BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 11, 2009

Minggu terakhirku di UDM

4 November 2009

Petang ini pada jam 2.30, aku menduduki peperiksaan akhir bagi kertas ulangan BAA2023 di DABS bersama-sama pelajar semester 1 yang mengambil kertas ini. Aku adalah satu-satunya calon yang perlu menjawab soalan di atas pentas berhadapan dengan calon-calon lain. Aku tidak risau. Aku berjaya menjawab dengan yakin. Apa pun markah yang akan aku dapat, ini tetap lulus.

Aku dapat berkenalan dengan seorang pelajar perempuan kelasku yang berasal dari Melaka. Aku bukan niat berlazat tetapi aku sangat seronok berkenalan dengan orang negeri tempat tumpah darahku sendiri. Orang Crystal Bay, Alai.

10 malam, aku bermain futsal buat kali terakhirnya bersama-sama rakan di UDM. Ayie turut serta bermain bersama kami. Aku masih tidak dapat mengembalikan gerakan penyudahku yang hilang selepas kemalangan hari itu. Kecewa, tetapi aku tidak akan berputus asa.

Dan aku tidur sangat lewat pada hari ini – mengubah tabiat baruku. Tanya Ayie jika ingin tahu.


5 November 2009

Ayie sudah pun tiada sebaik sahaja terbangun dari tidurku. Dia sudah pulang. Aku tertanya-tanya, “Apa yang aku patut buat hari ini?” pada diriku sendiri.

Oh! Hujan lebat sepanjang hari ini telah menyebabkan asramaku ‘terapung’. Patutlah yuran mahal sangat. Asrama terapung rupanya. Sememangnya satu-satunya dalam Malaysia!

Akhirnya…

Aku melayan drama bersiri Jepun bertajuk LIAR GAME yang agak menarik, dan agak klise. Kesemua 11 episod!

Turut serta dalam senarai adalah Balls Out -The Gary Houseman Story, My Mom's New Boyfriend, The House Bunny, The Casino Job dan 12 Rounds.


6 November 2009

Seperti semalam, aku tidak tahu untuk buat apa hari ini. Hujan masih tidak berhenti. Juga seperti semalam, aku menonton lebih banyak filem iaitu The Escapist, 10 Things I Hate About You dan Vicky Cristina Barcelona.

Malamnya agak menarik. Sebaik sahaja selepas Isya’, aku bertemu dengan Syauqi, rakan seperjuanganku sewaktu kami aktif dengan MPP dahulu. Sememangnya kami berbual dengan hangat kerana sudah terlalu lama kami tidak bersua. Syauqi kemudian mengajakku keluar.

Datang satu idea dalam akal fikiranku. Membawa Ayin turut serta. Ayin adalah rakan perempuanku yang menuntut di UMT, jiran kami. Aku ingin memperkenalkan mereka, sejauh yang mungkin. Kenapa?

Ayin seorang gadis periang dan menarik, juga lurus dan dungu bagiku. Sangat mudah dipermainkan oleh jantan jongos yang tidak semenggah. Syauqi pula seorang jejaka yang kacak dan berbadan tegap, tetapi pendiam dan pemalu. Boleh bayangkan jika mereka bersama?


7 November 2009

Seperti yang dipersetujui semalam, kami akan ke bandar bersama-sama hari ini. Aku, Syauqi, Ayin dan Ija. Lebih kurang 2.30 petang, kami bergerak ke lokasi pertama iaitu kedai kain Saleem Aziz (jika tidak salah). Ija ingin membeli sepasang kain baru untuk dijahit. Sementara menunggu dia dan Ayin memilih dan membeli kain yang dikehendaki, aku dan Syauqi pergi ke kedai bakeri terdekat dengan berjalan kaki. Aku membeli apple scrumble untuk dimakan sewaktu perjalanan pulang ke Melaka nanti. Kemudian, kami menuju ke MYDIN di mana Syauqi membeli tali pinggang manakala Ayin dan Ija membeli barangan keperluan mereka. Disebabkan mereka membeli lebih banyak barang, aku dan Syauqi ke kafeteria dahulu kerana aku belum lagi menikmati makan tengah hari. Ayin ingin membeli dompet sempana ulang tahun kelahiran ayahnya. Maka Syauqi membawa kami ke Astaka. Walau bagaimanapun, bukan dompet yang dibeli tetapi t-shirt untuk dirinya sendiri. Aku juga membeli sehelai t-shirt berwarna kelabu untuk kegunaan waktu-waktu seksi. Hehehe…

