Malam ini telah selesai segala salah faham dan pertelingkahan yang tidak sepatutnya terjadi antara kami semua. Segala persengketaan berakhir dengan cara yang matang. Segala perasaan tidak puas hati telah terluah dengan baik sekali. Aku gembira. Gembira kerana kami semua bersatu semula.
Kejadian di dalam sesi post-mortem malam ini membuatkanku berfikir semula apa yang terjadi beberapa jam, mungkin hari atau minggu sebelumnya...
"Weh! Wahyu #1, nvr gv up.. Appara.." (Weh! 'Wahyu' nombor satu, jangan berputus asa)
Itulah SMSku kepadanya.
Penolakan, sesuatu yang sangat biasa aku hadapi. Alah bisa tegal biasa katakan. Walaupun aku sedikit terkilan dengan kata-katanya yang meminta aku menyerah kalah daripada terus berusaha memenangi hatinya, aku segera mengalihkannya kepada post-mortem tadi.
Apa yang terjadi di dalam sesi post-mortem itu benar-benar membuka mata hatiku. Entah kenapa, aku tidak mampu untuk berhenti tersenyum mengenangkan penolakannya. Mungkin aku terlalu optimis tetapi aku yakin sebenarnya aku telah melakukan sesuatu yang wajar. Sesuatu yang aku julang sebagai bersifat kelelakian.
Kenapa perlu untuk aku kecewa dengan penolakannya? Tiada sebab sebenarnya kerana aku teringat kata-kata pujangga yang indah ini :
Aku nyata sangat gembira kerana dapat memberi. Sangat gembira!
Patah hati ditolak? Sudah tiada. Malah aku lebih bahagia sekarang sehingga aku tidak dapat berhenti tersenyum mengenangkannya.
Ke mana sahaja aku pergi di sekitar kawasan Kolej 9 itu, pasti aku teringat saat-saat kami bersama. Ya, memang tidak lama kami bersama dan berkenalan tetapi saat-saat itu cukup indah untuk dilupakan.
Kek chocolate moist dengan buah anggur itu kurang enak malam ini tanpa kehadirannya bersama menikmatinya denganku. Rasa kaget pula apabila duduk berseorangan memerhatikan Wan bersama Liza, dan Achik bersama Ainaa sedang berkongsi sayang.
Tetapi, aku gembira juga. Walaupun berseorangan.
Tangga di mana dia berusaha dengan penuh kesungguhan menenangkan aku ketika aku menghadapi 'kegawatan emosi' dahulu membuatkanku tersenyum lebih lebar. Gelanggang futsal yang menjadi arena di mana dia menyaksikanku bersusah-payah mengadili perlawanan minggu lepas; dan gelanggang yang menjadi tempat dia mengujakanku dengan cubaan melakukan jaringan yang sangat hebat dahulu kelihatan sangat indah pada penglihatanku kini.
Entah mengapa, aku gembira.
Sememangnya aku patut gembira.
Kerana aku manusia.

"Cinta bukannya memiliki, tetapi memberi."