BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 2, 2009

Kedai Uncle

Jika ditanya apa yang paling aku rindui tentang Alor Gajah, tempat asalku, pasti kecur air liurku. Kedai Uncle!

Apa yang menarik sangat dengan kedai Uncle ni? Hmm... Tiada apa sangat pun... Cuma sebuah bakeri dan kedai minuman milik seorang tauke Cina yang kelihatan old school tetapi tidaklah usang. Disebalik fizikal kedai tersebut, terdapat secret recipes yang tidak aku temui di mana-mana tempat lain -- ABC kacang dan Coke asam boi!

Jangan pandang rendah dengan ABC kacang yang dibuat Uncle! Tekstur aisnya yang dikisar halus tidak ada pada mana-mana ABC yang wujud di muka bumi ini (setakat ini). Kombinasi sirap dan susu yang seimbang memberikan rasa manis yang sangat unik pada lidah. Dicampur pula dengan jagung manis, cincau merah dan hitam serta bahan yang paling penting, kacang tumbuk yang tidak terlalu halus mahupun kasar sekaligus mewujudkan semangkuk ABC yang sempurna!

Jika wujud undian untuk 7 Most Wonderful Foods, ABC kacang Uncle pasti akan berada di ranking pertama!

Coke asam boi? Hmm... Cuma segelas kecil coke yang sejuk tetapi di dasar cawan tersebut terdampar sebiji asam boi yang bersaiz besar (20 sen sebiji)!

Rasanya? Jika dibandingkan dengan jus limau kasturi Afiera, coke asam boi ini lebih sedap! Masam, manis, masin. Entah. Ada rasa yang sangat unik dalam segelas coke asam boi ini. There's no words I can use to define the taste. Yang pasti, SANGAT SEDAP!



Ini adalah khazanah yang patut dipelihara dan mesti dipelihara! Serious shit!

3 thought(s):

Hampasnyior said...

weh, mg mari wakaf lichong aku tnjuk kdai ABC paling bes..hehehee... tekstur die... emmm..umpama tubuh seorang wanita cntik...hehehe

[ Have you met zuLL? ] said...

patut reserve kedai McFly. oh.

Writer said...

sedapnyerrr
rse mcm nk try je
try ABC Katana..wuihhh
bes giler