggembirakan dan menyeronokkan!

Selamat tahun baru 2010, semoga segalanya akan bertambah baik dan lebih baik.

Thursday, December 3, 2009

2nd December 2009

Yesterday I woke up early. I can't stand with the pain anymore. Right after I finished grooming myself, I go to Hospital Alor Gajah to met the dentist. Yeah, you already know my problem.


I arrived the at 8.45 am and I was the 4th in queue. But my turn came around 10.45 am! The dentist in charge came up late to work because of personal problem at home. So, I just took it.

Adult teeth diagram - wikipedia.org

I got to uproot my third molar teeth, and been suggested to braced my tooth or I'll face a very unpleasant experience as I get older and older.

With the cotton gauge in my mouth to absorb all the blood that came out from the gum, I went to Tampin. I want to make a hairdo at a suggested saloon.

Yeah! I'm satisfied with the result, guys! That amoi really know what to be done to my hair. I will come here again for sure!

Here is some before-and-after pictures :

Front view

Side view

Rear view

But, after I went back home, I fall asleep. Quite a long sleep, because of the bleeding!

The bloody proof!

Tuesday, November 24, 2009

Bila aku terlalu marah...

AMARAN!
Pos ini disediakan dengan penuh perasaan amarah, rasa tidak puas hati dan terlalu jujur.
Apa yang ditaip oleh penulis mungkin tidak menyelesakan sesetengah pembaca.
Sila tinggalkan laman blog ini jika anda berasa tidak selesa.
Sekian, terima kasih.


Malam ini amarahku telah membangkitkan sudut hitam diriku yang tidak aku gemari. Sebagai seorang sahabat, sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang manusia; sudut hitam diriku ini berkata-kata...

Tiada formaliti, tiada tatabahasa yang indah mahupun ayat berlapis seperti biasa selepas ini...

* * * * * * * * * * * * *

Oi, lahanat! Kau pk kawan aku tu hambe kau ke? Yang kau amik telefon die tu watpe? Kau laki die ke? Bangsat alam betol!

Kau tu tak leh nak trime hakikat ke yang die tu dah tak nak kapel dengan kau lagi, gampang? Pe sial la kau ni. Camne la boleh wujud jantan macam kau kat dunia ni?

Kau faham tak pe beze LAKI dengan JANTAN? LAKI tu manusia normal macam aku dengan kawan kitorang yang lain. JANTAN tu macam kau la, binatang!

Punye la aku tercangok-cangok tunggu die roger aku tau-tau henset die ko rampas lak. Kitorang ade plan la, bodoh! Dah die punye hidup dengan kau je ke? Cibai syial kau ni. Belum nikah dah buat anak orang gitu, lepas kawin entah pe bende la jadi kat budak tu nanti.

Oi, busat! Kau ni kurang kasih sayang ek? Ke kau sangap sangat nak beromen?

Memang patut die putus dengan kau dulu, doh... Ade ke bulan puase kapel, raye dah ajak die beromen dengan kau? Nampak sangat la kau nak makan die daripade kau sayang die, syial! Baru sebulan kapel dah ajak main. Pe la bangang sangat la kau ni!

Oi, gampang! Kau pikir kawan aku ni BETINA SUNDAL ke, syial? Agak-agak la weh... Punye la baik member aku ni tapi kau buat die macam POMPUAN JALANG pulak. Pe syial?!

Punye la tak gentle kau ni kutuk-kutuk aku kat belakang. Sekarang aku kutuk kau depan public la, cibai! Ade bran komen atas NAMA PENUH kau. Jangan kan tengok muke aku depan mata kau, kentut aku lagi kau tak bau kau nak kate macam-macam tentang aku lak.

Weh, bro! Depan pompuan kau memang gempak, syial! Ni, aku kutuk kau depan public ni. Balas tau! Dah kau tak nak cakap depan-depan dengan aku, ni aku bagi option kat kau.

Oi, jantan gampang! Mentang-mentang la member aku tu lughuih (lurus), lembut ati kau sekati je nak kawal hidup die. Kau tu bapak die ke pe? Weh, bapak die tu tak pernah kongkong die macam kau buat tau.

Kalau kau tu betol-betul balak die, tentu kau lagi tau tentang die daripade aku. Pe yang die citer kat aku, die tak gitau kau la weh... Sebab kau tu bangsat... Die lagi percaya aku, member die ni, daripade kau bekas balak die!

