BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

Rahmat Ramadhan

Kedatangan penghulu segala bulan Islam dirai dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Bulan di mana rahmat diturunkan mencurah-curah dari segala arah seperti yang dijanjikan. Bulan dilimpahkan rezeki duniawi dan ukhrawi bagi mereka yang tahu akan kebesaran nikmat-Nya.

Seperti tahun lalu, kedatangan Ramadhan tahun ini memberi sinar harapan kepada kami -- aku dan Faiz -- disamping mencari rezeki tambahan kami juga dengan besar hati gembira untuk membantu emak angkat kami berniaga bersama kami.

Walau bagaimanapun, perniagaan ayam bakar kami tahun ini kurang menguntungkan berbanding tahun sebelum ini.

Kenaikan harga barang mentah yang sangat mendadak akibat krisis ekonomi global yang telah lalu nyata melemahkan sedikit semangat kami. Jika sebelum ini harga ayam paling paling tinggi hanyalah RM 5.70 sekilo, tahun ini paling rendah kami boleh dapat RM 6.50 sekilo. Mungkin anda semua tidak melihat ini sebagai suatu perkara yang menjejaskan tetapi cuba bayangkan hanya kerana kami ingin menjaga standard dan kualiti ayam bakar jualan kami, kami hanya mengambil untung yang sangat sedikit tahun ini.

Harga jualan masih sama seperti tahun lepas, RM 2.00 bagi seketul ayam kecil (paling besar jika dibandingkan pesaing-pesaing kami yang lain tahun ini) dan RM 5.00 bagi seketul ayam yang besar.

Bagaimanapun, disebalik kelembapan peningkatan keuntungan tahun ini, aku memperolehi sesuatu yang sangat berharga -- kebahagiaan.

Aku mengenali lebih ramai orang baru kali ini di mana sebahagiannya merupakan orang yang berkepentingan untukku di sini. Aku tidak berasa tertekan di sebalik kekecewaan itu malah menjadi lebih bersemangat untuk terus maju ke hadapan. Pengajianku di sini berjalan dengan lancar, kawan-kawan baru yang menggembirakan dan segalanya.

Inilah rahmat Ramadhan untukku pada tahun ini, kebahagiaan. Tahun lepas, keuntungan. Tahun depan? Aku yakin apa jua bentuk rahmat itu pastinya sesuatu yang baik untuk diriku.

Syukur, Alhamdulillah.

3 thought(s):

Ta'aruf said...

Tahun depan ak bawak barang dr sini ko jualkan...ok???

Lame giler x update...kmpter da ade sebijik...biler cuti???

Enol said...

Jek,amcm beb...lame siot snyp..raya dtg ar rmh gua...

intaq said...

jackkkkkkk!! lame xdgr cte ko..slmt bpuase n salam lailatul-qadar;))