BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 1, 2009

10 Bulan, 10 Minit

Enjin motosikalku sudah cukup hangat. Aku sudah bersedia ke sana. Perjalananku bermula pagi ini. Aku tidak berapa sihat. Aku batuk teruk beberapa hari kebelakangan ini. Paling teruk dua malam lepas. Batukku terlalu kuat pada suatu ketika sehingga mengeluarkan sedikit darah. Ah, sudah!

Satu demi satu kaunter aku risik. Tiket bas ekspres ke ibu negeri Kelantan, Kota Bharu untuk pagi itu sudah habis dijual. Ah, apa perlu aku buat? Aku mesti sampai ke sana hari ini juga. Nampaknya jalan terakhir sahaja yang tinggal – bas ‘lompat’.

Perjalanan ke Kuala Besut sangat membosankan. “Lambatnya…” bisik hatiku. Aku menahan diriku daripada melihat jam telefon bimbitku. Aku tidak sanggup melihat perlahannya waktu. Jika aku lihat bermakna aku akan tertekan.

Kuala Besut, aku tiba akhirnya!

Aku membeli sebotol air mineral untuk diminum untuk perjalanan seterusnya. Sementara menunggu bas ke Pasir Puteh, aku membaca buku yang aku baru beli beberapa hari lepas – AHMADINEJAD: Singa Baru Dunia Islam. Sangat menarik!

Aku disapa oleh salah seorang pemuda berkopiah yang turut menunggu bas yang akan aku naiki. Dia dan seorang lagi rakannya yang serupa dengannya bertanya tentang buku itu dan aku menceritakan apa yang ditanya. Bas kami tiba juga akhirnya.

Perjalanan ke stesen bas Pasir Puteh sepatutnya membuatkan aku termuntah. Ah, teruk sungguh jalan yang dilalui. Aku cuba bertahan dan bersabar.

Jam menunjukkan pukul 2.10 petang. Bas ke Kota Bharu bersedia untuk bertolak. Rakan pemuda berkopiah itu duduk di sebelahku. Alahai, banyak cakap pula dia ni… Aku layan sahaja. Mereka turun di Melor. Sebelum turun, mereka sempat (juga) memberikan aku sebiji limau. Selepas bas bergerak, aku berikan limau itu kepada seorang anak kecil yang asyik melihat limau yang aku pegang itu. Dia nampak gembira.

KB, aku sudah tiba!

Aku menunggu rakanku, Pali, datang mengambilku di stesen Petronas KB Mall. Apabila dia tiba, aku masuk ke dalam kereta dan melihat Pali sedang memandang pelik kepadaku. Aku tersenyum, kami pun bersalaman.

BURP!! Alhamdulillah… Terisi juga perutku yang kelaparan sejak pagi tadi. 5 jam setengah perjalanan memang meletihkan. Aku dan Pali berbual-bual untuk ‘membunuh’ waktu. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi – mesej.

“Zaki, ni safi. Bas rsk kat tnh mrh. So sry.”

Tiba-tiba dunia terang menjadi gelap. Aku cuba bertahan. Takkanlah perjalananku selama 5 jam setengah dari Kuala Terengganu sia-sia? Aku berdoa kepada Allah S.W.T. supaya kami dapat berjumpa, biarpun hanya 5 minit. Aku menghubungi Safi.

Syukur, bas yang dinaikinya sudah boleh bergerak semula. Bagi menenangkanku, Pali membawaku meronda-ronda kawasan di sekitar KB. Hehe… Seperti pemandu pelancong pula Pali ni. Tidak mengapa! Bila dia datang ke negeriku yang tercinta, Melaka, aku pula yang akan jadi pemandu pelancong.

Sudah jauh kami berjalan. Banyak tempat yang tidak pernah aku tiba selama ini aku jelajahi akirnya. Lebih kurang 5.45 petang, kami berhenti di sebuah kedai makan. Aku ingin ke tandas (perlu dinyatakankah?).

Setelah selesai, aku mengeluarkan NOKIA 1110 ku dan terus menghubungi Safi. Aku segera berjalan ke kereta. “Li, dio kak Wakah Che Yeh. Mung buleh hantar aku tak?” aku bertanya. Pali mengangguk setuju.

Pasar malam Wakaf Che Yeh.

Aku nampak bas yang dinaiki Safi dan keluarganya di kawasan parkir. Aku menghubunginya.

I’m here already and where are you?

“Dalam kawasan pasar ni… Zaki, cepatlah datang…”

“Klu?”

“Cari sendiri.” Panggilan ditamatkan.

Aku berdiri di pintu masuk ke pasar itu. Masih tidak sibuk. Masa semakin suntuk. Aku pejamkan mata sebentar. Tolong jangan tergelak atau memperlekeh tindakan aku itu. Aku cuba mengesan aura Safi. Dapat!

Aku terus bergerak ke tempat tersebut. Aku lalu di hadapan deretan gerai makan di pasar tersebut. Aku terpaku. Dia bersama ahli keluarganya betul-betul di hadapan mataku!

