BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 9, 2010

Kalimah ALLAH : Jangan melatah!

Kebelakangan ini saya merasakan keamanan negara kita terancam dek sikap emosional kaum majoriti di negara ini. Saya tidak faham mengapa mereka perlu menjadi terlalu emosi. Siapakah mereka hinggakan saya (dan beberapa rakan yang lain) berasa tidak selesa untuk keluar melata di bumi Malaysia yang bertuah ini.


Penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi telah mengakibatkan tiga (3) buah gereja -- Gereja Metro Tabernacle (Wangsa Maju), Gereja Assumption (PJ) dan Gereja Life Chapel (Damansara) -- terbakar akibat dilempar dengan molotov cocktail semalam.

Gereja Metro Tabernacle yang terbakar.
- kosmo.com -


Jika beberapa hari sebelum kejadian kita dikhabarkan dengan pelbagai bentuk tindak balas oleh beberapa pihak Islam seperti demonstrasi, laporan polis dan sebagainya kali ini serangan biadap dilakukan kepada pihak gereja -- atau lebih jelas kepada penganut Kristian sendiri.

Kepada yang melakukan serangan atau pun mana-mana tindakan bodoh yang tercatat mahu pun tidak di atas, berita ini sudah pun tiba ke serata dunia! Lihatlah sendiri di Time, Associated Press (AP) dan mana-mana sumber luar yang lain.

Kamu yang melakukannya sangat bodoh dan tidak melampau rasanya jika saya katakan mereka ini lebih teruk daripada Yahudi! (mungkin setakat ini)

Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (Surah Al-An'aam, ayat 108)

Lihat! Kamu telah melanggar perintah-Nya, bukan membela kemuliaan nama-Nya mahu pun agama-Nya!

Secara jujurnya, saya malu dengan tindakan golongan-golongan yang 'tidak berapa cerdik' itu yang mana di sebalik 'Islam'nya mereka, mereka membiarkan nafsu amarah menguasai akal fikiran mereka.

Fikirkan balik mengapa umat Islam seluruh dunia diserang melalui pelbagai cara, jelas atau halus, dan berterusan diserang.

Ah! Kebanyakan Muslim kini malas berfikir. Lebih baik saya memudahkan urusan ini. Jawapannya sangat mudah, jujur dan ikhlas.

KITA SENDIRI!

4 thought(s):

J.U.L.I.E.S.A.M.A.D said...

Salam..just pass through ur blog.well,you've got good points there,..Ya,no doubt there are Muslims who act that kinda way.when our thoughts has been manipulate by 'nafs',then it happens,.The wise thought possesses humility.in this case,are we certain that the people who threw molocov coctail tu is a Muslim him/herslf??They maybe among them who just try to create the polemics.think abt it,.

-that was just my dialogic inquiries,..n if u dont mind, can i follow ur blog?.its interesting =) -

A d'Z said...

dear JULIE,

thanks for ur compliment & comment. it's an honor to me if u follow this clumsy blog of mine.

p/s : urs is interesting too!

J.U.L.I.E.S.A.M.A.D said...

owh..its my pleasure then! thanks to u to =)

A d'Z said...

JULIE : u r welcome!