BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 7, 2009

Dua Hari yang Gembira

06/06/2009

Sebaik sahaja pulang dari salun, aku segera mandi dan bersiap. Aku perlu mengambil Yazid terlebih dahulu sebelum bergerak ke rumah sewa Safi dan rakan-rakannya.
Aku mengenakan t-shirt Pangkor dan gelang kayu Sarawak yang dihadiahkan Safi kepadaku bersama jeans B.U.M. milik Faiz. Kekurangan seluar memaksaku mengambil tindakan drastik sebentar sahaja nanti.

Parkir kereta di basement Mahkota Parade (MP) menjadi pilihanku. Aku tidak mahu berasa bahang nanti. Seterusnya, kami ke Dataran Pahlawan (DP) untuk window shopping. Aku merisik dahulu apa yang akanku beli selepas ini. Selesai menikmati makan tengah hari, kami ke musolla untuk solat Zuhur dan kami menuju ke GSC untuk menonton cerita Night in the Museum 2 : Battle of the Smithsonian. Sememangnya kelakar cerita tersebut!


Selepas itu, Safi menyatakan hajatnya untuk menaiki Menara Taming Sari. Tetapi, terlalu ramai orang yang menunggu giliran ketika itu. Maka, kami membatalkan hajat kami. Kami menunaikan solat Asar di musolla berhampiran.

Sebaik sahaja selesai, kami menuju ke Padini Concept Store. Di sini aku membeli sehelai kemeja SEED berwarna merah jambu berjalur putih serta sehelai jeans SEED bersaiz 31. Harga yang sepatutnya aku bayar adalah RM 228 (RM109 + RM119) tetapi selepas diskaun 50% dan 70%, jumlahnya hanya RM92.20 sahaja! Sememangnya aku sangat gembira dengan pembelian tersebut. Safi pula membeli sepasang sandal VINCCI berwarna hitam manakala Fizah pula sepatu VINCCI berwarna hijau. Mereka berdua jua gembira.

Disebabkan terlalu gembira dengan pembeliannya, Fizah mengenakan terus kasut yang baru dibeli itu!


Seterusnya, kami melalui kesesakan lalu lintas menuju ke TESCO di mana Safi dan rakan-rakannya singgah membeli barangan keperluan mereka. Kami solat Maghrib di sana. Setelah selesai, aku memandu mereka pulang ke rumah supaya barangan segar mereka dapat disimpan segera di dalam peti ais. Selepas itu, kami bergerak ke MYDIN MALL di MITC untuk makan malam bersama-sama dan pulang setelah selesai. Kami perlu berehat untuk esok...


07/06/2009

Kami dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan Hafiz, rakanku dan Yazid ketika di SMK(A) Sultan Muhammad dahulu. Aku juga mempelawa Azfar dan Hadi untuk turut serta bersama kami. Bertemu dengan rakan lama sememangnya menjadi sesuatu yang mengujakan.

Aku mengenakan pakaian yang aku beli semalam. Bukannya tidak sabar sangat untuk mencubanya tetapi Safi memintaku berpakaian sama warna dengannya -- merah jambu.

Kami menuju ke Dewan Mini Bistari yang terletak berhampiran MITC, Ayer Keroh. Sebaik sahaja kami tiba di pintu masuk, aku melihat Hafiz segak dengan 'persalinan di-rajanya' yang berwarna emas sambil memegang keris di tangan kirinya. Kami berpelukan. Masakan tidak, selepas 5 tahun tidak berjumpa akhirnya mendapat khabar dia ingin mendirikan rumah tangga. Kami tumpang gembira untuk kau, Hafiz.

Aku dan Safi sempat mengambil gambar bersama juga. Hehe... Menyibuk!


Sewaktu kami menikmati makanan yang disediakan, pengacara majlis mengumumkan ketibaan YDP Negeri Melaka bersama Ketua Menteri. Seterusnya, pasangan mempelai masuk diiringi kumpulan kompang. Kami tidak boleh duduk lebih lama di situ kerana Yazid perlu pulang segera ke KL. Dari bawah aku mengangkat tangan kepada Hafiz sebagai tanda selamat tinggal. Hafiz mengangguk dan tersenyum.

Selamat pengantin baru, Hafiz dan Hawa. Semoga hubungan kamu kekal sehingga akhir hayat.


p/s : Fiz, kesian ko... Mude2 dah ade tanggungjawab besau... Huhu...

Friday, June 5, 2009

If a guy say...

If a guy say : Is he handsome?

It means : Who cares.


If a guy say : Have you take your lunch (etc.) yet?

It means : I hope you did.


If a guy say : This shirt is nice.

It means : I'll to do anything make it mine!


If a guy say : Is he handsome?

It means : Who cares.


If a guy say : I got headache la

It means : Don’t make anything fool or ELSE!


If a guy say : I’m so tired…

It means : Don’t you ever try to disturb me!


If a guy say : I think we just have to be friend only.

It means : I hope I can fulfill your wish but I can’t.


If a guy say : I like to be friend with you. You’re nice, understanding etc…

It means : I may consider you to be my girlfriend.


If a guy say : Did you ever thinking of your ex?

It means : I'm going to be HULK if you say "yes"!


If a guy say : I’m willing to sacrifice for your happiness.