Aku menghubunginya. Tidak berjawab. Aku terus menghubunginya beberapa kali lagi.

“Kali ni kalau tak angkat juga memang aku blah terus.” Aku berkata dalam hati. Tut, tut… tut, tut… Panggilanku dijawab.

I’m right in front of you.” Dia memandang kepadaku lalu menyorok di belakang ayahnya.

Aku ingin tergelak tetapi peluh gemuruh tiba-tiba mengalir. Mereka semakin dekat. Aku lap peluhku dan menarik nafas dalam-dalam. Aku bangun.

“Assalamualaikum.” Salamku dijawab mereka semua. Aku bersalaman dengan ayahnya, dahulu.

“Saya Zaki, Safi punya…” aku tersangkut. ARGH!!

“Ohh… ya, ya, ya. Datang dari mana?” ayahnya menyoalku tiba-tiba, seperti tahu aku sedang kaget. Aku menjawab terketar-ketar. Safi berdiri di sebelah aku. Kemudian aku menegur mami Safi dan adik-adiknya – Ena, Ecah, Amat dan Aki. Opie tidak turut serta kerana dia tinggal di rumah. Along sedang belajar di New Zealand. Tiba-tiba, aku merosakkan keadaan dengan berkata…

“Minta maaf, pak cik, mak cik sebab sekarang saya nervous.”

Ayahnya tergelak sinis. Aduh! Kenapa aku cakap jujur sangat pula ni…?! Aku malu. Tetapi, layanan mesra ayahnya sedikit menenangkan aku. Maminya asyik melihatku dengan pandangan yang tajam. Seriously, aku gelabah dipandang begitu.

“Em, pak cik, makcik. Saya nak minta izin pak cik dan mak cik untuk berjalan-jalan dengan Safi sekejap. Sudah 10 bulan lebih kitorang tak berjumpa. Harap pak cik dan mak cik izinkan kami.”

Maminya memandang pelik kepadaku. Aku semakin gelabah! Setelah kedua-dua orang tuanya berbincang…

Just 10 minutes, OK? We’ll see both of you here.”

Kami berdua bersetuju. Adik-adik Safi yang kecil memandang dengan pandangan menyakat kami. Mereka pun beralih ke kedai-kedai sekitar pasar malam itu.

“So, kita nak jalan ke mana ni?” aku memulakan perbualan kami.

“Erm, mana-mana jelah.” Safi menjawab sambil tersenyum.

Setelah lebih 10 bulan tidak berjumpa dan setelah 2 bulan lebih membina hubungan sebagai kekasih jarak jauh, itulah senyuman dan perbualan berdepan pertama kami. Kami mengikut kaki kami berjalan entah ke mana. Jangan disalah sangka ayatku ini. Kami masih di kawasan pasar malam itu dan tidak akan keluar lebih dari kawasan itu.

Kami singgah membeli minuman. Air yang sama, air laici. Aku tergelak melihat Safi. Sebelum ini dia pernah mengagak tingginya separas dengan hidungku tetapi… bawah dagu aku sahaja sebenarnya (=P)! Kemudian, kami duduk di meja yang disediakan. Kami berbual pelbagai perkara. Aku tak beberapa fokus sebenarnya terhadap perbualan kami (I’m sorry, Safi!). Aku lebih suka melihat matanya.

“Udah, udah lew keto tu…” dia menegurku. Ya, aku masih terketar-ketar. Aku segan (percaya?). Ah, aku sangat gembira. Safi juga menyatakan kegembiraannya. Terasa ringan dunia ini.

Dalam kegembiraan bersama itu, masa 10 minit yang di berikan hampir tamat. Kami bangkit meninggalkan kedai tersebut. Kami berjalan ke sebatang jalan sempit untuk bergambar untuk dijadikan penawar rindu bila berjauhan semula. Aku membluetooth sebuah lagu untuk dia dengar kelak – Somethin’ Stupid nyanyian bersama Robbie Williams dan Nicole Kidman.



Aku ‘memulangkan’ semula Safi ke pangkuan keluarganya. Aku meminta izin untuk pulang. Selepas bersalaman, aku bergegas ke kereta. Pali setia menunggu. Huhu… Pali memecutkan keretanya ke Terminal Bas KB. Aku mengucapkan terima kasih dan terus menunggu bas tiba pada jam 7.30, jika benar-benar tepat.

Perjalanan yang meletihkan dari KT ke KB ku rasakan sangat berbaloi. Aku puas dan bersyukur kerana impian kami tercapai. Penantian selama 10 bulan untuk 10 minit pertemuan.

7 Februari 2008, perfect!

09/02/08, 4.15 a.m.

1 thought(s):

Mrs. Azie said...

em trsentuh hati ak bce cite mung ni jack..
em moge mung dan die hdup aman dan bahagia hingga ke ank cucu..
kwen jgn lupe jmput ak..