BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 25, 2009

"Dia ke tempat yang lebih baik..."

Aku agak sibuk hari ini. Aku tidak tidur langsung malam tadi kerana bertungkus lumus menyiapkan segala keperluan untuk program Join the Club yang dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda UDM pada hari ini. Aku mewakili Kelab Bahasa dan Intelektual Pelajar (KBIP) dan cuba menarik ahli-ahli baru untuk dijadikan pelapis pada masa depan.

Alhamdulillah, sambutan yang kami terima agak menggalakkan. Penerangan demi penerangan daripada kami telah berjaya menarik minat pelajar daripada pelbagai kursus pengajian juga bangsa. Suatu perkembangan yang sangat positif bagi kami.

Selesai kami makan tengah hari, aku berehat sebentar di booth KBIP sambil berbual-bual dengan rakan-rakan yang ada. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aku segera menjawab panggilan itu.

"Abang..." jelas kedengaran suara tangisnya di sana. Aku mula memikirkan perkara yang tidak baik.

"Baby, kenapa ni? Tarik nafas dalam-dalam. Relaks."

Aku masih dapat mendengar esakannya di corong telefonku. Selepas berapa ketika...

"Ayah angkat Baby meninggal pagi tadi..."

"Innalillahhi wainnalillah hirrajiuun..."

Tangisannya berterusan. Aku melayan sahaja sikapnya. Aku tahu bagaimana rasanya bila berada di tempatnya. Malahan lebih daripada apa yang dia rasa.

"We're very closed..." luahnya. Aku mendengar dan cuba memujuk, seperti memujuk kanak-kanak yang dahagakan susu ibunya. Aku tidak boleh bersedih. Dia perlukan penenang.

"It's okay, Baby... Dia ke tempat yang lebih baik... Do you believe in me?"

"I do..."

Aku berharap aku boleh berlari ke sana sekarang juga. Apakan daya. Aku bukannya manusia super, bukan juga jutawan yang memiliki helikopter untuk ke mana sahaja yang aku mahu. Ini sahaja yang aku mampu -- menjawab panggilan telefon dan memujuk dari jauh.

0 thought(s):