Aku tau kau binatang tapi kau cube pikir ni jap. Kalau sampai gitu skali die percayekan aku, sape yang lagi layak nak jadi laki die?

Betul-betul kurang kasih sayang la kau ni, bai. Possessive giler kot. Aku kesian doh dengan kau.

Kau jangan risau la. Aku takde interest langsung nak berawekkan kawan aku tu macam kau pikir. Aku tak bernafsu la kat kawan aku tu. Aku ade bini la wei! Janda kau tu kawan bek aku je.

Kau pun satu, bukan balak die lagi dah. Trime je la hakikat tu. Pe payah sangat ke, sengal? Badan macam badang dah, otak macam otak penyu. Entah-entah lagi kecik daripade otak penyu.

Dah la, bai. Paneh lak nak menghambur banyak-banyak. Kau punyo turn plak. Eden tunggu.

Monday, November 16, 2009

Belajar...

Semalam aku telah ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersama Safi bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang peluang melanjutkan pelajaran ke United Kingdom (UK). Program anjuran British Council Malaysia ini ternyata telah menarik minat ramai pelajar seperti kami.

Logo British Council

Walau bagaimanapun, sebelum aku meneruskan cerita tentang semalam, aku ingin mengkhabarkan berita hari ini.

Permohonanku ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) ditolak dan aku perlu membuat rayuan!

Keputusan kemasukan sesi Disember 2009 UiTM

Tidak dapat dinafikan, aku sedikit kecewa dengan keputusan ini tetapi ini bukan sebabnya untuk aku lemah semangat dan berputus asa kerana aku pasti akan membuat rayuan sehinggalah aku benar-benar gagal untuk memasukinya.

Sekiranya aku perlu mencuba pada tahun hadapan, aku tetap akan mencuba sekali lagi. Andai itu juga aku gagal, aku akan mencuba cara terakhir ini -- UK!

Berdasarkan tinjauan kami semalam, terdapat 2 buah universiti yang benar-benar menarik perhatian aku untuk melanjutkan pelajaran ke sana, sekiranya aku dapat iaitu Prifysgol Bangor University dan University of Sunderland. Secara kasarnya, aku sudah pun 'diterima masuk' ke salah satu daripada universiti tersebut.

Logo rasmi kedua-dua universiti

Andai aku perlu melanjutkan pelajaran ke salah satu antara 2 universiti tersebut, aku tetap kena memikirkan satu lagi masalah -- pinjaman/penajaan -- masalah yang wajib dilalui oleh mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajarannya.

Adikku Ilan sudah setahun berada di Fakulti Perubatan, Monsoura University, Mesir tanpa apa-apa pinjaman/penajaan. Setahun ini dia hanya bergantung kepada kewangan keluarga kami. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak meluluskan permohonan pinjaman/penajaan Ilan atas alasan "ada ahli keluarga (Along) yang pernah meminjam daripada JPA tetapi belum melunaskan sepenuhnya pinjamannya".

Along pernah menerima pinjaman JPA sewaktu dia menuntut ilmu farmasi di University of Manchester, UK suatu ketika dahulu. Along bukannya tidak membayar pinjamannya. Dia tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya membayar pinjamannya itu dan dia sentiasa membayar dengan sangat konsisten kepada JPA. Tetap keputusannya tidak memihak kepada Ilan.

Sekiranya aku pula yang belajar di UK, bagaimana?

Entahlah. Aku belum lagi berbincang dengan emak tentang perkara ini. Tetapi, aku terus berpegang kepada salah satu prinsip hidupku : Agi idup, agi ngelaban!

Aku akan berusaha dan berikhtiar sehingga ke akhirnya.

Wednesday, November 11, 2009

Making the future clearer

Dear friends / readers,

There is a fair that will be held in Tun Razak Hall 4, Putra World Trade Centre (PWTC) from 13-15 November 2009 called "My Career Fair 2009".

Here is the link to the PWTC website for the event calendar in November :


If you are not sure what to be done in the future, I suggest you to join the fair. I am planning to go there on 14th. If you want to go together with me, buzz me.

Minggu terakhirku di UDM

4 November 2009

Petang ini pada jam 2.30, aku menduduki peperiksaan akhir bagi kertas ulangan BAA2023 di DABS bersama-sama pelajar semester 1 yang mengambil kertas ini. Aku adalah satu-satunya calon yang perlu menjawab soalan di atas pentas berhadapan dengan calon-calon lain. Aku tidak risau. Aku berjaya menjawab dengan yakin. Apa pun markah yang akan aku dapat, ini tetap lulus.

