BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 16, 2010

22 tahun, akhirnya...

Sungguh cepat masa berlalu hinggakan aku sendiri terkejut aku sudah berusia 22 tahun sekarang. 14 Mei 2009 seperti baru sahaja berlalu meninggalkan aku. Tempoh setahun itu seperti angin yang lalu sahaja.

Begitu pantas segalanya.

Umur semakin meningkat. Zaman tua makin mendekat. Apa yang aku telah capai setakat ini? Entahlah. Walau sebanyak mana pun yang telah aku capai sehingga kini, aku masih belum berpuas hati.

Seperti biasa, semenjak 22 tahun yang lalu, asal sahaja tiba 14 Mei pasti hujan akan turun. Aku sendiri tidak pasti hujan rahmat atau sebaliknya tetapi aku bersyukur kerana aku masih boleh bernafas di atas bumi Allah S.W.T. yang luas ini.

Cuma tahun ini ada sedikit istimewa tentang sambutan ulang tahun kelahiranku. Hujan tetap hujan cuma tahun ini paling banyak sekali aku menerima ucapan 'Selamat Hari Lahir' daripada kenalanku. 60 orang telah memberikan ucapan mereka, itu pun jika perkiraan aku tepat (lebih kuranglah). Bukan setakat di Malaysia sahaja malah di beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia, Uruguay dan lain-lain.

Semakin kecil bumi ini.

Walaupun tiada satu pun ahli keluarga aku yang mengucapkan ucapan mereka kepadaku, aku tidak kisah atau terasa hati kerana aku tahu mereka sentiasa mendoakan aku.

Aku sangat yakin!

Terima kasih yang teristimewa kepada kekasih hatiku, Safi, kerana memberikan hadiah yang sangat-sangat istimewa. Tidak perlulah aku jelaskan apa yang diberikan. Biarlah ini menjadi rahsia agung kami.

Kepada semua, terima kasih yang tidak terhingga.

5 thought(s):

Ta'aruf said...

"Walaupun tiada satu pun ahli keluarga aku yang mengucapkan ucapan mereka kepadaku, aku tidak kisah atau terasa hati kerana aku tahu mereka sentiasa mendoakan aku"

Haha..ayat xley bla...
Betul plak 2...
cam mane ko leh tau lak ak doa???
(musykil)

Bagi la nampak ak yg wish 1st...
Sanah Helwa Ya Gameel...

Ak lupa dowh...Xam =)
(nak cari alasan lg nih)

A d'Z said...

aku tau la beb... bkn org len... fmly sndri kot...

Suha Jalil said...

aku rase aku org yg plg lmbr wish kot..
tp ape pun, aku x kire, nk wish jgk kat ko..

happy belated birthday young man..
baru 22 thn rupenye ko ye..
mudonyooooooo !!! hahahaha..
hope u success all the way..

A d'Z said...

ak tau pe mksd ko, shu ai... mksdnye, ko pk ak tua mcm ko ek? wah... byk cntik... awet mude ni...

min_safi said...

(^_^) tharu~ hee~ anything for u la dear... hee~