BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 2, 2009

Selepas Setahun...

Aku tidak dapat lena malam ini. Aku tidak menyangka, hari ini aku seorang sahaja yang akan melawat kubur ayah. Emak, Abang Ngah, Achen, Ikah dan Syifa' menunaikan umrah. Along dan Ayuk tidak dapat pulang kerana sibuk dengan pekerjaan mereka. Angah terpaksa menjaga anak-anaknya yang kecil. Alang terpaksa mengajar tuisyen cuti sekolah. Ina bercuti di rumah mentuanya di Gua Musang manakala Ilan pula sedang menuntut di Mansoura University, Mesir.

Hari ini genap setahun ayah meninggalkan kami semua, dan aku seorang sahaja yang ada di sini.

Setahun, logiknya suatu tempoh yang agak lama. Realitinya, sebentar sahaja. Kesedihan sudah tiada lagi. Cuma, aku ingin ayah tahu sesuatu tentang aku sekarang.

"Ayah, Aki rindukan ayah. Maafkan Aki untuk segala dosa Aki."

Itu sahaja. Kini, aku menganggap ayah Safi sebagai ayahku pula. Sebagaimana aku menghormati dan menyayangi ayahku begitu jugalah aku menghormati dan menyayangi ayah Safi. Aku gembira dapat berjumpa dengan ayahnya 2 hari lepas.

Walaupun begitu, mereka bukan orang yang sama. Hargailah orang tua kamu, wahai rakan-rakan, yang masih hidup. Minta keampunan mereka dan bahagiakanlah mereka sementara mereka masih bernyawa.

Jangan membawa rasa bersalah sepanjang hayat kamu, seperti aku.

Rest in peace, ayah. I love you very much!

0 thought(s):