Malam ini, aku duduk di cafeteria bersama para penyokong Negeri Sembilan bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan. Kebanyakan rakanku mengecat muka mereka tetapi aku mengecat perutku dengan perkataan “GOL” berwarna kuning. Perlawanan malam ini sangat menarik! Negeri Sembilan menang 3-1. Setiap kali gawang Kelantan dibolosi, aku berlari ke arah Moslem – teman sebilikku (Kelantan) – membuka bajuku menunjukkan perkataan GOL itu. Kami para penyokong Negeri Sembilan sangat gembira dengan keputusan itu.

Tetapi, kegembiraanku tidak lama. Sebaik sahaja pulang ke bilik dengan hajat melayan sebanyak filem yang mungkin malam itu, aku dapati external hard disk aku dihuni oleh sejenis virus yang menyerang setiap program yang bercodec. Maksudnya, hampir 124GB failku hilang dan tidak boleh diguna pakai lagi! Aku sangat-sangat kecewa dan marah.


8 November 2009

Segala usahaku untuk mendapatkan semula fail-failku menggunakan program TuneUp Utilities 2009 gagal. Aku pasrah dengan keadaan ini. Nampaknya aku terpaksa mencari semula segala apa yang telah hilang itu, terutamanya koleksi filem dan dramaku.

Petang ini aku berjumpa dengan Ayin. Dia memintaku menemaninya mengulangkaji untuk peperiksaan kursus terakhirnya semester ini. Sambil menemaninya, aku melayari internet. Tiba-tiba Syu datang dan aku memperkenalkan mereka berdua. Nampaknya mereka berdua serasi sesama sendiri. Aku tumpang gembira.

Apple crumbleku diletakkan dalam peti sejuk Ummi (peniaga air) sehingga hariku pulang nanti.

Super Sunday, perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Chelsea ternyata menarik minat kebanyakan pelajar untuk menontonnya. Selepas habis separuh masa pertama, salah seorang pekerja Kak Yah (peniaga kafe) mengambil kad Astro yang dipasang pada salah satu TV di situ. Kami semua kehairanan, dan marah, dengan tindakan tersebut. Irfan, Presiden MPP yang berada di situ bersamaku menemui Kak Yah bagi mendapatkan penjelasan. Rupa-rupanya kedua-dua kad Astro itu adalah miliknya dan penjelasan diberikan kepada pelajar. Mereka boleh menerima keputusan itu. Chelsea menang 1-0 hasil jaringan John Terry.

Tubuhku menjadi tidak stabil selepas itu.


9 November 2009

Aku bangun agak lewat hari ini. Kepalaku terasa sangat berat. Malang bagiku duduk di kawasan yang sangat berhampiran binatang berbulu halus bernama kucing itu. Alergi.

Petang ini aku pergi ke HEPA bersama Syahrul. Aku ingin mendapatkan sijil MASUM aku yang sepatutnya aku terima 2 tahun lepas. Aku hampa lagi. Kemudian aku menuju ke Bahagian Pinjaman dan Penajaan bertanyakan tentang rayuan zakatku. Keputusannya 50-50. Aku tidak pasti aku akan menerimanya atau tidak. Aku pasrah.

Aku terserempak dengan ‘adik’ku sedang duduk bersendirian di bawah pokok berhampiran blok asramanya. Aku singgah menemuinya. Seperti biasa, mukanya tidak lokek menguntumkan senyuman manis yang bisa mempesonakan sesiapa sahaja. Tetapi, aku tahu itu hanyalah dari luaran sahaja. Aku berjaya membongkar kesedihan yang sedang menyelubungi hatinya. Ternyata kematian demi kematian yang berlaku kepada beberapa orang yang sangat rapat di dalam hidupnya memberi tekanan perasaan yang amat kepada adikku itu. Kami tidak berbual di situ sahaja. Kami berjalan bersama ke kafe baru menikmati waffle sambil meneruskan perbualan. Kami juga berjalan ke bilik MPP dan perbualan kami hanya berakhir setelah kami masing-masing pulang ke bilik. Sabarlah, adikku.

Syafiq menemaniku menghantar ‘kuda tua’ku C70-Hidalgo ke rumah Along di Manir. Itulah kali terakhir aku menaiki motosikalku yang sangat berjasa kepadaku sepanjang 3 tahun setengah di Terengganu ini. Malam ini, aku mengemas semua barangku untuk dihantar lagi ke rumah Along.