It means : Sayonara…


If a guy say : I’m okay if you want to be friend with him. As long as you be honest to me and didn’t stab me from the back.

It means : Damn it! I don’t like you to be friend with him.


# This post is a personal thought of mine, answering "you should noe..." from Truth :: Cry :: Lie

Wednesday, June 3, 2009

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Ketika aku sedang berbual-bual dengan rakan-rakan di Newton, aku menerima panggilan telefon daripada Along. Aku keluar lalu menjawab panggilan itu.

"Aki, kau kat mana?"

"Mahkota Parade (MP) dengan kawan-kawan. Kenapa?"

"Along kat depan Stadium Gong Badak ni. Stadium ni punya bumbung runtuh!"

Gambar oleh: berita@kosmo.com.my (3 Jun 2009)

Aku terkejut. Masakan tidak. Di situlah tempat aku bermain bowling bersama rakan-rakanku di UDM. Tempat itu masih baru. Setahun!

Mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi keseluruhan tapak stadium tersebut tidak dapat dipastikan tahap keselamatannya kerana kawasan itu dahulunya merupakan kawasan paya.

Walau bagaimanapun, masihkah kita boleh bermain bowling bersama-sama lagi di situ, rakan-rakan? Aku harap boleh.

Aku seronok bermain bersama kamu!

Orang Ketiga...

"Kau nak makan katne ni?" aku bertanya kepada rakanku.

"U-Centre." Tutup.

"Subaidah la," aku memberi cadangan. Dia bersetuju.

Hujan turun dengan lebat malam ini. Kami agak kesejukan dan kelaparan. Setelah puas menikmati panorama di sekitar Sungai Melaka pada waktu malam, kini kami menuju ke MITC.

Kami memesan roti telur untuk setiap seorang serta teh 'o' dan Milo panas. Kami menikmati hidangan yang dipesan sambil berbual tentang pelbagai perkara.

* * * * * * * * * * * * *

"Ish! Ni kereta pak cik aku ni. Kau tunggu jap," lalu dia memasuki semula restoran itu. Aku menanti sambil melihat gelagatnya. Tidak lama kemudian, dia mengajakku masuk ke dalam kereta.

"Betul, syial... Pak cik aku yang bini dia baru dapat anak tu... Cuba kau pusing kereta ni kat situ."

Aku akur dengan permintaannya. Setelah mendapat sudut yang jelas, dia menudingkan jari ke arah sebuah meja yang diduduki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan. Perempuan itu kelihatan sangat cantik dan menarik, dan muda.

"Kau buat-buat masuk tandas, aku follow dari belakang. Kita tengok macam mana dia punya respons."

Aku melalui meja tersebut. Aku memerhati cermin di kawasan tersebut. Pak ciknya kelihatan tidak senang duduk. Di dalam tandas, rakanku itu mengatakan bahawa pak ciknya itu telah menegurnya. Kami merancang tindakan seterusnya.

* * * * * * * * * * * * *

"Aku salam dia tadi. Dia tanya aku buat apa kat sini. Aku cakap aku jumpa kau."

"Tiba-tiba aku fikir negatif la."

"Sial! Aku fikir tu perempuan dia la... Tapi mak cik aku tu baru dapat anak kelima tu..."

Kami terus berbincang. Rakanku itu kelihatan serba salah dan serabut. Aku terus memandu dan perbualan kami diteruskan.

"Aku senyap dulu la. Kalau aku jumpa dia aku main muka dengan dia. Kenyit mata ke, tersengih ke. Kalau dia buat palat, aku buka mulut!"

Tuesday, June 2, 2009

Selepas Setahun...

Aku tidak dapat lena malam ini. Aku tidak menyangka, hari ini aku seorang sahaja yang akan melawat kubur ayah. Emak, Abang Ngah, Achen, Ikah dan Syifa' menunaikan umrah. Along dan Ayuk tidak dapat pulang kerana sibuk dengan pekerjaan mereka. Angah terpaksa menjaga anak-anaknya yang kecil. Alang terpaksa mengajar tuisyen cuti sekolah. Ina bercuti di rumah mentuanya di Gua Musang manakala Ilan pula sedang menuntut di Mansoura University, Mesir.

Hari ini genap setahun ayah meninggalkan kami semua, dan aku seorang sahaja yang ada di sini.

Setahun, logiknya suatu tempoh yang agak lama. Realitinya, sebentar sahaja. Kesedihan sudah tiada lagi. Cuma, aku ingin ayah tahu sesuatu tentang aku sekarang.

"Ayah, Aki rindukan ayah. Maafkan Aki untuk segala dosa Aki."

Itu sahaja. Kini, aku menganggap ayah Safi sebagai ayahku pula. Sebagaimana aku menghormati dan menyayangi ayahku begitu jugalah aku menghormati dan menyayangi ayah Safi. Aku gembira dapat berjumpa dengan ayahnya 2 hari lepas.

Walaupun begitu, mereka bukan orang yang sama. Hargailah orang tua kamu, wahai rakan-rakan, yang masih hidup. Minta keampunan mereka dan bahagiakanlah mereka sementara mereka masih bernyawa.

Jangan membawa rasa bersalah sepanjang hayat kamu, seperti aku.

Rest in peace, ayah. I love you very much!