Aku dapat berkenalan dengan seorang pelajar perempuan kelasku yang berasal dari Melaka. Aku bukan niat berlazat tetapi aku sangat seronok berkenalan dengan orang negeri tempat tumpah darahku sendiri. Orang Crystal Bay, Alai.

10 malam, aku bermain futsal buat kali terakhirnya bersama-sama rakan di UDM. Ayie turut serta bermain bersama kami. Aku masih tidak dapat mengembalikan gerakan penyudahku yang hilang selepas kemalangan hari itu. Kecewa, tetapi aku tidak akan berputus asa.

Dan aku tidur sangat lewat pada hari ini – mengubah tabiat baruku. Tanya Ayie jika ingin tahu.


5 November 2009

Ayie sudah pun tiada sebaik sahaja terbangun dari tidurku. Dia sudah pulang. Aku tertanya-tanya, “Apa yang aku patut buat hari ini?” pada diriku sendiri.

Oh! Hujan lebat sepanjang hari ini telah menyebabkan asramaku ‘terapung’. Patutlah yuran mahal sangat. Asrama terapung rupanya. Sememangnya satu-satunya dalam Malaysia!

Akhirnya…

Aku melayan drama bersiri Jepun bertajuk LIAR GAME yang agak menarik, dan agak klise. Kesemua 11 episod!

Turut serta dalam senarai adalah Balls Out -The Gary Houseman Story, My Mom's New Boyfriend, The House Bunny, The Casino Job dan 12 Rounds.


6 November 2009

Seperti semalam, aku tidak tahu untuk buat apa hari ini. Hujan masih tidak berhenti. Juga seperti semalam, aku menonton lebih banyak filem iaitu The Escapist, 10 Things I Hate About You dan Vicky Cristina Barcelona.

Malamnya agak menarik. Sebaik sahaja selepas Isya’, aku bertemu dengan Syauqi, rakan seperjuanganku sewaktu kami aktif dengan MPP dahulu. Sememangnya kami berbual dengan hangat kerana sudah terlalu lama kami tidak bersua. Syauqi kemudian mengajakku keluar.

Datang satu idea dalam akal fikiranku. Membawa Ayin turut serta. Ayin adalah rakan perempuanku yang menuntut di UMT, jiran kami. Aku ingin memperkenalkan mereka, sejauh yang mungkin. Kenapa?

Ayin seorang gadis periang dan menarik, juga lurus dan dungu bagiku. Sangat mudah dipermainkan oleh jantan jongos yang tidak semenggah. Syauqi pula seorang jejaka yang kacak dan berbadan tegap, tetapi pendiam dan pemalu. Boleh bayangkan jika mereka bersama?


7 November 2009

Seperti yang dipersetujui semalam, kami akan ke bandar bersama-sama hari ini. Aku, Syauqi, Ayin dan Ija. Lebih kurang 2.30 petang, kami bergerak ke lokasi pertama iaitu kedai kain Saleem Aziz (jika tidak salah). Ija ingin membeli sepasang kain baru untuk dijahit. Sementara menunggu dia dan Ayin memilih dan membeli kain yang dikehendaki, aku dan Syauqi pergi ke kedai bakeri terdekat dengan berjalan kaki. Aku membeli apple scrumble untuk dimakan sewaktu perjalanan pulang ke Melaka nanti. Kemudian, kami menuju ke MYDIN di mana Syauqi membeli tali pinggang manakala Ayin dan Ija membeli barangan keperluan mereka. Disebabkan mereka membeli lebih banyak barang, aku dan Syauqi ke kafeteria dahulu kerana aku belum lagi menikmati makan tengah hari. Ayin ingin membeli dompet sempana ulang tahun kelahiran ayahnya. Maka Syauqi membawa kami ke Astaka. Walau bagaimanapun, bukan dompet yang dibeli tetapi t-shirt untuk dirinya sendiri. Aku juga membeli sehelai t-shirt berwarna kelabu untuk kegunaan waktu-waktu seksi. Hehehe…

Malam ini, aku duduk di cafeteria bersama para penyokong Negeri Sembilan bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan. Kebanyakan rakanku mengecat muka mereka tetapi aku mengecat perutku dengan perkataan “GOL” berwarna kuning. Perlawanan malam ini sangat menarik! Negeri Sembilan menang 3-1. Setiap kali gawang Kelantan dibolosi, aku berlari ke arah Moslem – teman sebilikku (Kelantan) – membuka bajuku menunjukkan perkataan GOL itu. Kami para penyokong Negeri Sembilan sangat gembira dengan keputusan itu.