10 November 2009

Aku pergi ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk bertemu dengan para pensyarahku buat kali terakhir. Malangnya aku kerana hanya Sir Kumi sahaja yang ada. Tetapi tidak mengapalah. Aku pasti cerita tentang diriku akan tersebar dikalangan mereka nanti. Ampun maaf dipinta untuk segala dosa, zahir dan batin. Minta dihalalkan ilmu dan didoakan kejayaan dunia akhirat.

Aku memandu NAZA Sutera milik Nisa' bersamanya menuju ke rumah Along. Aku perlu menghantar beberapa kotak barangku ke sana. Setelah selesai, aku dan Nisa' menikmati brunch nasi ayam kami di kedai keropok lekor Bukit Tok Beng. Aku membeli keropok lekor yang dikirimkan Ayin untuk dibawa pulang.

Tatkala Ayin keluar dari rumah sewanya, aku memperkenalkannya dengan Nisa'. Mungkin mereka bukan dalam 'aliran' yang sama. Phew... (-_-")

Sempat juga aku menemui Mok buat kali terakhir di Kedai Mak Nah. Kemudian aku berehat sebentar di bilik sementara menunggu jam 2 petang.

2 petang, kelihatan beberapa sahabat sedang berbual-bual sambil menunggu ketibaanku. Aku ternyata sangat gembira dengan kehadiran mereka. Aku lega dapat berjumpa dengan mereka semua buat kali terakhirnya. Tetapi, kehadiran yang paling mengejutkan ialah kehadiran Fiq bersama Yidin -- terus dari Dungun sebaik sahaja aku menghubungi mereka!

Perpisahan tidak dapat dielakkan. Tanpa air mata, tanpa rasa duka nestapa, aku meninggalkan UDM juga akhirnya.

Terima kasih kepada semua yang membantu saya zahir dan batin, mengisi kekosongan ruang sosial yang ada serta menjadi penghibur di kala suka dan lara sepanjang satu semester yang penuh pancaroba ini. Ampun maaf dipinta dan minta halal yang mana terlebih/terkurang dan segalanya.

Semoga berjumpa lagi, di waktu konvo nanti.

7 thought(s):

Nabil Norhalim said...

salam sahabat..insyallah..pemergian kali ini bukan titik noktah perjuangan..kelihatan semangat dan target yang jelas..moga sampai di perhentian yang dituju..persada UDM mungkin satu nama yang berat..bila ditanya..dan berat jugak untuk dilafaz..namun UDM tetap dunia kampus kita...disini ujian yang berat pernah dipikul..disini tomahan pernah disambut..namun segala2 bukan menyebabkan kita lemah..bahkan lebih kental dan tabah..
sahabat..
mungkin disana tempat yang lebih indah..pelangi yang kau harapkan..mungkin dihujung penemuanmu kau temu kejayaan..namun bukan mudah mendapatkan pelangi..kalau tiada ribut untuk diredahi...

salam mujahadah tanpa noktah...keep in touch...muliakan usahamu jangan hina juaramu..Satu malaysia..dunia didahulukan Akhirat diutamakan...

Muhammad Nabil bin Norhalim

A d'Z said...

Sahabat Nabil,

Terima kasih atas ucapan tersebut. Insya-Allah akan dipegang selalu. Revolusi diri, revolusi komuniti. Ukhwah fillah.

end said...

Waaaaaa... sangat seronok ketika ini... hahaha.. malu ah ngan akie.. oh tidak.. nape la nisa' gi citer semua tue kat akie.. pandai korek rahsia nisa ya.. hehehe.. ayin baik.. berlainan 'aliran'? maksudnya? sama je la.. hua3x.. len kali nak sengih sokmo.. hahaha.. di hari2x terakhir baru rasa nak rapat.. terpisah jua.. jaga diri baik2x k.. nisa ada 2 paper lagi.. land law n company law.. sangat tak menggemarinya.. hahaha

A d'Z said...

To acax,

xyah nk malu2 la... stju dg nisa'. snyum sokmo! remember, if there anythg uneasy, find some1 u bliv d most... pape pn, i'm here 4 ev1 in need...

end said...

akie..y october..r u serious?

A d'Z said...

To acax,

Hehe... TQ tgur... Tukar dh...

end said...

never mind..
coz now is november..