BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Sukan / Sports. Show all posts
Showing posts with label Sukan / Sports. Show all posts

Tuesday, June 30, 2009

Kemarau hampir tamat...

Aku tahu sekarang cuaca sangat panas berbanding suatu ketika dahulu. Seperti musim kemarau rasanya. Walau bagaimanapun, artikel ini bukannya tentang kemarau cuaca, tetapi kemarau kemenangan. Kemenangan dalam sukan bola sepak oleh Taman Seri Kelemak, tempat tinggalku.

28 Jun 2009
, bermulanya langkah awal kami untuk mengulang kegemilangan dahulu -- Kejohanan Bola Sepak Sukan Komuniti DUN Rembia.

Kami terletak di dalam Kumpulan C, menentang Kg. Kelemak Dalam dan Kg. Baru yang merupakan musuh tradisi kami. Disebabkan kejohanan ini dianjurkan dalam masa sehari sahaja, maka kami perlu bermain selama 30 minit (15-15) bagi setiap perlawanan. Aku adalah pemain tunggal di bahagian bek kiri.

Seri Kelemak F.C.

Perlawanan pertama kami adalah menentang Kg. Kelemak Dalam. Kami di barisan pertahanan berjaya mengekang setiap serangan dengan baik. Tiada gol yang berjaya dihasilkan dalam perlawanan ini. Bagaimanapun, kami diisytihar menang 2-0 selepas pihak penganjur mendapati lawan kami menggunakan pemain yang tiada dalam senarai yang didaftarkan.

Perlawanan kedua menentang Kg. Baru sememangnya mendebarkan kami. Masakan tidak. Terdapat beberapa orang bekas pemain negeri Melaka di dalam pasukan lawan kami. Tambahan pula mereka dalam keadaan cergas 100% kerana perlawanan mereka dengan Kg. Kelemak Dalam dibatalkan dan mereka diisytiharkan pemenang kerana lawan mereka menarik diri. Kami teruskan bermain dengan mengamalkan corak bertahan. Taktik kami berhasil dan kami diadili menerusi sepakan penalti. 7 sepakan dilakukan oleh kedua-dua pasukan dan akhirnya kami melangkah ke separuh akhir setelah menang 5-4.

Kami bertemu dengan pasukan pilihan no. 1 kejohanan ini, Sg. Petai. Mereka adalah juara negeri tahun lepas. Dengan taktik 4-5-1 kami berjaya mengekang banyak pergerakan lawan. Walau bagaimanapun, akibat salah faham antara Tariq (lastman) dan Jolai (keeper), pihak lawan mendapat gol pada lewat permainan hasil tandukan salah seorang pemain mereka yang tidak dikawal. Kami kalah 1-0.

Bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4, kami menentang all Indian team, wakil Pengkalan. Kali ini kami melakukan serangan bertali arus ke gawang lawan dan kebanyakannya terkena palang. Cubaan Apai (midfielder) yang terkena palang memberi peluang kepada pihak lawan melakukan serangan balas terhadap kami. Kerana terdesak, dan kemahiran berlakon yang hebat, lawan kami mendapat sepakan penalti setelah pengadil mendakwa Ejat (midfield) menjatuhkan salah seorang pemain lawan di dalam kotak penalti. Sepakan dilakukan dengan sempurna walaypun Alif (2nd keeper) dapat membaca arah bola disepak. Kami terus menyerang dan akhirnya Faiz (striker) menyempurnakan hantaran Udin (right winger) tepat ke gawang lawan. Perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti sekali lagi akibat keputusan terikat seri 1-1. Nasib tidak menyebelahi kami kali ini. Kami kalah 4-1 sekali gus mendapat tempat ke-4 keseluruhan.

Pingat tempat ke-4.

Inilah kali pertama kami mendapat pingat setelah beberapa tahun kemarau kemenangan. Kami amat berpuas hati kerana tanpa latihan (pemilihan pemain diadakan malam sebelum pertandingan!) kami berjaya menjadi 4 pasukan terbaik.

Seterusnya, 2 minggu lagi, Liga Komuniti. Kami ingin melangkah ke final dan menang!

Kemarau kemenangan perlu ditamatkan.

Thursday, May 28, 2009

Final Liga Juara-juara Eropah 2008/2009

Mentaliti dan semangat juang jelas membezakan pemenang dengan yang tewas. Ini telah dibuktikan oleh kedua-dua finalis Liga Juara-juara Eropah 2008/2009, Barcelona (Spain) dan Manchester United (England) dalam perlawanan yang baru berakhir sebentar sahaja tadi.


Gol pembukaan oleh Samuel Eto'o (minit 10') akibat kealpaan benteng MU telah mengubah keseluruhan corak permainan MU sehingga ke wisel penamat. Walaupun bermula garang dengan sepakan percuma oleh Cristiano Ronaldo yang nyaris menewaskan penjaga gol Victor Valdes serta beberapa percubaan yang lain, baki masa perlawanan jelas milik Barcelona.

Agak pelik apabila melihat banyak hantaran yang dilakukan oleh pemain MU berjaya dipintas oleh pemain Barcelona, tanpa dirampas sepantas mungkin bola tersebut. Jelas dilihat para pemain MU telah hilang semangat selepas jaring mereka ditembusi dengan satu percubaan sahaja.

Corak permainan Barcelona menunjukkan keyakinan dan semangat juang yang kental. Akibatnya, MU dilihat seperti dipermainkan. Secara peribadi, saya meletakkan keyakinan kepada MU untuk bangkit dan menang 2-1 seperti yang pernah dilakukan mereka pada final 1998/1999 ketika menentang Bayern Munich (Jerman). Walau bagaimanapun, sejarah tidak berulang kali ini.

Saya teringat semula final 2004/2005 yang menyaksikan Liverpool (England) bangkit daripada ketinggalan 3-0 pada separuh masa yang pertama menentang AC Milan (Itali) untuk menyamakan kedudukan kepada 3-3, seterusnya menjulang Piala Eropah itu buat kali ke-5 selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti. Mentaliti dan semangat juang pemain Liverpool ketika itu sangat menakjubkan walaupun selepas separuh masa pertama tamat, permainan dianggap tamat oleh kebanyakan orang. Tetapi, mereka bangkit dan menang!

Seandainya mentaliti dan semangat juang pemain MU seperti Liverpool pada ketika itu, final Liga Juara-juara Eropah 2008/2009 pasti menjadi ulangan sejarah final Liga Juara-juara Eropah 1998/1999.

Tahniah Barcelona! Tahniah Pep Guardiola kerana menjadi orang ke-3 yang memenangi Liga Juara-juara Eropah sebagai pemain dan juga pengurus!

The Red Devils, bangkitlah!