BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru 2010

Semalam kami semua keluar agak awal berbanding biasa, 9 malam. Tiga kereta malam ini. NAZA Sutera (aku dan Rahman), Proton Satria (Syuk dan Jeb) serta Perodua Kancil (Amie dan Ejat).

Kami bertemu di 7-Eleven Taman Alor. Setelah berbincang tentang hala tuju perjalanan kami malam itu, Syuk meletakkan Proton Satrianya berhampiran rumah Ejat Gemuk. Kami bergerak dua kereta ke bandar Melaka -- aku, Syuk dan Jeb (NAZA Sutera) manakala Amie, Ejat dan Rahman (Perodua Kancil).


Kami menuju ke Restoran Infasya Maju di Bukit Beruang terlebih dahulu, menikmati minuman dan otak-otak sambil berbual-bual tentang pelbagai perkara. Sambil itu kami merancang semula perjalanan kami malam itu.


Dari kiri, depan :
Syuk, Rahman, Amie, Ejat dan Jeb.



Setelah selesai, kami bergerak ke Dataran MBMB (Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) bagi memeriahkan sambutan tahun baru di situ.

Seperti yang dijangkakan, trafik begitu sesak sekali di jalan 6 lorong itu. Entah berapa ribu orang yang 'berkampung' di situ. Aku meletakkan keretaku di taman berhampiran. Azmi menghubungi kami dan memaklumkan bahawa dia terpaksa meletakkan keretanya di hadapan Kompleks Mahkamah Negeri, lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari tempat aku meletakkan kereta!

Aku, Syuk dan Jeb terpaksa berjalan kaki ke sana kerana Rahman tidak mampu untuk bertopang ke Dataran tersebut. Jeb merembat sebuah troli Jaya Jusco untuk 'mengangkut' Rahman setibanya kami di sana nanti.


Rahman kelihatan bergaya dengan 'stokin'nya.


Setibanya kami di sana, pertunjukan bunga api pun bermula. Kami menikmati kemeriahan malam itu bersama-sama sebagai teman yang akrab, mesra dan penuh ragam.

Pertunjukan bunga api di Dataran MBMB.


Dari kiri :
Syuk, aku, Rahman, Amie dan Ejat



Jeb berlatarbelakangkan bulan hampir gerhana.


Setelah puas menonton persembahan bunga api dan melihat pelbagai ragam manusia di situ, kami menuju ke kafe siber di Bukit Beruang untuk 'berperang' tetapi kami kecewa kerana tempat itu masih belum dibuka daripada projek pengubahsuaian.

Maka kami segera menuju ke Taman Merdeka di Batu Berendam. Ya! Terdapat ruang yang mencukupi buat kami semua. Dengan penuh kegembiraan, kami 'berperang'!

Geng Sutera (Terrorist) vs Geng Kancil (Counter Terrorist)


Counter Strike 1.6
- latestscreens.com


Keputusannya sangat memberangsangkan! Setelah dua jam 'berperang' di Ice World, aku menduduki tangga kedua dengan 'membunuh' 174 kali!

* * * * * * * * * * * * *

Sebenarnya, tiada apa yang menarik tentang sambutan ambang tahun baru setiap tahun. Cuma, masa yang bermakna bersama orang yang kita kehendaki menjadikannya sesuatu yang sangat menggembirakan dan menyeronokkan!

Selamat tahun baru 2010, semoga segalanya akan bertambah baik dan lebih baik.

0 thought(s):