Tetapi, kegembiraanku tidak lama. Sebaik sahaja pulang ke bilik dengan hajat melayan sebanyak filem yang mungkin malam itu, aku dapati external hard disk aku dihuni oleh sejenis virus yang menyerang setiap program yang bercodec. Maksudnya, hampir 124GB failku hilang dan tidak boleh diguna pakai lagi! Aku sangat-sangat kecewa dan marah.


8 November 2009

Segala usahaku untuk mendapatkan semula fail-failku menggunakan program TuneUp Utilities 2009 gagal. Aku pasrah dengan keadaan ini. Nampaknya aku terpaksa mencari semula segala apa yang telah hilang itu, terutamanya koleksi filem dan dramaku.

Petang ini aku berjumpa dengan Ayin. Dia memintaku menemaninya mengulangkaji untuk peperiksaan kursus terakhirnya semester ini. Sambil menemaninya, aku melayari internet. Tiba-tiba Syu datang dan aku memperkenalkan mereka berdua. Nampaknya mereka berdua serasi sesama sendiri. Aku tumpang gembira.

Apple crumbleku diletakkan dalam peti sejuk Ummi (peniaga air) sehingga hariku pulang nanti.

Super Sunday, perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Chelsea ternyata menarik minat kebanyakan pelajar untuk menontonnya. Selepas habis separuh masa pertama, salah seorang pekerja Kak Yah (peniaga kafe) mengambil kad Astro yang dipasang pada salah satu TV di situ. Kami semua kehairanan, dan marah, dengan tindakan tersebut. Irfan, Presiden MPP yang berada di situ bersamaku menemui Kak Yah bagi mendapatkan penjelasan. Rupa-rupanya kedua-dua kad Astro itu adalah miliknya dan penjelasan diberikan kepada pelajar. Mereka boleh menerima keputusan itu. Chelsea menang 1-0 hasil jaringan John Terry.

Tubuhku menjadi tidak stabil selepas itu.


9 November 2009

Aku bangun agak lewat hari ini. Kepalaku terasa sangat berat. Malang bagiku duduk di kawasan yang sangat berhampiran binatang berbulu halus bernama kucing itu. Alergi.

Petang ini aku pergi ke HEPA bersama Syahrul. Aku ingin mendapatkan sijil MASUM aku yang sepatutnya aku terima 2 tahun lepas. Aku hampa lagi. Kemudian aku menuju ke Bahagian Pinjaman dan Penajaan bertanyakan tentang rayuan zakatku. Keputusannya 50-50. Aku tidak pasti aku akan menerimanya atau tidak. Aku pasrah.

Aku terserempak dengan ‘adik’ku sedang duduk bersendirian di bawah pokok berhampiran blok asramanya. Aku singgah menemuinya. Seperti biasa, mukanya tidak lokek menguntumkan senyuman manis yang bisa mempesonakan sesiapa sahaja. Tetapi, aku tahu itu hanyalah dari luaran sahaja. Aku berjaya membongkar kesedihan yang sedang menyelubungi hatinya. Ternyata kematian demi kematian yang berlaku kepada beberapa orang yang sangat rapat di dalam hidupnya memberi tekanan perasaan yang amat kepada adikku itu. Kami tidak berbual di situ sahaja. Kami berjalan bersama ke kafe baru menikmati waffle sambil meneruskan perbualan. Kami juga berjalan ke bilik MPP dan perbualan kami hanya berakhir setelah kami masing-masing pulang ke bilik. Sabarlah, adikku.

Syafiq menemaniku menghantar ‘kuda tua’ku C70-Hidalgo ke rumah Along di Manir. Itulah kali terakhir aku menaiki motosikalku yang sangat berjasa kepadaku sepanjang 3 tahun setengah di Terengganu ini. Malam ini, aku mengemas semua barangku untuk dihantar lagi ke rumah Along.


