BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 14, 2009

Air Zam-Zam...

Baru-baru ini emak, Achen, Ikah, Abang Ngah dan anaknya Syifa' telah menunaikan umrah di Makkah al-Mukarramah. Setiap gambar yang ditunjuk disampaikan dengan cerita yang tersendiri. Juga terdapat hadiah yang dibelikan di sana untuk kami. Aku mendapat sebotol 8ml minyak atar, kopiah, keychain yang menjadi hobiku sebagai collector, dan sebentuk cincin suasa berbatu merah.

Namun, buah tangan yang terbaik buat kami semua ialah air zam-zam.

Sabda Rasullullah s.a.w. : "Air zam-zam itu adalah ubat bagi segala penyakit yang diniatkan oleh peminumnya."

Semenjak semalam aku menghidapi selesema biasa. Oleh kerana tidak tahan lagi, aku meminum segelas air zam-zam dengan niat supaya selesema aku ini sembuh. Ah! Sememangnya air ini lain daripada yang lain. Entahlah. Aku menikmati keselesaan yang amat sekarang. Hidungku tidak lagi berasa gatal dan tidak selesa.

Aku yakin inilah anugerah-Nya!

2 thought(s):

Your Haters said...

jom singgah

A d'Z said...

to Your Haters,

dh singgah...