BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Kisah benar sebagai iktibar di bulan Ramadhan

5 Ramadhan 1429H, suatu peristiwa yang menginsafkan telah berlaku sebagai peringatan kepada kami di sini dan ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian sebagai iktibar dan disebarkan kepada saudara seagama kita yang lain, terutamanya jika bersamaan dengan watak yang akan diceritakan selepas ini. Cerita ini bukanlah untuk mengaibkan pihak berkenaan tetapi sebagai nasihat untuk manfaat sekalian umat.

Siapa yang tidak kenal Ayin (bukan nama sebenar) di sini. Dia bukanlah seorang yang bisa menakutkan orang lain sebaik sahaja mendengar namanya tetapi pelbagai jenis keburukan yang telah dilakukannya.

Siang Ramadhan itu, kebetulan jatuh pada ulang tahun kelahiran Ayin. Maka dia menyambut ulang tahun kelahirannya itu dengan hadiah yang sangat istimewa daripada teman wanitanya -- pecah dara. Adalah menjadi kebanggaan baginya menerima 'hadiah istimewa' tersebut. Seks bebas sudah menjadi kebiasaan bagi Ayin sebelum ini dan dengan pengalaman yang sedia ada, dia membuka 'hadiah' tersebut dengan penuh nikmat. Menurut sumber yang sangat boleh dipercayai, Ayin melakukannya sebanyak 5 kali berturut-turut. 'Segar dari ladang'!

Ayin bertemu dengan para sekutunya selepas itu. Dengan penuh bangga dan keseronokan yang amat sangat, Ayin menceritakan tentang 'hadiah istimewa' yang diterima daripada teman wanitanya itu. Para sekutunya turut meraikan kejayaannya itu dengan meneguk air setan, juga seperti yang biasa mereka lakukan. Mereka sangat gembira siang itu.

Dalam keadaan kepalanya yang sedang lalok, Ayin ingin menghiburkan dirinya lagi. Kini dia mahu berkaraoke di sebuah tempat yang terletak kira-kira setengah jam dari sini. Lantas dia menunggang motosikalnya dengan laju, dengan penuh khayal, dengan penuh kegembiraan.

Sebaik sahaja tiba di sebuah simpang empat yang agak sibuk, Ayin meredah sahaja lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah. BUMP!!! Ayin dilanggar oleh sebuah motosikal yang lain lalu pengsan di situ juga.

Dia telah mencemarkan kemuliaan Ramadhan dengan zina dan meminum arak, maka balasan segera diturunkan kepadanya. Kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga ke atas lutut. Kini, Ayin hidup dengan penuh kepayahan. Dia tidak boleh bekerja lagi. Tiada apa yang boleh dilakukannya melainkan pasrah dengan apa yang menimpa.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 yang bermaksud:

"Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Juga firman Allah S.W.T. di dalam Surah Al-Isra', ayat 32 yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

0 thought(s):