10 November 2009

Aku pergi ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk bertemu dengan para pensyarahku buat kali terakhir. Malangnya aku kerana hanya Sir Kumi sahaja yang ada. Tetapi tidak mengapalah. Aku pasti cerita tentang diriku akan tersebar dikalangan mereka nanti. Ampun maaf dipinta untuk segala dosa, zahir dan batin. Minta dihalalkan ilmu dan didoakan kejayaan dunia akhirat.

Aku memandu NAZA Sutera milik Nisa' bersamanya menuju ke rumah Along. Aku perlu menghantar beberapa kotak barangku ke sana. Setelah selesai, aku dan Nisa' menikmati brunch nasi ayam kami di kedai keropok lekor Bukit Tok Beng. Aku membeli keropok lekor yang dikirimkan Ayin untuk dibawa pulang.

Tatkala Ayin keluar dari rumah sewanya, aku memperkenalkannya dengan Nisa'. Mungkin mereka bukan dalam 'aliran' yang sama. Phew... (-_-")

Sempat juga aku menemui Mok buat kali terakhir di Kedai Mak Nah. Kemudian aku berehat sebentar di bilik sementara menunggu jam 2 petang.

2 petang, kelihatan beberapa sahabat sedang berbual-bual sambil menunggu ketibaanku. Aku ternyata sangat gembira dengan kehadiran mereka. Aku lega dapat berjumpa dengan mereka semua buat kali terakhirnya. Tetapi, kehadiran yang paling mengejutkan ialah kehadiran Fiq bersama Yidin -- terus dari Dungun sebaik sahaja aku menghubungi mereka!

Perpisahan tidak dapat dielakkan. Tanpa air mata, tanpa rasa duka nestapa, aku meninggalkan UDM juga akhirnya.

Terima kasih kepada semua yang membantu saya zahir dan batin, mengisi kekosongan ruang sosial yang ada serta menjadi penghibur di kala suka dan lara sepanjang satu semester yang penuh pancaroba ini. Ampun maaf dipinta dan minta halal yang mana terlebih/terkurang dan segalanya.

Semoga berjumpa lagi, di waktu konvo nanti.

Tuesday, October 27, 2009

Pengumuman / Announcement

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Para pembaca / pelawat yang dihormati sekalian,

Terdapat enam (6) entri baru yang dimasukkan ke dalam laman blog saya ini. Akibat kesuntukan masa untuk online, saya memasukkan kesemua entri tersebut sekaligus. Berikut adalah entri-entri (sedia dihubungkan, sila klik) yang diupload untuk dikongsi bersama anda semua:

  1. Antara dua darjat... (11 Oktober 2009)
  2. Accident, again! (13 Oktober 2009)
  3. Police and Soldier Wannabe, and Reformation (15 Oktober 2009)
  4. Are we in the right path? (17 Oktober 2009)
  5. Lesson through an argument (19 Oktober 2009)
  6. Adakah kita menghormati mereka? (25 Oktober 2009)
Selamat membaca dan terima kasih untuk segala pandangan yang anda kongsi bersama.

* * * * * * * * * * * * *

Assalamua'laikum and good day.

Dear respected readers / visitors,

There are six (6) new entries have been putted in this blog of mine. Because of limited time to online, I put all these entries at one time. Here are the entries (already connected, please click) that have been uploaded to be shared with you:

  1. Antara dua darjat... (11 Oktober 2009)
  2. Accident, again! (13 Oktober 2009)
  3. Police and Soldier Wannabe, and Reformation (15 Oktober 2009)
  4. Are we in the right path? (17 Oktober 2009)
  5. Lesson through an argument (19 Oktober 2009)
  6. Adakah kita menghormati mereka? (25 Oktober 2009)
Enjoy reading and thank you for all of your opinion(s) that being shared together here.

Antara dua darjat...

Terngiang terang di telingaku ayat emak : “Aku boleh tanggung kau.”

Aku sebak. Ya, mungkin mak mampu menanggung kos pengajianku untuk satu semester ini tetapi anak mana yang sanggup melihatkan emaknya yang sudah tidak bersuami bersusah-payah demi anak-anak. Aku terpaksa menipu emak dengan hanya meminta separuh daripada jumlah yuran yang sepatutnya dibayar pada semester ini.

