BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 24, 2009

Kembali semula!

Hari ini (23/12/09) merupakan hari yang menggembirakan bagiku. Masakan tidak, selepas lebih 2 bulan prestasiku merosot dan sentuhanku hilang akibat kemalangan, akhirnya aku berjaya mendapatkannya semula.

Aku menjaringkan 12 gol sepanjang 2 jam permainan petang tadi dan tidak kurang daripada 10 assist dilakukan kepada rakan sepasukanku!

Ya! Aku amat gembira kerana sentuhan penyudahku KEMBALI SEMULA!

* * * * * * * * * * * * *

Setiap manusia adalah sama di sisi Yang Maha Pencipta. Cuma memang sifat manusia untuk membeza-bezakan diri mereka dengan manusia yang lain. Sifat batiniah yang sudah bertapak berkurun lamanya, semenjak kita dicipta.

Seorang raja atau kaum kerabatnya diletakkan sebagai golongan yang paling dihormati, disanjungi dan ditaati oleh golongan di bawahnya. Golongan di-raja ini dibiasakan dengan hidup penuh kemewahan dan gah lebih daripada sesiapa pun.

Kerana itulah yang menyebabkan saya, secara peribadi, tidak menghormati sesiapa pun dikalangan sebagai raja atau kaum kerabatnya. Jika saya menghormati mana-mana di antara mereka sekali pun saya pasti hanyalah kerana mereka itu manusia seperti saya juga. Tidak lebih daripada itu.

Mungkin juga saya berfikiran sebegini kerana negeri tempat tumpah darah saya ini tidak mempunyai raja / sultan (walaupun sebenarnya sistem pemerintahan beraja di Malaysia bermula di Melaka) tetapi saya berpendapat negeri saya tidak memerlukan raja / sultan untuk menjadi negeri yang maju dan makmur.

Pandangan saya ini pasti berubah SEKIRANYA ada dikalangan raja / sultan atau kaum kerabat di-raja yang bersikap atau melakukan sesuatu seperti Prince William of Wales, putera United Kingdom (UK).

Putera William
-
answers.com -

Hanya kerana ingin lebih memahami kesusahan dan keperitan hidup yang dilalui oleh segelintir rakyat UK, beliau (lebih sesuai pada pandangan penulis) sanggup berada di tempat golongan tersebut berada -- sesuatu yang pada hemat saya tidak pernah berlaku di negara Malaysia yang tercinta ini.

Beliau telah meninggalkan nikmat yang diperolehinya di istana dengan tidur di lorong belakang bersama golongan tidak berumah! Tambahan, ketika waktu sangat sejuk!

William bersedia untuk tidur di sebuah
lorong belakang di London.
- The Sydney Morning Herald -


Kita abaikan sebentar skandal yang pernah menyelubungi beliau sebelum ini. Ini disebabkan beliau telah membuat sesuatu yang mungkin langsung tidak pernah terfikir oleh golongan di-raja di negara ini.

Beliau tidaklah mencari publisiti 'tidak bijak' dengan turun naik mahkamah untuk mendapatkan semula seorang perempuan yang tidak lagi inginkannya. Beliau tidaklah sesuka hati menukar kepimpinan di jajahan / negeri tanpa mendapatkan persetujuan daripada rakyat jelata.

Tidak! Beliau telah KEMBALI SEMULA kepada asal kejadian manusia iaitu SAMA! Tidak berbeza dan membezakan!

Saya menghormati apa yang beliau lakukan ini.

Walaupun itu mungkin kali terakhir beliau akan melakukannya.

0 thought(s):