BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 23, 2010

Melayu telah terlalu lama berkuasa...

"Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi;
Air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda;
Akibat sengketa sesamalah kita, cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya;
Hasil mengalir ketangan yang lain, peribumi merintih sendiri.

Masa depan sungguh kelam, kan lenyap peristiwa semalam;
Tertutuplah hati terkunci mati, maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa;
Bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa, majulah dengan maha perkasa;
Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayukan gagah di Nusantar
a"

Begitulah bait-bait lagu yang didendangkan kepada kita semua sekiranya kita mengikuti kursus anjuran Biro Tatanegara (BTN). Apa yang tinggal pada Melayu? Kuasa!

Sudah hampir tiga (3) bulan aku menamatkan kursus IMGLAD di Johor Bahru (JB). Sepanjang tempoh itu, aku telah melakukan beberapa kerja sambilan. Dalam tempoh itu jugalah aku mengalami beberapa peristiwa yang menyebabkan post kali ini bertajuk seperti yang di atas.

"KRONISME : amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dsb."
Kamus Dewan Edisi Empat

Sewaktu aku bekerja untuk sebuah syarikat wiring yang melaksanakan projek billboard LED bersempena sambutan ulang tahun ke-7 Majlis Perbandaran Alor Gajah, seorang Ahli Majlis yang berkedudukan tinggi telah meminta suapan daripada majikanku. Hal ini berlaku bukan di belakangku, tetapi jelas di mata.

Salah seorang rakan sekerjaku yang senior telah memberitahuku sesuatu yang sememangnya aku benci mengetahuinya. Sewaktu mereka membida projek tersebut, mereka perlu menghulurkan 'wang bawah meja' terlebih dahulu. Setelah mendapat dana yang diperuntukkan untuk projek tersebut, mereka perlu pula memberi 'duit kopi' kepada orang yang meluluskan projek tersebut.

Oh! Orang yang meluluskan projek tersebut adalah orang Melayu.

"NEPOTISME : perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja."
Kamus Dewan Edisi Empat

Baru-baru ini pula aku bekerja bersama katerer yang membekalkan makanan kepada VVIP, VIP, urusetia-urusetia dan para sukarelawan yang bertugas di Pusat Lawn Bowls, Kompleks Hang Jebat bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) XII 2010, Melaka.

Awalnya aku tidak peduli dengan siapa aku bekerja sehinggalah Pengurus Pertandingan tersebut membuka mulutnya yang boleh dikatakan celupar itu. Rupa-rupanya, katerer itu adalah miliknya sendiri tetapi diuruskan oleh saudara-maranya. Tambahan pula, kebanyakan urusetia atasan yang bertugas di venue tersebut adalah dari kalangan ahli keluarganya sendiri.

Seperti yang tadi, 'beliau' juga berbangsa Melayu.

Aku tegas dengan pendirianku bahawa Melayu telah terlalu lama berkuasa. Akibatnya, mereka menjadi tamak dan lupa diri. Mulut golongan ini lantang mengatakan mereka membantu bangsa sendiri untuk maju tetapi jauh panggang dari api. Ya, sememangnya mereka membantu bangsa sendiri tetapi terhad kepada keturunan serta kroni-kroni mereka sahaja. Tidak menyeluruh.

"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita, Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil, Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil, Melayu mudah lupa
Tiada daulat, Tiada maruah, Tiada bebas
Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena, Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah, Ingatlah, Ingatlah
Wahai bangsaku, Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai"
Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
Perhimpunan Agung UMNO, 2001

Aku bukanlah mahu bangsa Melayu hilang kuasa tetapi aku berpendapat Melayu patut merasa kehilangan kuasa secara total. Sekiranya itu berlaku, aku tidak berasa yang Melayu mampu untuk bangkit semula. Jika benar mereka mampu sekalipun, entah bila masanya.

Aku bangsa Malaysia, cuma berketurunan Melayu!

2 thought(s):

Enol said...

Bro..lame snyp..amcm UPU?

A d'Z said...

eh2... enol.... UPU? ggl! tp lex2 sudeyh...