Kenapa? Adikku, Ilan, sedang menuntut di Mesir dalam bidang perubatan tanpa sebarang pinjaman atau tajaan. Khabarnya JPA mungkin tidak akan memberi pinjaman atau menaja adikku ini kerana Along masih belum menghabiskan bayaran pinjamannya sewaktu belajar di England dahulu. Setelah setahun di sana, Ilan meneruskan hidup di perantauan dengan wang yang dikirimkan emak.

Adikku yang bongsu, Ikah, bakal menduduki peperiksaan SPM. Dia sememangnya seorang pelajar yang pintar dan rajin. Setiap kali aku pulang pasti dia memintaku untuk menemaninya membeli pelbagai jenis buku rujukan dan latihan untuk kegunaannya.

Setelah menanti lebih setengah tahun dengan harapan yang tinggi menggunung, akhirnya aku kecewa. Bukan sahaja kecewa malah rasa teraniaya. Satu-satunya harapan yang ada untukku menanggung segala kos pengajianku pada semester ini telah musnah – wang zakat. Ternyata keputusan pihak bertanggungjawab dalam pengagihan wang zakat itu melukakan hati anak yatim ini. Aku mula memikirkan bagaimanakah aku harus memberitahu emak tentang perkara ini.

Aku tidak berpuas hati. Daripada surat yang dikeluarkan, jelas ada lagi baki wang zakat yang tidak diagihkan! Aku cuba menuntut hak ini!

Aku mengadukan hal ini kepada MPP dan syukurlah, mereka bertindak. Sekarang aku perlu menanti peluang kedua tiba – jika tiba.

* * * * * * * * * * * * *

Jamuan Hari Raya Universiti siang tadi agak sederhana tetapi tetap meriah. Cuma hidangan yang dihidangkan tidak sebanyak seperti yang pernah disediakan tahun-tahun sebelum ini. Semalam, pelbagai aktiviti dijalankan dan begitu juga hari ini.

Malam ini aku turun bersama rakan-rakan untuk menyaksikan pelbagai persembahan yang disediakan oleh pihak universiti untuk sekalian warganya. Beberapa persembahan yang dilangsungkan malam ini telah mengejutkan aku sama sekali dan aku tidak menyukainya.

Aku bukan tidak biasa dengan hiburan seperti ini malah aku sudah biasa pergi ke majlis hiburan yang lebih teruk dan lebih ‘panas’ daripada ini. Dahulu di sini aku berhibur dengan hiburan yang lebih lembut dan luar daripada kebiasaanku di rumah, aku sangat selesa. Aku sangat gembira. Tetapi tidak pada malam ini.

Aku bukannya kolot atau jumud tetapi ini bukan yang sepatutnya terjadi di sini. Aku bukanlah seorang yang alim atau warak tetapi aku tetap orang yang mencari ketenangan dan kebenaran.

Entah dari mana datangnya penari-penari yang tidak menutup aurat itu. Aku tidak faham. Kenapa mereka menjemput Adik Wani, penyanyi dikir dangdut yang berpakaian kurang sopan dan bertindak di luar norma kehidupan warga institut ini untuk memberikan persembahan sebegitu? Aku tidak faham. Aku sakit kepala dan segera naik ke bilik.

Persembahan bunya api. Ya, menarik tetapi membuatkan aku berkira-kira tentang kos menganjurkan majlis sebegini. Menurut sebuah sumber rapat, dikhabarkan bahawa kos keseluruhan program 2 hari ini berjumlah RM 15000.

Aku tiba-tiba menjadi tidak percaya. Kos makanan untuk semua warga universiti, bayaran kepada artis-artis jemputan (Adik Wani, Beego dll.) serta kos-kos lain yang dituntut mereka, kos untuk persembahan bunga api, kos pengurusan dan segala macam kos lagi. RM 15000? Aku tidak percaya!

Adik Wani bersama peminat.


* * * * * * * * * * * * *


Aku berfikir tentang kedua-dua situasi ini. Alangkah mudahnya untuk mengeluarkan wang untuk perkara yang sia-sia. Alangkah cepatnya proses untuk melaksanakan sesuatu yang tidak memberi faedah secara menyeluruh. Tetapi, alangkah sukarnya untuk menyelesaikan masalah kebajikan yang dialami oleh warga universiti ini. Alangkah lambatnya proses untuk membantu mana-mana warga universiti ini yang di dalam keperluan yang mendesak.


Aku ingin segera pergi dari sini! Jangan cuba datang ke sini!


2.09 am, 11 Oktober 2009